Saturday, July 10, 2010

Cerita yang perlu disambung..

Salam,

Dalam samar samar cahaya suram, perempuan hodoh yang berselendang kelabu itu berdengkut dengkut menyelinap ke belakang deretan kedai itu. Bayangannya dalam gerimis senja kelihatan cukup menyeramkan laksana seorang ahli sihir dizaman dahulu kala.
Harun menjengukkan kepalanya dari sebuah jendela tingkat atas rumah kedai itu. Dia menyewa bilik di situ. Dia memerhatikan langkah perempuan hodoh itu satu satu.........................................

Sila sambung cerita ini. Buat karangan tidak melebihi 200 patah perkataan. Idea mestilah original.
Hadiah? Pensel 2B sedozen yang berwarna merah...beli kat MYDIN Putrajaya.

Sekian

6 comments:

en_me said...

seram kanns.. uhuhu

kucingorengemok said...

--- dan bila harun men-zoom-kan lens kamera mahalnya, dia dapat melihat perempuan itu menjinjing beg plastik berisi sedozen pensel 2b berwarna merah

tak kuasa la kak gi mydin tu, sempit sangat, main gesel2 bontot ngan orang je!

tasekM said...

bab2 cerita ni aku nk bg kemenangan kt nizam je kak... dia terer.



.

ASH said...

en_me,
hahaha..cerita tak habis lagi en me.

KOG,
ko memang TERBAEK!!
hahahah

TM,
aik..tak kan nak menyerah kalah..
KO KAN PESEN MELAWAN!!

Dr Singa said...

aku tunggu kick off senin ni....
(sambil teringat nak masak sambal sotong kurita...)

ASH said...

Drsinga..
AIK?? cerita terkeluar tajuk tu!