Saturday, February 21, 2009

Menegur dan ditegur..

Salam,

Pada suatu hari, ketika aku ke pasar. Aku ditegur oleh si empunya kedai.
'Apa pasal engko pakai sandal, warna lain lain?'
he he he
....aku ketawa...

(Oleh kerana sewaktu nak pergi tu, aku berkejaran dengan anak kecilku. Tak nak bagi dia ikut, jadi kelam kabut sarung sandal. Sebelah sandal warna hijo, sebelah sandal warna hitam. Yang sandal hijo tu sama jenis je dengan yang hitam tu. Dua dua COMFIT jenama dari BATA. Yang hijo tu anak aku punya..Dah emak ngan anak pun segagan jer..jadi beli pun sama stail dan saiz.
Kadang kadang aku bantai pakai kasut anak aku je...)

So aku jawab la kat empunya kedai,' Padan la tengok ke atas ke bawah jer..rupa rupanya saya pakai selipar colour lain lain..Dahsyat juga la pemerhatian Kak pada saya'

Kakak tu jawab,'Dah kau tu regular customer..'

Hmmmm...

Itu kira bagus la tu. Mahu juga menegur. Kalau tak ditegurnya, sampai balik rumah pun aku tak perasan, aku pakai selipar lain lain warna.

Hidup ni memang begini, kalau tak ada kawan yang tolong tegur menegur apa apa yang salah, memang kita perasan. Kita sajerrr lah yang bagus.Orang lain tak.
Jangan lah asyik nak berkawan dengan mereka yang hanya memuji kita.
Asyik membodek..
Yang tak bagus, dikatakan bagus.
Yang nak menegur salah kita tu lah, yang patut kita berkawan selalu...

Aku ada sorang kawan yang selalu bantai muka aku. Maksud aku, kalau dia rasa nak kutuk, dia kutuk rapat rapat. Bantai cukup cukup. Tapi aku tak bergaduh dengannya. In fact, walaupun aku bertengkar dan bertekak macamana sekali pun, tetap aku rindu padanya..

Bagi aku, dia adalah kawan sejati. Kawan yang tak pura pura. Kawan yang dapat menegur aku dengan ikhlas. Kawan yang tak sekadar bodek memanjang..
Dan kawan aku tu pun tak kisah kalau aku menegurnya. Dia berlapang dada. Mungkin dia dah masak dengn perangai aku dan dia tahu aku siapa...

Kadang kadang memang susah diri kita nak menegur orang. Hendaknya pula orang itu lebih tua dan dirasakan lebih berpengalaman. Kalau kita tegur..aaaaahhh siapalah kita. Tapi bagi aku, setiap manusia pasti ada cacat cela. Nama pun insan dan seorang INSAN pasti tak terlepas dari melakukan kesilapan.

KIRANYA kita sebagai pemimpin atau orang yang lebih TUA atau orang yang ADA BANYAK pengalaman ATAU orang yang jadi ketua..kita SEPATUTNYA merasa LAYAK diTEGUR walaupun TEGURAN itu datangnya dari RAKYAT yang hina dina atau datang dari orang yang MUDA atau ianya datang dari orang yang seciput pengalamannya atau dari anak buah kita sendiri...
Yang TUA ada pengalaman, Yang MUDA ada kekuatan, Yang KECIL ada kecerdasan, Yang KAYA ada sumber kewangan...
Bukankah elok saling bergabung dan tegur menegur?

BUKANKAH?

6 comments:

ibundo said...

Separuh hari tak buka laptop, banyak nye nak baca n3 hang. Tang selipar tu, kenapa tak cakap je yang itu stail masa kini hehe.. bukan silap pakai tetapi sengaja pakai lain-lain kaler. (orang kan selalu nak kaver kaver kesilapan masing-masing)

ASH said...

Tak TELUS tu kak Pah! he he he...

ASH said...
This comment has been removed by the author.
c.lia said...

Dah banyak hari tak sempat nak buka mail dan blog hang ni. Banyak jugak dah cerita baru. Aku respect betui kat hang, despite all the responsibilities masih ada masa menulis. Aku kadang-kadang nak baca mail pun tak dan......

Nizam.Ariff said...

Aik? Macam keretapi akak punye entry... bergerabak-gerabak panjangnya! mimpi apa?

Tadi, aku pegi ke Gergasi baru bukak kat Putra Heights, aku jumpa selipar jepun..serius! kat selipar tu ada tulisan jepun ntah apa ntah... itu baru selipar jepun namanya...

ASH said...

C.Lia,
Aku tak de la beso sangat tanggungjawabnya. beso lagi jawatan yang deme kejor kejor kat Perak tu. Lemas pewut aku..Kalau le deme tahu mende yang deme kejor kejor tu akan ditanya kat AKHIRAT satu persatu..masing masing letak jawatan kuuutt..SEmua kosongkan dewan..ha ha ha.

Nizam,
Akak pakai selipa Jepun yang Malaysian Made..he he he.

Asal pangge selipar jepun sebab dulu Geng jepun yang masuk Malaya rajin dok pakai kut..
Tengok mek mek Jepun yang pakai KIMONO..kedek kedek dalam SELIPAR!