Saturday, July 03, 2010

Kota Kinabalu, here I come...AGAIN!

Salam,

Aku kini berada di Kota Kinabalu setelah sebulan yang lalu datang ke sini. Kali ni bukan lagi sekadar untuk bejalan jalan seperti bulan lepas. Kali ini datang dengan membawa 3 beg besar yang sarat dan akan menuju ke UMS jam 9 lebih nanti untuk pendaftaran kemasukan Asrama diUMS.

Ya...kakak akan memulakan pengajian bachelor degreenya di UMS.

hmmmm..huwaaaaaaa dah masuk univrsiti anak sulung aku ni!!

Rasa macam baru semalam jer aku melahirkan dia dengan susah payah.

Sepanjang perjalanan dalam flight, aku tak dapat tidur. Kenangan mengandungkan anakku ini serta membesar dan menyekolahkannya satu persatu terbayang di mata.
Gamaknya jadi mak memang macam ni kut...
Apa sahaja peristiwa penting yang berlaku dalam hidup anak maka kita akan terkenang kenang kembali.

Terkenang kembali saat mengetahui dia mula berada dalam rahimku. Terkenang kembali sewaktu mula mula merasa denyutan gerakannya dalam tubuhku. Saat saat melahirkannya. The first time hearing her voice sewaktu lahir ke dunia. First time menyusukannya pada malam 8/2/1991 itu..dan sebagainya..

Kini anak yang dilahirkan 19 tahun yang lalu akan menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa di sebuah menara gading. Besar harapanku agar dia bersungguh sungguh dalam pengajiannya. Semoga dia berjaya dengan cemerlang..di dunia dan di akhirat. Jagalah tingkah laku dan akhlak di tempat orang.

Moga Allah memeliharamu dan memberkatimu, anakku, Aisyah..

sekian

3 comments:

Gurindam Jiwa said...

Tahniah.

ibundo said...

selamat menjalani satu lagi fasa baru dalam hidup kakak aishah...
kepada uminya.. tahniah.

ASH said...

GJ,
terima kasih..

kakpah,
apasai aku rasa sedihhhhh je kakpah weii!!
anyway, thank you