Saturday, February 07, 2009

Kasut..

Salam,


Pada bulan Disember tahun 1988, setelah tiba di rumah, balik dari satu perhimpunan pelajar Malaysia, aku dapati ada sekeping kad ucapan harijadi menunggu aku. Terkejut juga aku ni..Entah siapa lah yang menghantarnya. Aku ni jarang jarang sangat menerima kad harijadi melainkan dari kawan yang benar benar rapat.


Oh ya..bila saja aku buka sampul dan melihat nama pengirim dan kadnya..aha..seorang kawan berlainan jantina yang menghantarnya. PEMINAT??

tak juga..( rasa aku laaa..sekadar kawan biasa.. pernah sekelas sewaktu di Shah Alam..smile..)


Gambar kad yang dikirim memang tak ada unsur romantik langsung. Kawan aku ni agak kelakar juga. Gambarnya gambar kartun..kelakar tetapi tetap ada sedikit unsur sinis..
well..biasalah..
Gambar di kadnya ialah kartun seorang budak perempuan yang sedang berdiri di tepi sebuah gerobok kasut...Gerobok itu pula mempunyai susunan kasut yang berderet deret. Padat memenuhi ruang sehingga melimpah keluar dari gerobok...

Kata kata yang tertera di kad pula ialah ( lebih kurang lah ye..aku tak ingat exactly):-

" You can tell a woman's age by looking at her shoes' rack"

"Ek eleehh"..mula mula itu aku punya reaksi.
"Kawan aku ni tak kenal aku lagi." bisik hati aku.

Tapi bila fikir balik.
Ye lah kan..Orang pompuan ni memang suka beli kasut. Kalau diikutkan hati dalam sebulan, mahu dua tiga pasang kasut dibelinya. Kadang kadang beli kemudian pakai sekali dua sahaja. Lepas tu kasut terbiar sepi.
Paling lekeh, macam aku waktu tu ada 8 pasang kasut! ha ha ha..

Itu paling lekeh ler tu..

( kasut boot untuk ghanduk snow ada dua, kasut sandal pakai waktu summer ada dua pasang, kasut biasa biasa untuk pelasah ada satu, kasut sukan ada sepasang, kasut sandal pakai dalam rumah ada sepasang,kasut tinggi melaram yang jaaaarang aku pakai ada sepasang..ha ha ha)

..........tapi kasut kasut aku tu kasut biasa sahaja. Tak ada intan berlian..blink...blank..blonk..sana sini.

Oh ya..sebut kasut teringat pula aku kat si Imelda Marcos ( Imelda Marcos adalah isteri kepada President Negara Filipina suatu ketika dulu..ni bagi yang tak tahu lahhh..First Lady of Philipines ) Kalau tak silap aku, si Imelda Marcos ni terkenal dengan koleksi kasut kasutnya. Ish..sampai berkoyan koyan. Entah lah..buat apa lah agaknya dengan kasut kasut tu..Nak punggai kat siapa? ha ha ha...

Eh..jangan ada pula mana mana First Lady kita yang mengikut perangai si Imelda ni pula sudahlah ye...
bukan apa, takut takut koleksi kasut tu 'makan' si empunya diri...

Sekian.

4 comments:

ibundo said...

masa kemas kemas rumah kampung dulu kpah terjumpa ksut lama yang kpah pakai masa masa belum kawin. aku tengok pun terperanjat sebab bila ukur tumit dia agaknya 3 inci. Halus pulak tu. Macamana aku leh pakai kasut macam tu ek.

ASH said...

Kak Pah,
rasanya kak Pah gunakan kasut tu untuk jogging jogging kat Singapore tu..

Gurindam Jiwa said...

Mula-mula hantar umpan memang lah tiada unsur romantik. Kena tengok balasannya cam ner. Lepas tu, kalau nampak lampu macam hijau, pandai-pandai lah proceed.

Buat-buat tak tau plak...

ASH said...

Ha ha..
kalau dengan orang yang BUAT BUAT blurrr macam saya kena TERUS TERANG..kalau tidak melopaihhhh..
( memang umpan tak mengena la..)