Tuesday, February 03, 2009

Hari di mana aku tak suka hospital..

Salam,
Sebenarnya aku ada phobia dengan hospital. Aku takut nak ke hospital. Aku tak suka tengok jururawat. Aku tak suka bau 'dettol' yang menusuk hidung di hospital. Aku tak suka nak makan ubat ubat yang diambil dari hospital.

Bagi aku hospital tempat yang menyeramkan walaupun ianya tempat di mana seseorang mencari ubat penawar sakitnya..Setiap kali kalau aku sakit tak kira samada aku kena sakit mata ke, demam ke, sakit gigi ke, kena cabut gigi ke..aku jadi seram sejuk..kecut perut nak ke hospital. Tetapi entah apa hikmahnya aku tak tahu, Allah telah kurniakan aku sembilan anak jadi mahu tak mahu aku terpaksa berdepan dengan hospital takkala aku melahirkan mereka semua.

Sebenarnya saat di mana aku mula tak suka, seram sejuk dan dapat phobia dengan hospital ini ialah takkala aku di bedah di belakang telinga kerana ada bonjolan yang aku tak tahu apa dia. Betul betul di belakang kelopak telinga kiriku. Pembedahan itu pembedahan kecil sahaja. Tidak sampai pun setengah jam..tapi aku terlalu takut dan menangis sepanjang pembedahan walaupun sebenarnya aku tidak terasa sakit kerana dibius. Sewaktu itu, aku mungkin berumur antara 4 ke 5 tahun tetapi aku masih ingat lagi peristiwa itu.

Kemudian sewaktu aku di dalam darjah satu, sekali lagi kengerian aku pada hospital berulang. Kali ini aku terpaksa tinggal di hospital hampir seminggu.

Aku demam panas, muntah muntah akibat serangan cacing. Waktu itu aku berada di penghujung persekolahan akhir tahun. Hari di mana Hari Penyampaian Hadiah diadakan.
Aku mengambil bahagian acara nyanyian mewakili darjah satu. Aku turut sama menyanyi sewaktu tarian buluh murid murid darjah 6 membuat persembahan. Aku juga menerima hadiah no 3 ketika itu. Acara itu diadakan sewaktu petang. Takkala balik hujan turun dan aku bersama makcikku yang berdua lenjun petang itu. Malamnya pula aku terlalu penat lantas tertidur tanpa makan malam terlebih dahulu. Oleh kerana itu keesokan harinya aku menjadi terlalu lapar dan bila sahaja bersarapan pagi aku terus muntah muntah.

Seterusnya suhu badanku meningkat dan aku demam panas meracau racau sewaktu malam. Waktu aku demam itulah abah mendukung aku ke klinik sambil berbasikal dan aku muntah atas badan abah. PRAUUU..Muntah ku berpanjangan sehingga aku tak terdaya untuk bangun. Apa saja yang aku minum atau makan akan keluar kembali. Pada satu malam aku minum air sejuk yang diisi di dalam dua botol F&N yang besar..GUP GUP.. kerana terlalu dahaga dan badan aku begitu panas. Malam itu juga aku memuntahnya kembali bersama seekor cacing gelang sepanjang 7 inci. Keesokan harinya bila mak bertanya kenapa air dalam botol habis, aku jawab aku yang meminumnya..Mak terkejut melihat aku yang dah pucat lesi dan juga melihatkan cacing gelang sepanjang 7 inci di dalam besen tadahan muntah...

Memandangkan demam dan muntahku tak reda reda maka abah dan mak memasukkan aku ke hospital Batu Gajah, Perak sewaktu itu kerana takkala itu kami tinggal di sana. Maka bermulalah ketakutan aku di hospital.

Dicucuk di bontot..dipaksa makan ubat sambil aku mentokak tangan jururawat..menendang nendang mereka...ha ha ha..dan akhirnya bukan sahaja ubat yang aku benci untuk memakannya, hospital juga aku benci untuk mendiaminya dan kelibat jururawat paling aku gerun sewaktu itu..
PHOBIA BERCAMPUR MENCI MENCI..TERSIKSA DOK KAT SPITAL!!

APAKAN DAYA,

KINI SEORANG DOKTOR adalah KAKAKKU, MAKCIKKU PULA PERNAH MENJADI SEORANG JURURAWAT PERGIGIAN DAN SEORANG DARI PAKCIKKU JUGA ADALAH PEMANDU AMBULAN....AHHHHH...

2 comments:

PerantauSepi1306 said...

tu diaaaa fobia sungguh kat sepital.. ish, ish, ish tapi dah 9 org tu.. cayalah..

ASH said...

PHOBIA..bau hospital pun, aku dah berpeluh peluh. Tangan jadi seram sejuk. Kaki jadi lemah longlai..Hati jadi debar debar..memang ada phobia ngan hospital terutamanya hospital kerajaan.

Bila tengok muka nurse garang, aku rasa nak cabut lari jer..Sebab tu anak anak yang kemudian ni lahir kat hospital Swasta jer..Hospital kerajaan ni ada rasa seram seram sejuk sikit!