Tuesday, February 17, 2009

Yang Tidak Nampak pada mata kasar..

Salam,
Jam sudah menunjukkan 12.56 am.Aku masih tidak tidur lagi. Kadang kadang memang mata ini sukar untuk tidur. Mungkin disebabkan aku sudah berdengkur di siang hari. Mungkin juga kerana umur yang kian meningkat ini sudah diajak berjaga malam. Kata orang, tanda tanda akhir umur salah satunya ialah sukar tidur.

Hmmmm...
Hidup ini begitu sementara. Mati itu pasti.

Aku sebenarnya ingin membicarakan soal benda ghaib, yag tidak nampak pada mata kasar kita. Sebagai contoh antara makhluk Allah yang ghaib ialah angin. Kita tidak nampak angin tetapi kita nampak tanda tanda akan kewujudan angin. Kita katakan hari berangin apabila kita lihat daun daun melambai lambai di tepi pantai.
Berayun ayun..

Kita juga lihat ombak yang beralun alun di tiup angin yang kencang. Adanya angin maka berombaklah air laut.

Kita juga berkata kata pada diri,' Oh..berangin hari ini' kerana pipi dan rambut kita disapa oleh sang angin yang meniup lembut dan menyegarkan diri takkala kepanasan mentari.

Sekiranya di rumah, kita tahu kehadiran sang angin apabila kita memasang kipas untuk menyejukkan diri.

Angin ini sejenis Makhluk Allah. Yang kita tidak nampak pun..Tapi ianya wujud. Dan semua orang tak kira apa bangsa, agama yang dianuti atau dari keturunan mana ia datang tetap percaya tentang adanya angin.

Persoalannya sekarang bagaimanakah rupa angin? Bulat? Bongkah? Silinder? Kun? Tidak ada satu ahli Sains yang dapat menerangkannya. Hanyalah yang diberitahu..ujudnya getaran, geseran dan perlangaran di antara atom atom dalam bekas bekas yang pelbagai bentuk...dan kita tetap mempercayainya kerana setakat itulah yang diterangkan pada kita.

Kita percaya ujudnya angin..Kita tahu adanya angin dengan melihat tanda tanda yang dihasilkannya.

Tetapi kenapa ada di antara kita yang sukar mempercayai keujudan makhluk YANG TIDAK NAMPAK pada mata kasar yang lain..
contohnya malaikat Raqib dan Atid yang sentiasa berada di sisi anak Adam tak kira apa bangsa, agama dan keturunannya?

Atau pun kenapa ramai yang masih sangsi tentang keujudan Allah yang lebih dekat dengan kita daripada urat urat di lengan kita sendiri?
Kita percaya adanya angin tetapi kurang yakin dengan PENCIPTANYA..

KENAPA??

8 comments:

Gurindam Jiwa said...

Asyik nak membelog je, manalah mata nak tidur!

;-)

ibundo said...

orang yang naik angin masuk dalam kategori tak?
"Hangin je aku nampak arini!!" contohnye.

5 'so' bersaudara... said...

Boleh la mai kalumpang ni..
Ada 2 baby utk diteman setiap mlm.
Tapi Najlaa tu maybe stkt weekend ni je.. then going back to Lipis..
Our mom also want to follow...

Nizam.Ariff said...

Kakpah tu asyik masuk 'hangin' je, kembung dengan hangin... hahaha

Cerita pasal benda yg tak nampak ni, dulu masa belajar fizik dan kimia, che'egu slalu cerita pasal atom, neutron & electron. Model atom Bohr slalu jadi sasaran. Tapi, skrng ni, bila bebudak tanya pasal atom-atom ni, aku ceritakan semua yg cikgu cakap tu tak boleh pakai. Model atom Bohr tak leh pakai, dah usang.

Aku ckp, electron bukan pusing ikut petala macam gasing, mcm Bumi dgn matahari. Aku cakap electron tu melompat-lompat! Kejap ada kejap tak ada!

Electron cas -ve. Ada satu lagi partikel yg org jumpa namanya positron (positive electron), cas dia +ve TAPI jisim dia sama macam electron. Jadi, bila 2 benda ni jumpa, masing-masing kena telan (anhilated each other).

Dan eletron bergerak bukan sebiji-sebiji, tapi seperti awan cas. Kalau awan cas -ve tu lebih kat sebelah utara, maka kat utaralah electron tu. Kalau cas -ve lebih kat selatan, kat selatanlah electron tu.

Jadi, electron ni kejap muncul, kejap hilang. Lip-lap lip lap...macam hantu! hahahahaha

.

Gurindam Jiwa said...

Eh, bukan ke sains ni sekarang cakap omputih? Hah, cuba cerita balik benda tu cakap omputih kat bebudak tu.

ASH said...

Gj,
Kalau larut malam, senang kita muhazabah diri. Memikirkan kejadian Allah..Aku fikir pasal makhluk tak nampak ni sebab mengingatkan aku pada Makhluk Yang Tak nampak yang agak digeruni...Namanya Izrail. Cuba korang bayangkan..dalam tak nampak tu..tup tup dia menampakkan diri. AMACAM?

Kak Pah,
Angin Kus kus pun boleh dikatakan sebagai satu makhluk yang datang menyerang manusia..sebab tu ada manusia yang naik tahap KEHANGENANnya...he he he..

4 sedara,
tapi kita pun dah puas berjaga malam..terlupa ke? deretan kita dah sembilan ni..kita kasi can malican kat orang lain lah ye membuat pahala bertahajudd bersama bayi bayi kecil tu..

Nizam,
Yang pastinya model atom Bohr tu bukankah menunjukkan tunduk dan akurnya electron pada Penciptanya..
Cerita pasal lompatan charge electron itu pula adalah apabila dia bertembung dengan kengkawan sahaja..Tu yang jadi LIP LAP LIP LAP..dan kalau berkumpul kat awan tu..yang dentum dentam kilat sambau menyambau tuuu..he he he..

GJ,
aku ngajor tadika tak de cerita pasal electron..he he he..Yang ada tanam pokok togeh jer..sempoiiii..

ASH said...

errr..perkataan 'muhazabah' lain pulok maksudnya kang. What i mean is 'muhasabah'..buat simpankira-sebelum 'tutup akaun' nak tidur..

Nizam.Ariff said...

Ok.Ok. Aku cakap omputih:

You know aaa...that electron thing aaa..always lompat-lompat party just like itu kodok...one more thing aaaa...this jump-jump electron also like hantu Cina...hahahah . Hep! Nanti GAPENA saman aku kang! hahhaha...