Salam,
Tadi sewaktu anak anak muridku mewarnakan satu gambar kawasan air terjun, aku terfikir zaman kanak kanak mereka. Betapa berbezanya zaman mereka dengan zaman aku.
Anak anak ini ramai yang terpaksa bangun di awal pagi untuk dihantar ke nursery atau tadika. Ada yang terpaksa didukung kerana masih tidur. Ada yang datang dengan muka separuh mengantuk ~ dihantar ke tadika ini seawal jam 7 pagi walaupun kelas hanya bermula 8.20 pagi.
Bagi anak anak yang terpaksa tinggal di Daycare center maka mereka terus berada di sini sehinggalah dijemput oleh ibu atau bapa mereka pada waktu petang.
Kehidupan mereka berkitar di dalam tadika. Belajar, bermain, makan, tidur.
Setiap hari 5 hari seminggu dalam jadual dan rutin yang hampir sama yang telah ditetapkan.
Hmmmm...kalau aku yang jadi KANAK KANAK sebegini pastinya aku MERAGAM....
BANYAK BANYAK!
Bagaimana pula dengan diri aku sewaktu berumur 5 dan 6 tahun dahulu?
HAHAHAHA..
HIDUP AKU ZAMAN KANAK KANAK ADALAH BEST!!
Ada KFC yang lebih hebat ke?
Ada McDee yang lebih canggih?
Ada roller coaster??
Ada hotel?
Kolam?
Theme PARK?
.....hellllooooooooooooo....
semua yang ada sekarang tak dapat tandingi keriangan zaman aku berumur 5 dan 6 tahun!
Sewaktu aku berumur 5 tahun, keluarga kami tinggal di Batu Gajah. Rumah yang disewa di Jalan Kelab merupakan kepunyaan Pak Haji Nali yang cukup kaya di pekan Batu Gajah sewaktu itu.
Lokasi rumah cukup bagus dan mantap. Belakangnya ialah tanah perkuburan!
Rumah itu mempunyai dua bilik. Rumah papan yang bertiang dan bertangga. Bahagian dapurnya terpisah dan dipanggil anak rumah ~ nak pergi dapur kena turun tangga di other side of the house dan pergi ke satu bilik kecil. Di antara ibu rumah dan dapur rumah itu adalah ruang yang bertanah dan berdindingkan zink serta tidak beratap. Bilik air pula terletak bersebelahan dan di luar rumah.
JAMBAN??
hahaha.... terletak kira kira 15 langkah dari bilik air di belakang rumah. Lokasinyalah yang paling hampir sekali dengan tanah perkuburan. Ianya merupakan satu jamban modern zaman itu. JAMBAN ANGKUT!
Sila bayangkan kalau sakit perut malam malam jam 9 ke atas.
Oh ya..JAMBAN itu tiada disambung dengan wayar elektrik, okay!
Best kan?!!
Perasaan sewaktu 'bergaya di dalam rumah kecil' dengan pelita minyak tanah yang apinya ditiup sepoi sepoi bahasa...kemudian dengan nyamuk nyamuk yang mengerumuni your backside adalah satu cerekarama yang lebih thrill dari cerita memalam Jumaat di TV dot dot! Kena pulak siangnya ko turut sibuk sibuk menjenguk orang mengkebumikan jenazah di tanah perkuburan berhampiran.
He he he he....uittt uittt...selesai saja kerja dalam rumah kecil itu maka kebarangkalian besar ko akan ca alif but menuju ke bilik air. Ceperam ceperum. Basuh patut patut jer dan melangkah dua anak tangga untuk naik ke rumah!!
By the way, sebenarnya ko pun bukan sensorang kat dalam rumah kecil itu sebab mak sedara ko memang temankan ko pada mulanya tapi dia tak larat nak menunggu luar lama lama jadi dia tinggalkan jer ko di dalam rumah kecil itu untuk menyelesaikan kerja kerja ko!!! HAAHAHA...
Bagus mak sedara macam gini kan?
Amacam rasa ceria..happy..teruja?
Itu baru kes dalam rumah kecik...lenlain adventure tak cerita lagi. Belum lagi cerita main cak dan aci ligan dengan mak yang sedang bawak ranting mengejar korang keliling rumah!!
hahahaahhhaha.
Itu lain kali la kannnnn...
sekian