Monday, August 02, 2010

Indah dan damai suasana desa..

Salam,

Indahnya suasana desa di Kampung Anak Kurau, Perak ini.
Kelihatan sawah padi yang menunggu masa untuk dibajak dan ditanam semula.
Aku dan suami serta 3 orang anak di sini kelmarin...
Meninjau suasana desa yang aman dan tenteram.
Kelihatan serangga kecil berterbangan di sana sini.

Hinggap mencari madu di bunga bunga liar.


Dan si kecil ini juga tak sabar untuk berlari ke sana ke mari. Meninjau ninjau.
Kenapa?
Mungkin ada tarikan di dusun ini.
.
.
.
.
.
Ya.... terdapat berbagai buah buahan tempatan.
.... buah langsat yang tersedia untuk dipetik

...dan rambutan yang kelihatan sungguh menawan.

Tak lupa manggis dan pulasan yang manis

serta durian yang harum semerbak ini.



Kelihatan 3 sahabat lama bertungkus lumus mememetik buah buahan di dusun ini.

Alhamdulillah..syukur...nikmat yang Allah kurniakan.
Dapat kami rasai rezeki yang melimpah ini.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.
Moga tuan rumah, Ustaz Mat Isa, mendapat keberkatan kerana menerima kami sebagai tetamunya..
sekian
p/s ....dia cakap ini adalah rumah pakciknya yang telah berpindah ke bandar. Segala pokok buah buahan tu pakcik dia yang tanam. Tapi pakcik dia suruh ajak kawan kawan makan..Kalau tidak membazir. Tak dak siapa nak peduli.









8 comments:

et said...

nak manggis~

Nizam.Ariff said...

Banyak pacat tak?

Dr Singa said...

kawan punya kawan tak nak ajak ke..??
:)

tasekM said...

nk jadi kawan ustad tu jugak la kak...



.

DrSam said...

ramai betul nak jadi kawan Ustaz Mat Isa. Errr...saya pun nak jadi kawan juga boleh :)

ASH said...

et,
time ni kat Perak tak mahal 2 ringgit sekilo!

Nizam,
dah tengahari..kering.
mana ada pacat laa..
kalau hujan, kut la.


dr singa,
tu laaa..ingat nak ajak juga..tapi terlupa la pulok..haha

TM,
bulehhhh...tak der masalah..
next musim!
aku call cikgooden, kat kawasan dusun dia tak der pulak.


drsam,
ustaz ni berbesar hati untuk berkawan...

aza ni said...

salam pn hidayatun
durian kawasan batu kurau,bagan serai,bukit gantang,...famous

ASH said...

Bagan Serai?? hmmm..durian payah dapat kat kawasan bendang