Friday, July 30, 2010

Terapi minda..

Salam,

Sebenarnya aku nak buat sajak seiring dengan lukisan yang aku tampal sekali ni..
Tapi aku kering idea..
nanti bila idea mari, aku edit semula...
Itu pun kalau idea mari.
Kalau tidak, you all semua enjoy the view sudah lah..ye?


hmmm...
oh idea..
oh idea...
apasal engko membeku!!
.
.
heheheh

Edited Version

Musim

Apakah ombak laut memahami

Adakah deru angin mendengar

Suara hati yang terpendam

Tentang bicara semalam

Anak laut kelesuan

melihat pantai berubah

namun tidak nasibnya

Terik mentari yang berbisa

Memamah kudrat dan daya

kerana anak laut di sini hidupnya

saban waktu usia terlarut

menjerih, merintih bermain ombak

bukan untuk bergembira dan bersuka

tetapi demi hidup yang merdeka..

sekian


8 comments:

lupekanje said...

lukis sendiri?...wah...cantik...

Nizam.Ariff said...

sajak hitam putih... boleh gak tu..

ibundo said...

aku pun takdak idea. beku

ASH said...

lupekanjer,
hehe

Nizam,
hitam putih kehidupan..

kakpah,
beku? macam baru keluar icebox kan!

aza ni said...

salam hidayatun
ide ni macam tunggu durian gugur kadang kadang......sekali dia luruh....roboh atap dibuatnya....sekali dia gersang...macam kena sembelit dibuatnya...ha ha ha

ASH said...

azani,
bagus wordings hang tu!
boleh buat sajak..

tasekM said...

hang mmg tak padan dgn anak 9 kan kak... sempat melukih lagi tu. hebat sungguh haih...

hang selalu melukih time bila ni kak...?

:)


.

ASH said...

TM,
time time hujan turun petang petang dan aku tak lena, time malam malam takleh tidog dan time boring bagai nak ghakkkk!