Wednesday, February 18, 2009

Tawakkal seekor burung..

Salam,
Aku sering duduk sendirian memerhatikan alam. Memikirkan tentang kejadian kejadian Allah. Memerhatikan makhluk makhluk Allah yang lain...

Sang burung adalah antara makhluk yang telah menjadi fokus pemerhatianku..

Sang burung.
Haiwan berkaki dua. Berbulu pelepah. Bertelur. Tidak menyusukan anak. Hidup berpasangan. Bersarang. Menjaga anaknya hingga mereka boleh berdikari.

Aku kagum dengan sang burung. Gigih membuat sarang. Kadang kadang aku tengok burung Ciak rumah yang kecil ini bergilir gilir mengangkut rumput rumput kering untuk membuat sarang. Terfikir aku, "Canggih burung ni. Membina rumahnya sendiri. Tidak perlukan tenaga tok tukang. Manusia zaman sekarang ramai yang tidak mampu membuat rumah sendiri secara berdikari..errr kenapa ya? Adakah manusia hari ini telah tidak self-efficient lagi?"

Kemudian aku lihat yang betina mula bertelur. Dan yang jantan melindungi 'rumah' mereka. Apabila telur menetas, siibu menjaga anaknya dengan begitu baik sekali...(Kadang kadang ibu manusia tewas dengan ibu burung dalam soal penjagaan bayi mereka ini) Dan yang paling aku kagumi, betapa sang ibu burung sentiasa bertawakkal kepada Allah.
Setiap pagi keluar mencari makanan dengan perut yang kosong tetapi begitu tekun berusaha serta tawakkal dengan rezeki Allah maka takkala pulang petang temoloknya penuh berisi makanan..Bukankah TAWAKKALnya sang burung ini mungkin lebih hebat dari TAWAKKAL seorang manusia..MENGKAGUMKAN..

3 comments:

Nizam.Ariff said...

There is a dark side of burung. Ada sesetengah burung juga kejam kat anak-anaknya, especially kalau ada lebih dari sekor.

Ada kajian, parent burung ni agak selective dan hanya bagi makan anak yang kuat je, yang lemah akan dibiarkan.

ibundo said...

Asben kakpah ada satu tabiat dan kpah rasa tabiat ni elok juga dikongsi dengan orang lain. Dia selalu cakap, mulakan hari dengan bersedekah. So, tiap-tiap pagi lepas subuh dia akan taburkan segenggam beras kat halaman rumah untuk burung makan. Tiap-tiap pagi memang banyak burung datang kat rumah kami dan makan beras sampai habis. Kalau ada hari-hari yang terlupa, burung akan datang juga cip..cip..cip.. mengingatkan bahawa rezkinya kami terlupa beri pada hari itu.

Sekian untuk dikongsi bersama...

ASH said...

Nizam,
dalam segala teori sains kita akan mulakan dengan PEMERHATIAN dituruti dengan PENGKAJIAN seterusnya diikuti dengan PENELITIAN dan RUMUSAN....
...........aku baru MEMERHATI laa..he he he...

Kak Pah,
bagus tabiat hasben akak tu..boleh la diikut..
errr...kecik kecik dulu tugas saya pepagi, bagi makan ayam itik ngan kutip telor itik sebelum pergi sekolah bila berkempatan...tapi SABTU dan AHAD,itu adalah TUGAS UTAMA!