Saturday, February 28, 2009

Betul telahan suamiku..

Salam,

Bila pengumuman TOL untuk 5 lebuhraya akan dinaikkan 1 March, aku pun sembang sembang le dengan suami aku.

"Amboi..dalam tengah ramai orang dok kena buang kerja ni bang, rajin pula deme ni nak naikkan tol. Tak mikir orang ramai ke. Dah le perjanjian tol tu berat sebelah," aku kata kat suami.

Suami aku jawab,"Tengok le..kadang politik trick jer tu.."

Aku garu garu kepala,"Apasal pulak tricknye?"

"Tengok je le nanti," sambung suami aku.

Bila suami aku kata mcam tu, otak aku pun berputar memikir. Iya tak ye jugak..TAKKAN lah BODOH sangat si AYUTNATLA nak naikkan TOL sebelum PILIHANRAYA kecil di tiga BUKIT. Itu namanya menjerut leher sendiri.
Lepas tu sebaik sahaja mengumum kenaikan tol 1 March itu dibuat, aku tengok berita pada malamnya..

Ha ha ha..habis SEGALA pak MENTERI mencacai dan menentang kenaikan TOL itu.
EH! EH! sejak bila PAK PAK MENTERI ni BERANI jadi PEMBELA RAKYAT dan PENENTANG DECISION MAKER??!!
ha ha ha..Macam kelakar pula la..

Hari tu yang MINYAK naik berkoyan koyan rega tu, tak dak siapa pun nak TOLONG MENJERIT minta diturunkan melainkan pihak pembangkang.
PULAK tu ketika pembangkang menjerit di merata tempat, HABIS PULA disembur dengan GAS pemedih MATA..di perembat dengan cotar..dikejar tak cukup tanah nak lari..

Tup tup kali ni pak Menteri pun dengan rasa berdukacitanya merasa PENDERITAAN rakyat...
HA HA HA..aku rasa nak TERGELAK BESAR!
lawak lawak lawak..
Memang pak Menteri ni pandai buat lawak!

Maka BERMUSYUARAT lah segenap memikirkan apakah patut atau tidak dinaikkan TOL!!

oh..tetiba TAK JADI la pulak....
Dan BERSORAK SORAI lah kita si RAKYAT kerana SEMEMANG PAK MENTERI BENAAAAAR BENAAAARR JUJUR keperihatinannya!!

YE KE TU???..apasal aku macam was was jer..ha ha ha

(Hmmmm....sebelum ni depa mesorat gak tapi kenapa tak boleh buat the same decision? dan bila pengumuman pasal TOL tu naik , apa jadi kat saham syarikat syarikat lebuhraya? SIAPA yang UNTUNG?? .....)

Thursday, February 26, 2009

Puas sudah aku memikirnya..soalan Kak pah betul ke?

Salam,

Aku bagi soalan pasal Tupai dan Tupai-tupai hari tu..
Kak pah response dengan memberikan soalan ni pula :-
kalau sebut sekali, boleh dicapai oleh kita..
kalau sebut dua kali, jauh sangat..tak tercapai..

Aku memikirlah juga jawapannya.

Hmmm..

Langit dengan langit-langit?

Tapi kalau sebut 'Langit'- sekali sahaja. Yang ni yang jauh dan tak tercapai..
Kalau sebut dua kali, 'Langit-langit'. Yang ini yang tercapai..

Errr...kak pah bagi soalan betul ke atau kesilapan teknikal????

Okay,aku nak ulas juga perkataan 'Langit' dan 'Langit-langit' tu..

Langit semua orang tahu..yang tinggi membiru di atas sana tu. Membiru takkala mentari memancarkan sinarnya. Pun begitu langit juga akan kelihatan kemerahan atau juga kekuningan dan keorenan takkala sinaran matahari petang dan senja..biasan cahaya pada sudut sudut tertentu.( ni bagi yang belajor FIZIK boleh ulas panjang LEBOR le niii...come on NIZAM, Muhajirah?)
Manakala bila sudah ketiadaan mentari maka langit yang membiru akan bertukar menjadi hitam pekat...
namun tika malam, di langit sana kelihatan kerdipan bintang bintang yang cukup indah menghiasi dadanya..
eh!eh!..dah bersastera le pulak..

Perkataan 'langit -langit' pula mengambarkan salah satu anggota badan yang terdapat pada bahagian dalam mulut manusia. 'Langit-langit' begitu berguna ketika mana ianya mempengaruhi bunyi yang dikeluarkan. Bagi mereka yang mempelajari ilmu tajwid al-Quran, kedudukan lidah pada langit-langit akan mempengaruhi sebutan huruf huruf tertentu. Contoh yang paling ketara ialah huruf lam dan ra'.

Ada orang cakap pula, lengkungan langit-langit ni mempengaruhi 'pitch' suara seseorang..lagi dalam lengkungannya, langit tinggi pitch suara..
YE ke?
..hah..apa lagi suluh tengok la, dalam atau tidak lengkungan langit-langit anda..
he he he..

sekian..

Wednesday, February 25, 2009

Tupai dan Tupai-tupai.


Salam,
Lukman, anda dapat the FIRST AWARD from me..
tahniah!!

Okay,
jawapan pada fikir fikir saya ialah tupai dan tupai-tupai.

1) tupai - sejenis mamalia kecil seperti tikus tetapi berekor panjang berwarna coklat kemerah merahan..pemakan tumbuhan dan buah buahan...melompat ke sana ke mari...pemanjat pokok juga..( terdapat agak banyak juga kat kawasan rumah aku ni)..dalam bahasa Inggeris dipanggil SQUIRREL

2) tupai-tupai - sejenis alat yang digunakan untuk meletakkan kayu penghalang pintu. terdapat di rumah rumah lama atau istana yang tidak memakai kunci besi..dipasang berpasangan..di kiri dan kanan pintu..( sila rujuk cerita cerita P.Ramlee atau cerita cerita istana untuk dapatkan ilustrusi yang lebih mantap..)

Tupai melompat ke sana ke mari..
Tupai-tupai pula terlekat tepi pintu.....

Sekian.


Menjawab asignment dari Kak Pah..


Salam..

Ni kerja yang aku dapat dari kak Pah..

kerja ni kacang jer..he he he..


Instructions :-

Go to your photos folder in your computer

Go to the 6th folder of your photo

Go to the 6th picture in that folder

Put the picture on your blog and description of it.

Invite 6 friends to join the challenge

Link them in your blog and let them know they have been challenged.
Keterangan bagi gambar di atas ialah :
1) Kerja tangan aku dan rakan rakan pada bulan Disember 2008.
2)Mural yang masih separuh siap untuk dinding Aulad Perdana.
3) Geng yang tolong lukis dan warnakanya adalah aku, cikgu Aizazura yang kini masih dalam proses nak jadi Ustazah. Seterusnya si Nani, juga seorang bakal Ustazah, dah balik negerinya ke Kelantan. Turut serta dalam kerja MURAL ini ialah Kak Tie, Ina, Cikgu Yati yang waktu tu baru masuk dan Cikgu Wani. Tidak berkecuali yang datang menolong sekali sekala ialah anak anakku, Husna, Zainab, Aisyah dan Rahmah.
habis cerita..okay sapa nak kena ngan aku pulak ni?
Hmmmmmmmmmm
Panjang Hmmmmmmm tu...
1)Lukman...(since hang pun rajin ambik ambik gambr ni kan)
2)PerantauSepi ( ni pun rajin boh gambar dalam blog)
3)GPI SKSV (nah! ambik assignment ni)
4)4 bersaudara ( amacam anak sedara... boleh?)
5)mak Qaiyum..he he he.. ( lama tak dengar cerita..)
6)......oohhh ya.. MUHAJIRAH..( okay sila buat asignment dari achik!!)
he he he he....




Tuesday, February 24, 2009

Bahasa kita..

Salam,

Bila ku lihat lihat, ku renung renung..menarik juga bahasa Melayu kita ni. Ada peribahasa. Ada Simpulan bahasa. Perumpamaan. Ada bahasa kiasan dan sebagainya..

Dulu masa sekolah rendah, bila ada simpulan bahasa atau peribahasa yang aku tak faham maknanya atau nak tahu asal usulnya aku mesti tanya kat mak. Kalau mak tahu, dia mesti jawab.

Contoh : Serkap Jarang makna - menuduh secara semborono.

Aku tanya mak apa dia SERKAP? Korang tahu tak apa dia SERKAP? Apasal pula dia jarang? Apa kaitan dengan tuduhan tuduhan semborono tadi ni? Semborono pula? Bahasa apa pulak tu?
Hah..siapa cikgu kat sini? Tolong jawab....he he he...
( aku tinggalkan untuk korang terangkan pada aku)

Lepas tu aku tengok perkataan perkataan kita ni kalau sekali sebut jadi satu mende. Sebut dua kali jadi mende lain pula.

Contoh : siku dengan siku siku

Siku ialah sendi yang terdapat pada tangan manusia.
Siku siku pula adalah alatan yang digunakan dalam pertukangan untuk mengukur ketepatan.
( ini aku punya definasi la..tak ambik dalam mana mana kamus..kamus SORI bahasa he he he. bagi yang nak tepat maknanya rujuk sendiri!)

Okay soalan bonus untuk kerja fikir fikir korang.

Soalan : Apakah perkataan yang sekali sebut dia melompat. Dua kali sebut dia melekat!
..................Penjawab pertama yang betul akan memenangi AWARD dari aku!! he he he...

Sekian...habis fikir!

Kisah buah NYOK..

Salam,

Bahasa Melayu persuratan memanggil namanya KELAPA. Tetapi ada juga panggilan lain iaitu NYIOR..tetapi perkataan NYIOR nampak lebih dramatik dan puitis lagi.

Mak aku tak cakap kat anaknya, "Tolong parutkan buah NYIOR ini.."
Tetapi mak aku cakap, " Hang kukog NYOK sat"..ha ha ha..
Aku lebih kenal buah kelapa dengan nama NYOK..
Nampak macam kelakar tapi itulah yang disebut kepada aku saban hari.

Ada kisah di sebalik buah kelapa atau NYOK ini.
...nak tahu?..jom layannnn..

Pada suatu hari mak aku nak mengKARI IKan. Di suruhnya aku kukog NYOK. Tiba tiba aku dapati bahawasanya buah nyok yang dah berkupas ( yang selalunya dibuat oleh mak aku) telah langsai..eeelek..khalas...habis digunakan.
.....maka mak aku yang dah pun membancuh kari, menyiang ikan serta menyiapkan segala AWAS AWAS ( bahasa mak aku menyebut tentang segala herba herba penumis KARI) pun menyuruh aku mengupas BUAH KELAPA yang bergolekan di bawah pokok kelapa. ( Rumah aku kat kampung memang di tanam pokok kelapa berbaris elok jer sekira kiranya lebih kurang 7/8 pokok..jadi kelapa memang banyak. Buahnya sentiasa ada )

Kecut lah perut aku bila disuruh oleh mak mengupas kelapa kerana sehingga saat itu tak pernah sekalipun aku mencuba mengupas kelapa...keh keh keh..(anak betuahhhh...)
Waktu tu pulak mak dah pun menumis segala AWAS AWAS penumis kari.

KECAAAAISS..

..bunyi mak menumis maka naiklah aroma AWAS AWAS itu..harum semerbak.
Manakala aku? Terkial kial menakik kulit buah kelapa dengan parang. Walaupun parang itu memang tajam, ber de eh - de eh juga bunyi mulut aku marahkan kulit buah kelapa TUA yang liat itu! Setelah mak aku menumis, dia MENYOUND dari dalam rumah.

"Dah siap kupas NYOK tu NIIIIINNN...?' ('nin' adalah nama timangan yang masih aku kurang gemari..he he he)

"Beluuummmm..!" sahutku.
"Bila nak siapnyer?" tanya mak aku lagi.

Aku tak menyahut. Geram pun ada. Rasa nak menangis pun ada. Rasa nak menyebal pun ada.
ha ha ha..
Akhirnya buah kelapa itu dapat juga ku kupas walaupun serabut serabainya masih ada lagi tak selicin dan secantik kerja tangan mak aku. Berpeluh peluh aku dibuatnya.

Habis mengupas NYOK tu, mak cakap.." Hah! Belah dan kukog le teruih.."

Bab belah dan kukog NYOK ni aku sebenagnya handal la juga tapi oleh kerana tenaga aku dah habis digunakan untuk bersilat MENGUPAS NYOK tu dan rasa SEBAI aku dah mula datang maka aku pun kata kat mak, "Alaaa..dah kupas NYOG tu..Tak larat le nak kukog daaaahhhh"

Mak cakap," Baru kupas NYOG sebijik dah nak MENYEBAI"

MEMANG ANAK BERTUAH!!

Dan itulah kisah aku suatu masa dulu dengan sebijik kelapa..
he he he..

Habis ceritaaaaa...

Memori..

Salam,

Ada orang kata usah dikenang masa silam...dah lepas.. dah jadi history. Tapi cerita ceriti aku memang banyak kenangan silam. Blog ini tatapan untuk anakku jua. So aku suka ceritakan pada mereka zaman aku kecil dan remaja. Macam journal hidupku juga. Kalau melihat keadaan sekarang, mungkin masa sekarang tak seindah masa lalu. Masa lalu sebagai anak anak, aku bebas merayau rayau..jauh beza dengan anak anak sekarang.
TERKURUNG dan MEMBOSANKAN.

Waktu aku berumur semuda lima tahun, pekan Batu Gajah kami explored. ( kami yang dimaksudkan adalah aku, kakak (setahun lebih tua dariku) dan makcikku (yang berusia 2 tahun lebih tua). Di pekan Batu Gajah inilah, kami merayap bersama sama sehingga masuk ke kawasan rumah pembuat Kicap Tamin di Jalan Tanjung Tualang. Masa itu Kicap Tamin hanya dibuat secara kecil kecilan sebagai industri rumah. Kami masuk kawasan rumah itu untuk melihat makcik makcik menuang kicap ke dalam botol dan menutupnya. Kami merayap melihat tempayan yang berisi kacang soya yang diperamkan.

Sebenarnya di kawasan itu terdapat rumah kawan makcik aku jadi bila sudah ke sana kami singgah masuk meninjau ninjau cara mereka membotolkan kicap. Aku tak tahu kenapa kenangan sebegini yang masih terlekat dalam memori aku. Kenangan mengenai sesuatu yang begitu baru bagiku waktu itu. Seperti juga memoriku terhadap lawatan bersama abah.

Apa yang aku teruja waktu itu, akan dapat kukenang sehingga kini. Satu lagi contoh ialah semasa lawatan ke RTM di Kuala Lumpur. Masa itu yang terkenal sebagai pengacara TV ialah Taufik Latif. Beliau sering membacakan intisari rancangan jam 5.00 petang sebelum siaran TV bermula. Aku memang sering melihatnya di kaca TV kerana selepas intisari rancangan itu ialah rancangan kartun selama 20 minit. Taufik Latif dikenali kerana senyumannya yang mesra.

Sewaktu aku ke RTM, kami sama sama melihat dan mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Waktu tu aku tengok muka Taufik Latif SELOPONG kena BEDAK...

'Mak aiii',' aku kata dalam hati. 'Kenapa dia pakai bedak banyak sangat?'

Mana aku tahu bab bab masuk TV ni..dan mana le aku nak tahu yang LELAKI pun mesti dibedak TEBAL sebelum cahaya dan kamera disuluh ke muka. I have no idea whatsoever.
...ha ha ha..
Aku betul betul pelik waktu tu..Tertanya tanya apa pasal la si Taufik Latif ni kena MAKE UP, bedak SELOPONG macam Tepung GOMAK...

Masa tu mana ada siaran rancangan kanak kanak yang menerangkan bab bab macam ini. Mana ada internet yang boleh jawab soalan kita serta merta. Aku tak tahu jawapannya hinggalah dah beso beso...
...bila dah ada rancangan cerita pasal make up artis dan sebagainya..
Oh begitu hal nya mereka yang dalam Show BIZ ini...aku kata akhirnya.

Sekian..habis cerita..

Monday, February 23, 2009

4 jenis masakan.

Lokasi rumah sewa ialah di hadapan Stadium'lama' Chicago White Sox (sukan baseball)
(waktu aku nak balik Malaysia, depa nak runtuhkan Stadium ni..so tak sempat tengok stadium baru)
Tinggal bersama kawan kawanku,Lin,Sha dan Adik.
Salam,

Saja nak cerita sikit waktu kat US dulu. Masa mula mula menyewa di W33rd Street, Chicago, Illinois.

Waktu tu aku tinggal bersama sama dengan tiga orang kawan lain yang sebaya. Seorang dari Selangor. Sorang dari Melaka. Seorang lagi pula budak dari Johor.
Aku pula..mana lagi kalau bukan dari Perak. Kami semua ni sudah kenal di antara satu sama lain semenjak dari Malaysia lagi sebab sama sama dalam program MUCIA-KPP/ITM first batch.

Yang menariknya keempat empat kami ni idak le gheti sangat masak. Tambahan pula dah dok merantau ni. Waktu kat Malaysia, sonang je. Makan pergi cafeteria atau kedai atau beli je kat pakcik makcik yang jual depan hostel kami tu...Tak main le nak rajin rajin masak.

Kat kampung pun, sudah memang terkenal, aku idak le handal memasak. Kalau aku masak pun setakat masak tumis tumis pedas jer. Macam sambil tumis ikan, sambal tumis ikan bilis, sambal udang..sebab itu antara makanan kegemaran aku. Tak pun aku buat sup jer sebab sup memang senang nak buat. Kalau nak menggulai ke, apake, mak aku yang masak.

Ayah aku cerewet lah juga bab rasa kri ni. Maklum le, orang PENANG. Kalau aku masak kari CHEROI ( makna perkataan cari sendiri), nanti dia KOMPLEN pedih telinga. So waktu aku anak dara, memang aku tak rajin la nak masak kari..Tapi bukannya aku tak reti nak buat..Tahu sebab dok tengok mak buat selalu. Cuma tak mau buat pasai tak mau kena komplen.

Lagipun kalau kat kampung nak mengKARI ni lceh sikit. Mula mula kena kupas NYOK. Pastu kena KUKOG NYOK. Pastu kena PERAH santan...STEP STEP tu memang meletihkan...Aku selalunya ambik bab KUKOG NYOK ja..Bab kupas NYOK ngan PERAH santan aku malas. Sayang kulit tangan...he he he. Mak aku kalau kupas NYOK sekali kupas 10 biji. Aku nak kupas sebijik pun, terkial kial...ha ha ha.

Okay..( tinggai bab kupas nyok tu)

Bila pi USA..he he he ke empat empat anak dara yang TAK BERAPA nak RETI masak ni dapat satu akai!
Kami bergilir gilir masak. Ikut hari.
1) Kawan aku yang PAKAR masak DENDENG akan masak ituuuuuu jer bila sampai gilirannya.
2) Kawan aku yang dari Melaka cum negeri 9 ni pula akan masak LOMAK CILI PADI jer.
3)Kawan aku yang dari JOHOR suka bebenor la masak asam PODAS.
4)Manakala aku yang separuh PENANG ini masak KAAAAARI ce kari, nasi kandar papadom!

So..masing masing tak suspen dah dengan masakan masing masing. Kalau aku yang masak, orang lain tak payah tanya lah..ERRR masak apa hari ni? ha ha jawapannya mesti kari!!
Kalau kawan aku yang Jawo Selangor tu masak pula, jangan tanya la..Jawapannya mesti dendeng! Begitu lah bagi yang Melaka dan Johor tu!

kemudian seteah agak lama, masing masing dah jemu masak mende yang sama maka kami pun cuba bertukar tukar masakan. Aku masak lomak. Kawan aku pula masak kari. Orang lain pula masak dendeng dan asam podas. Memang la kureeeeng sikit tapi dari situ kami belajar masak. Tapi SOBONARNYA aku masih jug tak pandai pandai lagi nak masak ASAM PODAIH ni.

Kawan aku pun asyik komplen jer kalau aku masak..
Bila dia komplen, aku kata..E nanti engkau masak je lah asam podaih. Aku makan....he he he...
Sebab tu lah sampai sekarang aku masih BLURRR nak masak ASAM PODAIH ni...
Jangan marah..

Habis cerita..

Sunday, February 22, 2009

Suatu hari di Tepian Bangi.

Salam,
Sekira kiranya sewaktu petang, ada sepasang suami isteri masuk ke restoren ini. Mereka disapa oleh seorang gadis,"Hmm..nak minum apa, Encik?"
Errrr...

"Eh! Apasal kamu kat sini!?" sergah si suami pasangan itu.
"Kerja la.."
"Ha! ha! ha!..Pak Lang tak tau pun kamu kerja kat sini. Bila kamu start kerja?"
"Hari ini la..." sahut si gadis.

Rupa rupanya hari pertama kerja sudah bertembung dengan Pak Sedara sendiri. Keesokannya si Bapak Sedara bawa the whole family makan di situ..

Itu kisah hari pertama kak Aisyah kerja di restoren ni.
Dah 3 minggu Kak Aisyah kerja..Ada ambil cuti sehari saja. Suka kerja gak budak ni..

Kat sini, dia kata waktu pagi dan tengahari sibuknya boleh tahan juga. Nak nak pula Sabtu dan Ahad. Tak menang tangan. Tapi selepas pukul 3, dah tak ramai orang. Time tu, dia boring laaa..Ngantuk juga!

Aku pickup dia balik around 5.00 pm. Kadang kadang lewat sikit around 5.30 pm. Belakang kedai tempat dia kerja ada kedai pinggan mangkuk canggih manggih.. he he he..ape namenye?? Luqissa?? Entah ape tah..Ada sorang kawan dia kerja kat situ. Ni semua geng boring dok kat rumah tunggu result SPM. Malam Isnin kakak pi belajo English. Ambil English Communication Class.

Sikit hari ni, dia sibuk minta nak belajor bawa kereta. Abah dia bawa pergi round round kat tempat parking yang lapang lapang. Try tengok ada gaya boleh pegang stering kereta atau tak..

Kelmarin, dia kata result SPM keluar mungkin 14/3 ni. Entah ye entah tidak...
Kita tunggu la..



Saturday, February 21, 2009

Si Oman dan Si Budin..

Salam..

Oleh kerana anak anak aku ramai yang kena Chicken Pox maka minggu ini aku tersadai lagi tak ke mana mana. Oleh itu, jangan jemu membaca entry entry yang dipostkan dalam blog aku dan jangan sekali kali cuba untuk datang ziarah rumah aku melainkan kalau nak kutip derma Virus Chicken Pox ini....

Don't worry, kesihatan anak anak ini Allah yang jaga kerana Allah lah Maha Penyembuh dan kita hanya layak berusaha cari ubat sahaja...


Oh ye..entry kali ini aku nak ceritakan kisah si BuDin dan si OmAn..

Siapa mereka..ha ha ha
Dua adik lelaki ku. Dan inilah sahaja adik adik lelaki ku.

Aku tak nak cerita zaman mereka dah dewasa. TAK BEST!!
dah tuo tuo ni masing masing dah buat hal sendiri..
dah ada keluarga sendiri..
pandai pandai la kan..


Aku syok nak cerita zaman deme kecik kecik. Zaman deme kecik, aku dah beso sebab aku kakak deme! Untungkan jadi kakak..boleh 'kerjakan' adik adik..Itulah advantage jadi kakak yang lebih besar. Bukankah selalunya begitu? yang besar menindas yang kecil? he he he...

Adik aku si Oman sekira kiranya sebaya dengan sorang blogger yang dalam senarai kunjungan aku. (Brahimnyok, hang lahir 1971kan?..Kira sebaya ngan adik aku, Si Oman)
Manakala si Budin pula lahir dalam tahun 1977...wayyy..lebih muda dari aku. Beza umur 10 tahun.

Oman anak no 3 kiranya lepas aku, dia lah.
manakala Budin anak no 4, lepas si Oman.

Waktu Oman lahir, aku memang tak ingat sebab aku pun kecik gak lagi. Dia lahir bulan sembilan 1971 manakala aku pula lahir bulan 12 tahun 1967. Tapi yang aku ingat tentang si Oman ini ialah waktu dia berumur 5 atau 6 bulan, mak ada bawa dia masuk satu pertandingan bayi comel montel. Sewaktu kecilnya, si Oman ni memang gebu dan comel. Dalam pertandingan itu, adik aku ni tak menang..(rasanya la..) tetapi jadi 5 finalist yang terpilih. Suspen juga waktu tu. Aku pun turut sibuk sibuk juga nak tau siapa pemenangnya.Yang tu masih ada dalam kepala otak aku..
Lepas tu pulak, masa aku darjah dua, aku biasa bawa adik aku si Oman ni datang sekolah. Habis geng geng aku kerumun dia sebab aku berani bawa adik tumpang sekaki. Sehari je mak benarkan dan sekali itulah sahaja...
Mak memang sayang beno si Oman ni..sebab anak lelaki waktu tu sorang tu lah sahaja..
Lama juga si Oman ni jadi anak bongsu. Sekira kiranya sehingga umur 6 tahun.

Sewaktu Budin lahir, si Oman ni nampak macam jauh hati jer dengan semua orang..Ya lah..dah agak lama bermanja manjaan. Tapi aku seronok dapat si Budin sebab waktu tu si Oman pun dah beso. Dah tak baby lagi..Waktu Budin lahir, umur aku sekira kiranya hampir 10 tahun.

Mak mengandungkan si Budin terlebih bulan. Hampir hampir 11 bulan dalam kandungan. Hebat juga si Budin ni dalam kandungan mak. Tak nak keluor keluor..Hinggakan mak hampir hampir kena bedah. Dah masuk operation teater pun waktu tu. Di Hospital Taiping..Tapi oleh kerana kecut takut dibedah, mak teran juga bagi si Budin ni keluar..akhirnya keluor lah Budin dengan kelahiran biasa walaupun selepas tu mak sakit agak teruk kerana kekejangan.

Bila dah agak beso, si Budin ni mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Dia memang budak kecil yang keletah. Jadi penghibur gaya tersendiri. Dulu dulu, aku memang suka menyakat dia..memang si Budin tak senang duduk dengan aku. Lepas aku usik dia sampai dia menangis, aku pujuk dia...Lepas tu aku usik balik, nangis..aku pujuk semula. Macam hiburan pulak bagi aku..Mak memang le tak larat nak marah. Kui kui kui..

Tapi si Budin ni memang jenis adik yang baik...tak dinafikan...ada kelebihannya. Si Oman juga ada kelebihan dan keistimewaannya. Dua dua aku sayang sunguh sungguh. Engko mana boleh beli kat paso malam adik adik yang berdua ni..Anak patung boleh ler.

Tapi yang paling aku tak boleh lupa ialah zaman si Oman nak ambik periksa penilaian darjah 5. Waktu tu si Budin dah 5 tahun. Si Budin ni memang cergas otaknya. Umur 5 tahun dah boleh membaca surat khabar..tapi tak la heboh satu Malaya pulak!

So korang nak tahu apa si Oman buat pada si Budin? Oleh kerana si Oman ni malas nak baca buku, dibuatnya adiknya ini sebagai TEKS READER dia..
Disuruhnya adiknya yang baik hati ini membaca soalan soalan dan mengemukakan jawapan dalam bentuk ABC atau D. Stail baca soalan kuiz..
...sambil sambil dia duduk duduk rehat atas buaian, si adiknya bacakan soalan soalan dan dia pula sekadar meneka A,B,C atau D untuk jawapan.
Itulah caranya adik aku si Oman studi dan resultnya heiii.. jangan main main...5A tau! dan aku harapkan adik aku si Budin tu dapat ganjaran PAHALA yang besar kerana menolong abangnya itu.

Adik aku si Oman tu otaknya datang dari planet mana tak tau...
lepas sekolah rendah adik aku si Oman dapat tawaran 3 tempat.
1. MRSM Melaka. 2. SMAWP 3. RMC.

Adik aku si Oman pergi ke RMC sebab abah kata kena ada anak jantan yang tahu pegang senapang...so pergilah dia berkelana di sana selama 5 tahun..

Si Budin pula lain ceritanya. Adik aku ni mak dan abah berkira kira nak jadikannya seorang HAFIZ. Memandangkan adik aku si Budin ni jenis anak yang tak banyak kesah dan ragamnya maka mak dan abah menghantarkannya ke sekolah pondok di Kedah. Adik aku Budin..engkao kena jadi Hafiz patutnya..tapi aku tengok hmmmm..rajin pula menghafal waktu siaran sukan.

he he he..

tapi aku kira kalau dah bidang agama yang adik aku ceburi ini, paling tidak..termakbul juga la hasrat abah nak kan anaknya PENYAMBUNG WARISAN..menjadi GURU AGAMA.

.....aku sebenarnya hanya seorang kakak yang menumpang seronok dengan kejayaan adik adik...
so for both of you, adik adik lelakiku..TAKE CARE!!

sekian

Menegur dan ditegur..

Salam,

Pada suatu hari, ketika aku ke pasar. Aku ditegur oleh si empunya kedai.
'Apa pasal engko pakai sandal, warna lain lain?'
he he he
....aku ketawa...

(Oleh kerana sewaktu nak pergi tu, aku berkejaran dengan anak kecilku. Tak nak bagi dia ikut, jadi kelam kabut sarung sandal. Sebelah sandal warna hijo, sebelah sandal warna hitam. Yang sandal hijo tu sama jenis je dengan yang hitam tu. Dua dua COMFIT jenama dari BATA. Yang hijo tu anak aku punya..Dah emak ngan anak pun segagan jer..jadi beli pun sama stail dan saiz.
Kadang kadang aku bantai pakai kasut anak aku je...)

So aku jawab la kat empunya kedai,' Padan la tengok ke atas ke bawah jer..rupa rupanya saya pakai selipar colour lain lain..Dahsyat juga la pemerhatian Kak pada saya'

Kakak tu jawab,'Dah kau tu regular customer..'

Hmmmm...

Itu kira bagus la tu. Mahu juga menegur. Kalau tak ditegurnya, sampai balik rumah pun aku tak perasan, aku pakai selipar lain lain warna.

Hidup ni memang begini, kalau tak ada kawan yang tolong tegur menegur apa apa yang salah, memang kita perasan. Kita sajerrr lah yang bagus.Orang lain tak.
Jangan lah asyik nak berkawan dengan mereka yang hanya memuji kita.
Asyik membodek..
Yang tak bagus, dikatakan bagus.
Yang nak menegur salah kita tu lah, yang patut kita berkawan selalu...

Aku ada sorang kawan yang selalu bantai muka aku. Maksud aku, kalau dia rasa nak kutuk, dia kutuk rapat rapat. Bantai cukup cukup. Tapi aku tak bergaduh dengannya. In fact, walaupun aku bertengkar dan bertekak macamana sekali pun, tetap aku rindu padanya..

Bagi aku, dia adalah kawan sejati. Kawan yang tak pura pura. Kawan yang dapat menegur aku dengan ikhlas. Kawan yang tak sekadar bodek memanjang..
Dan kawan aku tu pun tak kisah kalau aku menegurnya. Dia berlapang dada. Mungkin dia dah masak dengn perangai aku dan dia tahu aku siapa...

Kadang kadang memang susah diri kita nak menegur orang. Hendaknya pula orang itu lebih tua dan dirasakan lebih berpengalaman. Kalau kita tegur..aaaaahhh siapalah kita. Tapi bagi aku, setiap manusia pasti ada cacat cela. Nama pun insan dan seorang INSAN pasti tak terlepas dari melakukan kesilapan.

KIRANYA kita sebagai pemimpin atau orang yang lebih TUA atau orang yang ADA BANYAK pengalaman ATAU orang yang jadi ketua..kita SEPATUTNYA merasa LAYAK diTEGUR walaupun TEGURAN itu datangnya dari RAKYAT yang hina dina atau datang dari orang yang MUDA atau ianya datang dari orang yang seciput pengalamannya atau dari anak buah kita sendiri...
Yang TUA ada pengalaman, Yang MUDA ada kekuatan, Yang KECIL ada kecerdasan, Yang KAYA ada sumber kewangan...
Bukankah elok saling bergabung dan tegur menegur?

BUKANKAH?

Antara pelakon, politik dan kepura puraan..

Salam,

Dulu waktu aku kecil kecil zaman sekolah, memang aku selalu berlakon atas pentas. PRETENDING jadi someone else. Berlakon atas pentas sekolah...berpura pura...
Mewujudkan sesuatu yang bukan diri aku.
ITU DULU..
zaman sekolah.
Dah jadi sejarah. Sejarah diri aku.

Kini aku tengok senario politik masa kini dah ada pelakon yang mempromotekan diri untuk jadi Pemimpin Rakyat.
Kalau di USA, kita dah ada Ronald Regan jadi President USA terpilih dari golongan pelakon.
Kalau di India pula, Amitach Bachan, adalah geng pelakon yang aktif dalam politik.

Hmmm... kat Malaysia kalau ada pelakon yang terpilih jadi Pemimpin Rakyat, kira sama taraf le ngan Hollywood dan Bollywood..

Ha ha ha..

tapi apa nak hairan kan...betul tak?

Ramai gak pengundi pengundi yang sukakan pelakon/penyanyi/artis..jadi tak hairan suatu masa nanti golongan artis mungkin diangkat taraf jadi pemerintah negeri atau negara. Dah kaau memang ramai PEMINAT..so apa nak heran..
Lihat aktifnya orang response kat AF pun sudah la..Walaupun yang mengundi habis duit ribu ribu..tapi tetap sanggup BERKORBAN.

Pun begitu, ada juga aku lihat geng ahli politik yang tak ubah macam pelakon. Hidup penuh kepuraan...Lagi HEBAT..
Siang depan rakyat rupa lain, malam belakang rakyat, pula tukar jadi lain..
tapi siapa yang tahu??!!
Golongan ini lagi hebat lakonannya..lebih hebat dari GOLONGAN ARTIS sendiri!!
BERLAKON DAH JADI MACAM ASAM GARAM..

Inilah pentas DUNIA
betul tak?..

sekian.

Overacting..

Salam,
Entry sebelum ni aku cerita pasal bakat. Antara bakat (....satu kurniaan Allah) yang pernah ditonjolkan di sekolah samada sekolah rendah atau menengah ialah bakat berlakon aku. Acara lakonan pentas (macam teater le pulak...) yang banyak aku sertai ialah ketika aku di sekolah rendah. Sewaktu di sekolah menengah bakat ini kupendam sahaja. Mungkin aku rasa ramai yang lebih berbakat dari aku...hmmm...

Sewaktu di sekolah rendah antara lakonan paling mengukir sejarah hingga geng kami ni dijemput untuk berlakon sebanyak dua kali ialah lakonan dalam bahasa Inggeris 'Mahsuri, the legend'.

Dalam acara lakonan ni, memang aku seorang sahaja yang perempuan dan menjadi watak utama. Kami berlakon dalam satu pertandingan antara sekolah sekolah di Taiping. Kiranya sekolah aku ni wakil dari sekolah kampung laaa. Kami lawan dengan seluruh sekolah terpilih di Taiping tu. Saingan kami adalah dari sekolah sekolah hebat seperti Convent, Methodist, sekolah jenis Kebangsaan Cina, King Edward dan lain lain. Memang menggerunkan...

Dalam pertandingan ni sekolah aku S.K.Gunung Semanggol, memang la tak menang. Tak dapat no 1,2,3 pun. Tapi bila guru BESOR tengok result markah, sekolah kami jatuh tempat ke 4. Dari banyak banyak sekolah tu, tempat ke 4 adalah pencapaian yang cukup memberangsangkan...he he he..kami mendapat pujian dari jemaah hakim!!

Dan ada sorang cikgu Cina, entah dari sekolah convent mana tah, dia datang jumpa aku. Cakap sok sek sok sek..dalam bahasa Inggeis...puji pujian..(aku sebenarnya tak le faham sangat..sengih sengih jer la..). Dia cakap 'Good..good' aku faham laaa..

Dalam lakonan ni la aku overacting...TERLEBIH SUDAH!

Waktu si 'Mahsuri' baca sumpahan ke atas penduduk 'Langkawi' tujuh keturunan itu, si 'Mahsuri' begitu beremosi (menghayati lakonannya) sehinggakan keluar air matanya terisak isak... (banyak markah dapat kat situ).
Kemudian takkala 'Mahsuri' kena tikam dengan tombak dan mengalirkan darah putih..(cikgu boh susu dalam plastik..lekat kat dalam baju aku), 'Mahsuri' menjerit melolong hingga terasa kegerunan di dalam dewan tempat pertandingan di adakan..(diikuti dengan bunyi guruh dan taufan dari dalam kaset radio cikgu aku)..

he he he....ingat ingat balik kelakar pun ada!

Itu antara kenangan sekolah rendah...

Friday, February 20, 2009

Bakat..

Salam,

Hari ini salah seorang anakku mencuba diri untuk pertandingan bercerita. Kelmarin bergegas dia menanyakan aku apakah cerita yang boleh diambil untuk pertandingan sesama kelas itu. Bukan acara peringkat sekolah pun. Sekadar latihan asas bersama rakan rakan sebaya. Dia ingin mengambil cerita dari sebuah buku sebagai persembahannya. Tetapi aku menyuruhnya mengambil cerita yang aku karang sendiri dan telah aku letak di dalam blog.

Ha ha ha..

Cerita tentang caterpillar tempohari tu. Cuma aku ubahsuaikan sedikit supaya cerita itu dapat diakhiri dengan MORAL OF THE STORY..
( Terima kasih Nizam, engkau bagi satu idea tambahan..Tapi akak tak de le buat cerita hantu pocong ngacau orang malam malam. Caterpillar yang last tu jadi beautiful butterfly instead..)

Anak aku masing masing ada bakat semulajadi kurniaan Allah. Samada cikgu mereka dapat mencungkilnya atau tidak ..terpulang..
Aku malas nak beriya iya sangat promote anak anak aku. Biar mereka sendiri yang berani tampil ke depan. Kalau mereka mahu, mereka akan berjaya. Aku tolong mana yang mampu sahaja. Anak ramaaiiii..siapa yang bersungguh, dia berjaya.

Sebenarnya bukanlah perkara yang menghairankan sekiranya anak aku berani tampil ke depan di atas pentas. Ianya bukan perkara baru. Kadang kadang perkara macam ni seperti jadi turun temurun pula.

Yang pasti bakat bakat seni pentas ini datang dari susur galur bonda..ditokok tambah oleh semangat dan perangsang dari ayahanda.
he he he..

Seperti diri aku, aku CUMA berani atas pentas saja..tidak lebih dari itu. Jangan suruh aku jual tupperware ke, jangan suruh aku jual AVON ke, jangan suruh aku jadi promoter jumpa jumpa orang. AKU PEMALU..ha ha ha..

SUNGGUUHHHH..aku kurang berani bila jumpa orang untuk nak suruh beli barangan. Dulu bila abah aku suruh jual rambutan tepi jalan rumah aku, nampak kereta berhenti, aku cabut lari..
keh keh keh..

Sebab tu aku tak suka kerja FRONT DESK..tak caya? tanya kak Pah...
Lebih baik aku jadi entertainer ngan budak budak. Yang tu, aku rasa aku tak da masalah. Mai lah mak pak satu dewan punnnn..aku boleh selamberrr..(eksyen tau!! aku tak la nervous sangat..sikit sikit tu sebenarnya biasa..nak nak pulak kalau aku rasa aku dah well prepared..hi hi)

Waktu aku kecil dulu semasa di dalam darjah satu lagi, aku dah jadi ketua koir. Cikgu yang melatihnya cikgu Cina nama Mr NG. Waktu tu aku sekolah kat Batu Gajah. Aku dah biasa nyanyi dengan diiringi gitar dan alat muzik..
he he he.
Menyanyi atas pentas untuk kutipan malam amal, untuk keraian perasmian entah mende, jemputan ke rumah DO, hari penyampaian hadiah.
ITU BARU DALAM DARJAH SATU!!..

Waktu darjah dua, aku pindah ke sekolah di Semanggol. Tahun 1975 tu, bakat aku terpendam begitu sahaja sebab aku budak baru. Cikgu tak kenal aku lagi..

Masuk darjah 3 dan seterusnya sampai darjah 6, cikgu dah nampak aku. Lepas tu aku kena masuk macam macam pertandingan. Sajak, Puisi, berlakon, nyanyi, tarian., syarahan, poem english, jadi MC majlis, baca Quran, nasyid, pertandingan hafazan...mak aaaiii....aku rasa kalau zaman aku dah keluarkan sijil sijil penyertaan, mahu sejengkal sijil aku! Walau pun memang setengah setengah pertandingan antara sekolah tu mengeluarkan sijil tapi entah mana aku campak pun aku tak tahu...Tak ambil kisah pun.

Teringat sewaktu berlakon cerita "Snow White and Seven Dwarfs" zaman sekolah rendah...cikgu serba salah nak ambil siapa jadi snow white-kira kiranya peranan heroin le kan...

Aku adalah pilihan utama sebagai heroin tetapi masalahnya tiada siapa yang nak jadi 'Queen' yang jahat tu. Sekali bila memikirkan aku tak lah se'white' mana dan aku suka juga watak jahat 'Queen' tu maka aku kata kat cikgu yang aku nakkan peranan 'Queen'. Kawan aku yang lebih 'white' kulitnya (sebab dia pun berketurunan Cina), ambik peranan 'Snow White'.

He he he..

Korang tahu apa jadi?

Tup tup yang meletop letop..(konon kononnya glemer) dah beralih fokus kepada si Queen yang JAHAT tu..bukannya SNOW WHITE!!
Aku berlakon jadi JAAAHHAAAT sangat. Cermin aku hempok bagi pecah (errr..cermin pegang kat tangan jer..)....terkejut badak habis audience..ki ki ki..

...dan yang aku takleh lupa sekali. Cikgu aku kata,"Saya tak suruh awak hempok cermin saya tu.."..selamat tinggal cermin cikgu aku. Berderai atas pentas.

Itu salah satu kenangan yang aku takkan lupakan...


Oh ye...gambar kat bawah yang terima hadiah tu aku la tu. Nampak tangan jer. Malu nak tunjuk rupa diri. Itu pun aku menang juga tu. Acara individu...Talent-time sekolah menengah..he he he.
JOHAN!!

SEKIAN

Next in line...

Salam,

Ni bukan penerima anugerah Oscar terbaik.
Bukan juga pemangku yang akan naik takhta mana mana kerajaan.

INI PENERIMA KURNIAAN DARI ALLAH..

Allah telah menjadikan Muhammad dan Raudhah sebagai penerima Virus Chicken Pox minggu ini..

Okay..aku akur dan redha..

Thursday, February 19, 2009

Apo kono kau jang??

Salam..
Kisah dua orang rakan kamcheng. Dua dua kelas aku. Dua dua bagi poning kepala aku. Yang satu ni dah masuk lamooo dah. Yang satu lagi pulak baru masuk hari tu...Dari center. Kat center katanya menangis tak nak duduk..kerana ditinggalkan kawan. Bila kat Perdana ni nampak gayanya hepi kemain lagi...Wah tak dok diam juga. Kasi jege mato putih berpusing pun, selamber dek jer.

Rakan baiknya kepala dah diDOGOLkan oleh bapanyo. Bila ditanyo..apasal kepala kau dogol Jang..
"Saya main gunting kat rumah..Rambut dah tompok sana sini..."

...nasib baik kat rumah. Bukan kat sekolah rambut kau bertompok. Kalau tidak poning kepaler aku pulak nak menjawab. Ha ha ha..
Yang dogol kepalanya tu sikit hari ni asyik bersongkok aje ke sekolah. Hensem juga la..Kiut pun ada sebab badan nye kecil cili padi.

Hari ini pepagi lagi dua rakan karib ini sudah ada di sekolah waktu aku sampai. Mereka memang geng awal..Tetapi time kami semua sudah mula berhimpun kedua duanya hendak masuk toilet. Entah betul entah tidak dua dua nak 'UH UH'..
Sebonanrnya nak pergi 'sungai kecil' jerr..Kedua duanya pergi serentak. Aku kata cepat sikit la..Orang dah nak berhimpun. Mereka ke tandas di bawah. Dua dua nak masuk sesama..
HISSSHH aku kata! Sorang sorang la..

Dah aku suruh budak berhimpun, cikgu seorang tengok dua dua pakai seluar. Masing masing nak cepat...

Bila naik kelas, aku kata pada yang dah DIDOGOLkan kepalanya.

"Futan..angkat sikit seluar awak tu. Melondeh ajer..".Dia angkat.

Bila dah habis mengajar dan tunjuk cara bentukkan huruf Jim, aku perasan seluarnya terlondeh lagi. Kaki seluarnya dah labuh dan terkapar menjadi seperti seekor singa laut jer.

'Futan, Come here. Cikgu nak betulkan seluar awak."

'TU BUKAN SELUAR FUTAN LE CIKGU!!" kata sorang murid.
"Ye ker?"..mana le aku tahu itu bukan seluarnya.

"Mikey pakai seluar Futan. Futan pakai seluar Mikey"

ha ha ha..

aiseh man..Mana la aku perasan seluar Mikey dah singkat.
Padan la seluar Futan labuh meleret macam kaki singa laut jer..
terkapar kapar...
Lain kali jangan le nak masuk TOILET pun nak KAMCHENG sangat!

smile...

Wednesday, February 18, 2009

Terjah Restoren!!

Salam..

Dah banyak sangat sampai melimpah ruah, aku merayau tengok blog yang cerita pasal makan makan kat restoren. Tapi mungkin aku tak jumpa lagi yang berani buat blog MENERJAH RESTOREN terutamanya bahagian dapur, tempat makanan disediakan..

Kalau kat TV3 kita dihidangkan dengan rancangan 'Jalan Jalan cari Makan' sampai aku tengok pengacaranya pun dah semakin MANTAP badannya, asyik mencuba makanan...memang seronok kan makan makan niii..
Tapi malangnya sehingga saat ini, aku tengok TV3 masih tak berani menyiarkan rancangan kontrovesi..TERJAH DAPUR!..maksud aku terjah tengok dapur tempat Penyediaan Makanan terutamanya restoren TERNAMA atau HOTEL terkemuka..atau mana mana restoen yang MASYHUR! ( kalau terjah ARTIS tu..tak de mende..setakat GOSSIP hangat memfofularkan chanel jerrr)

Errr..bukan aku bermaksud untuk MENYIRAM 'pasir atau tanah liat' dalam periuk nasi diorang..tetapi teringin rasanya kita sebagai pihak PENGGUNA mengetahui sejauh mana OUR RIGHT is BEING protected. Rancangan itu boleh membuatkan duit kita berbaloi dan kita tidak tertipu dengan sekadar kemasyhuran JENAMA makanannya sahaja.

Sewaktu aku di Chicago, aku ada menonton rancangan seperti ini. Tak silap aku di dalam rancangan Berita juga terdapat slot di mana dapur dapur restoren diterjah oleh geng TV. Sekiranya restoren itu TIP TOP maka dia tidak perlu takut dengan terjahan sebegini malah mengalu alukan lagi kejutan dari pihak TV. Paling tidak, mereka akan mendapat liputan PERCUMA dari chanel TV berkenaan sekaligus macam IKLAN untuk Marketing pulak. Tetapi bagi restoren yang Thumbs DOWN maka nasiiib la kan... Mungkin restoren mereka akan disita pula oleh pihak yang berwajib.

Bagi aku, alangkah eloknya jika kita ada rangkaian TV yang berani untuk membuat rancangan sebegini. Mungkin akan timbul kontrovesi dan silap haribulan boleh disaman tapi yang pastinya kita sebagai PELANGGAN akan mendapat kebaikan apabila pengusaha restoren akan cuba melakukan yang terbaik dari segi penyediaan makanan, tahap kebersihan premis serta juga mutu makanan yang dihidangkan..dan bagi orang ISLAM pula boleh melihat samada restoren ini mempunyai TAHAP 'KEHALALAN" yang tak diragui serta juga TAHAP 'KESUCIAN' yang tinggi!

AMACAM??....ada yang berani menyambut cabaran?....err..KITA PUNYA HAK sebagai PENGGUNA, bukankah?

Tawakkal seekor burung..

Salam,
Aku sering duduk sendirian memerhatikan alam. Memikirkan tentang kejadian kejadian Allah. Memerhatikan makhluk makhluk Allah yang lain...

Sang burung adalah antara makhluk yang telah menjadi fokus pemerhatianku..

Sang burung.
Haiwan berkaki dua. Berbulu pelepah. Bertelur. Tidak menyusukan anak. Hidup berpasangan. Bersarang. Menjaga anaknya hingga mereka boleh berdikari.

Aku kagum dengan sang burung. Gigih membuat sarang. Kadang kadang aku tengok burung Ciak rumah yang kecil ini bergilir gilir mengangkut rumput rumput kering untuk membuat sarang. Terfikir aku, "Canggih burung ni. Membina rumahnya sendiri. Tidak perlukan tenaga tok tukang. Manusia zaman sekarang ramai yang tidak mampu membuat rumah sendiri secara berdikari..errr kenapa ya? Adakah manusia hari ini telah tidak self-efficient lagi?"

Kemudian aku lihat yang betina mula bertelur. Dan yang jantan melindungi 'rumah' mereka. Apabila telur menetas, siibu menjaga anaknya dengan begitu baik sekali...(Kadang kadang ibu manusia tewas dengan ibu burung dalam soal penjagaan bayi mereka ini) Dan yang paling aku kagumi, betapa sang ibu burung sentiasa bertawakkal kepada Allah.
Setiap pagi keluar mencari makanan dengan perut yang kosong tetapi begitu tekun berusaha serta tawakkal dengan rezeki Allah maka takkala pulang petang temoloknya penuh berisi makanan..Bukankah TAWAKKALnya sang burung ini mungkin lebih hebat dari TAWAKKAL seorang manusia..MENGKAGUMKAN..

Tuesday, February 17, 2009

Yang Tidak Nampak pada mata kasar..

Salam,
Jam sudah menunjukkan 12.56 am.Aku masih tidak tidur lagi. Kadang kadang memang mata ini sukar untuk tidur. Mungkin disebabkan aku sudah berdengkur di siang hari. Mungkin juga kerana umur yang kian meningkat ini sudah diajak berjaga malam. Kata orang, tanda tanda akhir umur salah satunya ialah sukar tidur.

Hmmmm...
Hidup ini begitu sementara. Mati itu pasti.

Aku sebenarnya ingin membicarakan soal benda ghaib, yag tidak nampak pada mata kasar kita. Sebagai contoh antara makhluk Allah yang ghaib ialah angin. Kita tidak nampak angin tetapi kita nampak tanda tanda akan kewujudan angin. Kita katakan hari berangin apabila kita lihat daun daun melambai lambai di tepi pantai.
Berayun ayun..

Kita juga lihat ombak yang beralun alun di tiup angin yang kencang. Adanya angin maka berombaklah air laut.

Kita juga berkata kata pada diri,' Oh..berangin hari ini' kerana pipi dan rambut kita disapa oleh sang angin yang meniup lembut dan menyegarkan diri takkala kepanasan mentari.

Sekiranya di rumah, kita tahu kehadiran sang angin apabila kita memasang kipas untuk menyejukkan diri.

Angin ini sejenis Makhluk Allah. Yang kita tidak nampak pun..Tapi ianya wujud. Dan semua orang tak kira apa bangsa, agama yang dianuti atau dari keturunan mana ia datang tetap percaya tentang adanya angin.

Persoalannya sekarang bagaimanakah rupa angin? Bulat? Bongkah? Silinder? Kun? Tidak ada satu ahli Sains yang dapat menerangkannya. Hanyalah yang diberitahu..ujudnya getaran, geseran dan perlangaran di antara atom atom dalam bekas bekas yang pelbagai bentuk...dan kita tetap mempercayainya kerana setakat itulah yang diterangkan pada kita.

Kita percaya ujudnya angin..Kita tahu adanya angin dengan melihat tanda tanda yang dihasilkannya.

Tetapi kenapa ada di antara kita yang sukar mempercayai keujudan makhluk YANG TIDAK NAMPAK pada mata kasar yang lain..
contohnya malaikat Raqib dan Atid yang sentiasa berada di sisi anak Adam tak kira apa bangsa, agama dan keturunannya?

Atau pun kenapa ramai yang masih sangsi tentang keujudan Allah yang lebih dekat dengan kita daripada urat urat di lengan kita sendiri?
Kita percaya adanya angin tetapi kurang yakin dengan PENCIPTANYA..

KENAPA??

Monday, February 16, 2009

Sabtu yang agak 'sengal'..ha ha ha...

Salam,
Sebenarnya aku tak tahu samada aku nak marah atau tidak..

Err..Mungkin tak le kut..
Cuma rasa nak menyekeh sesuatu sahaja...
smile..

Tapi Sabtu kelmarin agak menyengalkan..
Kenapa?
Hmmm...
My hubby tersayang kena pergi 'brain storming'. 'MERIBUTKAN OTAK' ha ha ha..
Aku tak tahu samada dia atau aku yang kena 'ribut'...he he he..

Lokasi pemerahan 'RIBUT OTAK' tu tak jauh dari Bangi. Kat Palm Garden jerr..Satu tempat dengan IOI resort dan Marriot Hotel ..lepas sikit dari susur Putrajaya kalau datang dari arah Bangi ni.

Aku tak pernah nak menjengah ke sana pun. Tak da hal aku nak ke sana. Lain la kalau suami aku ni jenis 'GOLFER'. Since he is not that type maka tempat yang ada padang ragut ni jarang jarang sekali lah kami sampai.


Suami aku ke sana mem'brain storming'. Yang aku pulak? Tak do koja..NGANGA weeehhh..

Demer korja dari pagi sampai petang. Aku pergi ke sana atas ajakan suami. Suami aku suruh pergi waktu petang. Ingat kut boleh le bercanda waktu malam..


EH! EH! sambung lagi 'BRAIN STORMING' nye sampai ke malam..


Bila aku tahu demer ada sessi lagi sambung sampai ke malam, aku kata kat suami aku..malas ler aku nak tunggu situ. Baik aku balik jer la..Rumah dekat.


Habis aku snap snap photo ni..merayau rayau seorang diri macam 'Zombie' maka aku pun balik.Chow..




Mujur aku reti nak bersedap sedapan lihat pemandangan sambil mengambil ngambil gambar. Kalau tidak mahu juga 'ribut topan'..ha ha ha..



So...habis lah cerita hari Sabtu yang agak 'sengal'..

Marah?..tak tak..aku kan jenis 'PENYABAR'. he he he...


Sekian.













Sunday, February 15, 2009

Mengomel cerita hantu..(promote Si..Nizam..10 percent)

Salam,
Aku sekarang tengah mengikuti perkembangan cerita cerita MISTIK, SERAM ( atau pun tak berapa seram..dan hanya rekaan semata mata) yang ditulis oleh pengarang yang bagus ( ni bagi aku la kan kan..kalau cikgu BM yang baca, mungkin lain komennya) si adik kecil Nizam Ariff ( aku yang akut)..(ha ha ha.. adik kecil sebab dia muda pada aku)

Macam macam cerita yang dipertengahkannya. Kalau korang nak baca cerita cerita ala ala dalam buku Mastika tu korang boleh la melayari blognya. Ada aku boh kat tepi tu. Klik je le kan..
Walaupun kisah kisahnya tu aku dah macam biasa mendengarnya tapi si Nizam memang pandai menulis. Bahasa BAEEEKK punya..
(mengarut pun ada gak budak ni..err...I mean bapa budak ni).
.........................................................................................

Cerita seram yang aku dengar ( more or less similar to Nizam's)... selalunya aku terlopong dengar.. time time balik kampung, (rumah opah aku di Teluk Sena, Bota). Bapa sedara aku yang tinggal dengan opah aku ketika tu, seringkali memperdengarkan cerita cerita hantu sebegini supaya kami boleh duduk diam diam lepas habis dinner. Nak tengok TV, letrik pun TARAK lagi ketika itu. Ayor pun tak masuk lagi ke rumah Opah aku tu. Pakai mandi celepung celepung ajer kat sungai Perak yang terletak sepelaung jauhnya dari rumah Opah aku.

Aku, kakak aku yang hanya setahun lebih tua dariku, mak sedara aku yang dua tahun lebih tua, pak sedara aku yang sama baya dengan kakak aku, maksu aku yang dua tahun lebih muda dari aku....adalah pendengar yang terleleh dan ternanti nanti cerita cerita seram sebegini..ha ha ha..

( walaupun pak sedara aku tu dia punyai imaginasi mengarut ngarut dan suka menunjukkan jari jemarinya yang dah kudung kudung tu..oh ye..pak sedara aku ni cacat jari jarinya semenjak lahir..sebab apa aku tak tau..mungkin Opah terkena jangkitan kuman kut waktu ngandungkan nya..I don't know..dulu dulu Opah tak pergi hospital pun buat check up..)

Tapi yang pasti, ceritanya ada sound effect buatan sendiri. Ada layar 'Perak'..kami kadang kadang main bayang bayang sebab dulu pakai pelita tanah sahaja. Suasananya memang seram dan spooky. Nak pula ada bayang bayang 'tambahan' yang lain dari apa yang kami cuba buat..
ha ha ha
lepas tu nak kencing semua tak berani turun tanah dah...
kena berteman...
ha ha ha..
Nak 'uh uh', tunggu siang..

Bila Nizam relate balik cerita tu, aku terasa imbauan dari mulut Pak Sedara aku yang 'spooky' tu. Cumanya aku dah tak terasa spooky sangat sebab suasananya dah berbeza. Aku hanya baca dari skrin notebook aku ni..sedangkan Pak Sedara aku dulu menceritakannya penuh dengan sound effect buatan sendiri, suasana dalam kesamaran lampu minyak tanah, dalam rumah yang seram sejuk (rumah opah beratap rumbia ..jadi bila malam, dingin sekali ) sebab tu aku kurang dapat 'feel'nya...

Buat Nizam, hang teruskan menulis...aku baca cerita seeeeeram sejukmu itu.
(hang charge seringgit satu cerita pun, orang akan baca.. aku rasa la..)
Tapi kalau hang charge, hang akan kehilangan seorang pembaca yang setia...
(aku kedekut! ha ha ha)

sekian..

p/s....thank you Nizam for sharing the spooky stories that have lots of info too..

Friday, February 13, 2009

uLaT BuLu PaNjaT LiDi..

Salam,
Hello everybody..
Today I am going to tell you a story about caterpillars..
Do you want to hear the story?
Okay?....
Come along..stay cool, sit down quietly and listen properly...


Once upon a time there was a caterpillar named Chuck. He loved to play around and try something new. But unfortunately, he did not have a friend to play with. He also felt very sad about himself.

" There is nothing special about me. I am a PLAIN caterpillar and my life is so plain too" he said to himself.

So, one day, he decided to go out for a long walk to find new friends.

He walked and walked until he met a caterpillar who was upside-down.
He asked the upside-down caterpillar, " Why are you standing upside-down, my friend?"

" Well...I think I see my world beautiful when I stay like this" answered the upside-down caterpillar.
"And I am very happy the way I am now."





So Chuck, the caterpillar continued his journey and he met another one. This time, the caterpillar had a bloating tummy..and Chuck asked,
"Why do you have a big tummy, my friend?"
The big tummy caterpillar answered, " I have eaten two big pieces of leaves today. I felt so tired and sleepy too but I am happy the way I am."





So, Chuck, the lonely caterpillar went on until he met another one. This time he met a very peculiar one. The new caterpillar had legs that looked like chicken's. He asked " Dearest my friend, why do your legs look so peculiar?" The weird caterpillar answered with a big smile,' Ohh..I love my legs. Aren't they lovely?"








The caterpillar wanted to go home when suddenly he saw something moving. He thought he saw a caterpillar....and..Ohh! He was right. There was a caterpillar hiding behind lots of leaves.

"Hi there!" said Chuck, the caterpillar, happily. But his new friend did not answer. He was VERY SHY..He stayed behind the leaves until Chuck went by..

Chuck went back home and had a long thought.

"Geee..I met some new friends today and all of them are special in their own ways..Maybe I shouldn't feel so sad after all because I am special in my own way too.And.... I love to be me..!!" said Chuck and he felt so happy...

THE END!!

* ceritera ini direka khas untuk disesuaikan dengan 'ulat-ulat bulu' rekaan dan tajaan anak anak muridku hari ini. Kepelbagaian 'ulat bulu panjat lidi' mereka ini telah mencetuskan idea aku untuk menulis. He he he..








Thursday, February 12, 2009

TERTEKAN..acah jer..


Salam,
Minggu ni ada dugaan. Minggu ni minggu aku diuji Allah..UJIAN TEKANAN JIWA..Menguji kesabaranku. Menguji keimananku..
1. Huda kena Chicken Pox. Yang letihnya sebab dia dok susah hati tentang rupa parasnya dan sebagainya..ADOIII..budak kecik pun nak dirinya cantik tau!!
Alhamdulillah, semalam cikgu Ummu nyer bagi cenderahati penawar rindu..Seronok nya dia tidak terhingga.... Semalam dia siapkan homework yang sepatutnya disiapkan untuk seminggu. Dari mula Umminya balik sekolah sammmmpai le ke malam. Buat tekun..tak nak berhenti.....
Hari ni dia tanya pasal homework lagi. Ummu tak kasi lagi ker?
Aaaa....aku kata patutnya dia siapkan homework itu untuk seminggu bukan sehari.. Rajin le pulok!!
2. Aku dapat sms " Kak, ada 2 budak baru daftar. Buku dah tak cukup..Aaaaaaa" dari cikgu tadika IDAMAN sekeluarga !! Aku dah tempah baju sukan dan buku yang ditempah dan diambil lebih sikit hari tu pun dah habis digunakan..Tak bagi daftar, merayu rayu..aku yang TENSION!
3. Aku dapat sms " Kak, saya nak berhenti kerja bulan 3 ni. Dapat tawaran nurse. Tak jadi pengasuh lagi dah nanti..." Okaayy..tak pa..aku cari ganti laaaa..
( Hah! ada kerja kosong untuk jadi pengasuh..siapa minat boleh hubungi aku, hidasaif67@yahoo.com)
4. Pagi ni tiba jer kat sekolah..'Kak Hida, tu budak baru masuk dari Centre...".........BARU MASUK?? kenapa BARU NAK MASUK??.........aku dah nak bertukar jadi HULK pulak rasanya. Dah lah pakai BAJU HIJAU hari ni! wa wa wa..aku pulak rasa nak keriau!!
PASTU PULAK..ENTAH ANAK JIRAN MANA DOK MAIN GITAR KARAN MELALAK LALAK SETIAP PETANG KAT KEJIRANAN NI !!
AKU NAK PI PERAMBAT SAT....
SMILE...


Wednesday, February 11, 2009

Si DIA itu..hmm hmm

Salam,

Semalam aku belek lagi album lama si Dia. Aku jumpa gambar ni. GAMBAR pertama kali dikirimkan pada aku...

Jatuh cinta pandang pertama?..terus terang?..TAK!
Aku tak jatuh pandang pada rupa paras..tapi aku pandang pada MOTOR TU..he he he..

tapi malangnya..
motor tu motor kawan dia. Posing jer!! alahai..

( ala bang.. jangan la kecik hati..!! )

Aku jatuh cinta setelah berkahwin. Aku tertawan dengan keikhlasan dan sifat terus terangnya. Tak lah se terus terang sampai menyakitkan hati ..Tapi si Dia is a caring person. A caring listener. Sifat yang aku senangi..

Si dia yang kusenangi ini mempunyai sifat yang disenangi juga oleh rakan rakan. He is a nice person to be with. Dia ada ramai kawan. He is not too quiet and not too loud. SEDANG SEDANG sahaja..

Paling penting dia sentiasa MENASIHATI aku dan terbuka untuk diNASIHATI..dan menjaga keamanan rumahtangga dengan meletakkan AGAMA sebagai tunggak terpenting!

Si Dia ni dulu belajar kat Boston U. Asal sama macam aku, Perak! Orang Trong.

Sekolah mulanya di Izuddin..dan kemudian pergi SMAWP. Kakak aku pun satu sekolah dengan dia...tapi aku tidak lah kenal dia melalui kakak aku. Aku kenal dia melalui seorang kawan sewaktu aku singgah di Boston dalam kembaraku ke Niagara Falls.


dan..dia pun macam aku juga..SUKA Jalan jalan..dia pun dah samapai kat Niagara Falls..

macam dah dirancang rancang jer..hmmm




dan dah pergi Disneyland...

nak tutup Disneyland tu pun tak pa dah..
kami dah sampai..
ha ha ha..





Dia pernah singgah di Korea...



serta pernah mengembara hingga ke Washington DC..






Dan si Dia juga sukakan kanak kanak..macam aku...
cuma sekarang ni dia selalu sibuk dengan tugasan.
biarpun begitu..
apa yang penting..
aku MENYAYANGI MU..
sepertimana
kau menyayangi aku...
JODOH kan?
Sekian..
(dan oh ya..abang bagikan gambar lama ni di 'blog'kan?
semalam dah cakap..)






Seorang teman yang jauh di mata..

Salam,

Masihkah kau ingat saat kita bersama...bermula ketika masih muda..kita berkenalan di Hospital Taiping.

Eh..bukan lahir kat situ daaa..

Kita kebetulan membuat pemeriksaan kesihatan untuk ke SMTSP. Engkau dengan mak engkau.
Aku dengan mak aku..
Engkau lulus pemeriksaan kesihatan itu..tapi aku? Seperti biasa oleh kerana gelabah dan phobiaku dengan hospital maka doktor perempuan berbangsa India tu charge kata aku ada problem dengan jantung. Mana tidaknya..dah berdebar debar PENAKUTTTTT...

maka aku terpaksa datang semula sekali lagi...berjumpa dengan doktor pakar! he he he..

Maka setelah di sekolah pada 3 tahun pertama, hubungan kita biasa biasa sahaja. Tetapi setelah di timgkatan 4 dan 5 seterusnya di Shah Alam dan di USA kita semakin akrab..

Setiap detik dan saat kita mengembara bersama ke Niagara Falls adalah kenangan terindah...
Tengok gambar haru biru kita kat 'art' KEPALA orang yang tertimbus di Washinton DC tu..
ha ha ha..macamana kita meragas pun tak tau..dengan pakai baju kurung. Dengan angin dok bertiup..

Kerja kita tu mau buat depan geng GUYS SMTSP (zaman sekolah dulu), sure kena kutuk!!
weng weng weng..



Gambar (konon konon jiwang) kat Taman tasik di Shah Alam ni pulak, mengingatkan aku saat hang dengan penuh semangat jiwa dan raga, cuba mensauk ikan tanpa menghiraukan pandangan pandangan dan gelengan gelengan kepala orang ramai yang lalu lalang..

Ha ha ha..apa ke halnya dok tertunging tungging SAUK ikan ngan raga tempat orang taruk roti....

Tapi itulah saat INDAH bersama..

Aku harap saat saat itu masih kau kenang...duhai seorang Teman..Cik LIA!!

( saja nak bagi puitis sikit sikit..bagi hang TERHARU..kah kah kah )

Tuesday, February 10, 2009

Berseorangan bukan beerti kesunyian..

Salam,

Aku mempunyai satu tabiat. Tabiat aku ini sudah lama bertapak dalam diriku. Bukan baru kelmarin. Bukan juga hanya semalam. Ianya sudah lama. Mungkin baru ada yang perasan aku begitu...
Bagi mereka yang telah mengetahuinya, mereka mungkin berkata " Aaaaah..itulah aku!".
Bagi yang baru mengenali diri aku mungkin agak kehairanan..Pelik..Merasa janggal..mungkin.

Apa tabiatku itu?
Ke sana ke mari selalunya lebih senang berseorangan..

Aaahh..Aku tidak kekok makan seorang diri di kedai. Telah biasa..
Aku mungkin membeli belah seorang diri..Tidak suka ramai ramai.
Aku akan duduk berteleku di masjid seorang diri tanpa ada sesiapa yang perasan.
Aku mungkin duduk di tepi tasik memerhatikan riak air seorang diri tanpa ada yang sedari kehadiranku.

Dulu kawan aku sering menegurku kerana berjalan seorang diri. Dia susah hati. Takut aku kena colek. Takut ada orang bawa lari..Aku faham. Aku kan perempuan..Bukan macam orang lelaki. Tapi bila aku ajak dia temankan aku, dia jenis yang malas nak berjalan...jadi aku nak berteman dengan siapa.

Kadang kadang memang susah keluar ramai ramai. Tambahan pula dengan rakan perempuan. Aku bukan jenis yang suka menyinggah sana sini, belek sana belek sini. Aku nak beli, aku tuju tempat itu sahaja. Beli dan belah. Aku cuba cuba juga window shopping sekali sekala..tetapi disebabkan ianya BUKAN DIRIku maka aku jadi mati akal..

Aku lebih suka menjadi pemerhati alam. Aku suka melihat air..dan oleh kerana itu banyak photo yang aku ambil bertemakan air sebagai background melainkan gambar bunga di atas sana tu.( tukar taste gak la kan)

Dan pemerhatianku itu selalunya aku lakukan secara berseorangan....tapi sebenarnya aku tidak sunyi kerana aku yakin dan aku tahu aku tidak BERKESEORANGAN!
Apakah salah diri seperti ITU?

(psssstt..suami aku pun tegur gak jangan jalan sorang sorang..bahaya..kes ragut dan sebagainya..aku akur! tapi kadang kala aku terpaksa juga keluar sorang sorang..dia outstation mana ke..siapa nak beli ikan kat pasor?..ya..sekarang ni, kalau suami aku ada, dia temankan aku....tapi dia juga selalu tinggalkan aku tepi tasik sorang sorang sementara dia jogging jogging keliling ...sebab i want to be alone, all by myself ..sekali sekala..okay?..smile..)

Akhirnya F&N 'jatuh' ke tangan mereka!

Salam,

8 haribulan mereka meng'sms' kami..Aku kata tak lama la tu.
9 haribulan mereka meng'sms' lagi. Aku kata wahhh...
dah berturut turut pulak satu demi satu peristiwa ni.

Sikit hari ni, letih juga aku melayan sms ni.
Al maklum..call call tak main...

Background baguss punyaaaa kat rumah ni..
Latar belakang suasana ala ala pasar malam ada, tadika ada, taman negara ada..
silap pilih waktu, engkau dapat back gound baaaaeeek punya!!

Suasana meruncing!
Kegusaran sambil menunggu bila masa yang terbaik..Kegelisahan menyelubungi si Dia yang saban detik meng'sms' merata ceruk. Sambil kami menanti dan terus menanti. Tertanya tanya juga 'bila lagi?' Tak ada khabar lagi ke?

Malam tadi aku terus menunggu kalau kalau berbunyi telefon aku.
Bukan senang menunggu..Penantian adalah satu penyiksaan..
Dalam penantian itu aku dapat siapkan satu entry.....tapi...
...........................senyap sahaja telefonku.............

Mahu sahaja aku menunggu hingga ke siang dan dapat ku alunkan lagu ini :
' TELEFON...., TELEFON BERBUNYI..ADA KAWAN DALAM BAHAYA..ADA KAWAN DALAM BAHAYA...DI SANA..'
eh!! apasal lagu 'wonderpets' masuk entry ni??

Rupa rupanya 'sms' yang ku nanti, tiba jua akhirnya..around 9:56 am.
Tengah peak hour! Anak murid nak rehat..
Tak dapat le aku nak balas...
Kemudian, datang lagi sms..
dari suami tersayang meng'forward'kan message yang sama..
Tak balas..
WEH!!AKU TENGAH KERJA LA!!
Dapat Call pulak..amboii..macam la aku boleh dengar..
RIUH RENDAH LA kat sekolah ni.
Aku dengar sayup sayup suara bonda..ya ya..aku tahu..
Dah dapat message.

AMBOOOII tak sabar sabar nak beritahu..
maklumlah..KAN KAN KAN..
DAH DAPAT F&N!!
Air lemened? apasal kecoh norrr?
AMBOOIII...Siapa kata F&N tu..

INI NAMANYA... APE KEMENDE...

FURAIHATUN NAJLAA'...?

siapa tu?
..............anak sedara wa yang baruuuu...

smileeeee...

sikalang aaa wa sudah ale 18 aanak sedalerrr..
ai YAA..Wa tak mau balik la hali LAYA....
itu balu satu perhentian..wa ada manyak perhentian...
Wa duduk KAY ELL la ini macam!! wa jadi anti sosial..
ha ha ha...

sekian.

Monday, February 09, 2009

Adik dan kek!


Salam,

Oleh kerana umminya didesak oleh anak anak yang ramai ini untuk membelikan sesuatu buat kakak sulong tersayang..maka..dengan malas dan selambanya ummi pun ke kedai kek Cik Nah di Bangi Dot Dot.

Okay rega berapa kek coklat ni..
Rm dot dot..boleh?
Ye..boleh lah..
Nak tulis apa kak?
Tulis jer selamat hari lahir ke 18, Kak Aisyah.

Tak yah hepi birthday ke apa ke yang Inggeris..nanti jadi hippopo tertomoih pulak nanti...aku agak serik dengan kedai ni. Dah dua kali deme eja tah hapa hapa..lain yang disuruh, lain yang deme buat..
Mujur aku ni sabo, lagi pun akhirnya kek tu nak dibaham juga..aku bukan pelanggan yang cerewet..mende mende kecil mcam ni, boleh dimaafkan..

Jangan waktu aku disuruh menempah untuk someone else punya kek sudah. Kalau keluarga aku punya..okaylah...no problemo. Tapi aku harap kedai ni PEKA lah sikit dengan permintaan pelanggannya.Untuk jangka masa panjang..

okay okay..aku tak nak berleter pasal deme punya kerja...

ASYIK NGOMeLL panjang ya buuukk..

Dak aihh..tegur ikhlas apa salahnya. Lainlah kalau TEGUR nak MEROSAKkan. Aku bukan nak rosakkan..aku tegur jer..TEGURAN pun salah ke? Kena INGAT la..kalau asyik MEMUJI saja pun tak bagus..takut terLUPA DIRI! Nak meniaga kena improve..Pelanggan tegur, kenalah perihatin..Lainlah kalau nak TUTUP kedai!
okay..?? masih tak faham?

buat cam mana..
what to do ? ayam patuk itik menyudu..
Pun begitu, kalau tuan punya kedai tu tengok anak aku membaham keknya mesti dia terharu. Keknya memang sedap.. cuma tu lah..ada sikit hiccup..
Gambar si Mawaddah berseronok dengan kek coklat.



Dan juga setelah dia dibersihkan dari segala KECOMOTAN DAN KEBELENGASAN kek itu..


ha ha ha..
suka hati jer nak mereka reka imbuhan kata..

Suka hati aku la kan..siapa nak jaga BAHASA MELAYU sekarang..WHO CARES??
Orang kan suka BAHASA INGGERIS..ha ha ha ha ha ha ha ha ha..
Tengok..matematik dan sains BELAJAR dalam BAHASA INGGERIS..

SEMUA ORANG BANGGA!!

anak anak pun bangga..
tengok lah... tengok lah...
semua orang nak jadi orang putih..
Rambut pun dah kaler kaler kuning, merah, oren..
Mata pun dah jadi hijau, biru, purple..
WHO CARES about BAHASA MELAYU!! ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha..

Kalau Mat Saleh yang jajah Tanah Melayu dulu pun mesti turut BANGGA..
'Look LOOK, They want to be just like us'..
Tak main la KULIT SAWO mateng ni..apa barang, brader?





yeah yeah yeah yeaaaaahhh..

lupakan lah PULUT KUNING tu ya..sebab semua nak jadi OWANG PUTIH...
JOM makan jer lah kek tuuuu..

COKLAT? SAWO MAteng?..pedulik!
.............................NGAP!!


sekian.









Taman Tasik Chempaka: Kenapa mesti di kotorkan?

Salam,

Aku mungkin bukan pengunjung tetap Taman Tasik Chempaka. Tetapi taman tasik ini merupakan antara tempat persinggahan aku takkala mencari ketenangan. Ia juga tempat rekreasi bagi kebanyakan penduduk sekitar Bandar Baru Bangi.

Air tasik ini mungkin adalah air aliran sungai....yang agak tercemar. Tetapi aku rasa bagi pengunjung yang datang tidak sepatutnya menambahkan lagi pencemaran yang telah sedia maklum.

Dua minggu lepas ada dibuat pertandingan memancing di tasik ini. Setelah seminggu berlalu, aku tengok sampah sarap di tepi tepi tasik ini masih berselerak, tidak dipeduli...

Minggu ini, aku kunjungi lagi taman tasik ini...masih tiada perubahan malah aku rasa ada di antara pengunjung sudah merasakan bahawa tasik ini adalah tempat di mana mereka boleh membuang sampah dan memancing sesuka hati. TIDAKKAH ada peraturan yang mengatakan TIDAK BOLEH MEMANCING DAN MENANGKAP IKAN melainkan pada waktu yang diluluskan sahaja??

TOLONG lah!






Kelihatan dua orang pemancing ikan yang selamba....Okay..apa tindakan PIHAK yang berkuasa ya?

Ini baru dua..ada banyak lagi yang aku tengok. Siap ada pasang khemah lagi..

Sampah?? Kenapa mesti ditinggalkan. Dah la ikan engkau ambik..sampah tu kenapa tak dikutip??

Wahai RAKYAT BANGI...

Perihatinlah..

Ini tanggungjawab BERSAMA!!
Jangan tunggu sampai GAGAK GAGAK yang tolong kutip sampah sampah itu!!

Sunday, February 08, 2009

POP!POP!POP..chicken pox

Salam..

Confirmed! Malam tadi keluar dot dot di badannya. Hari ini pergi klinik..Terungkai persoalan.
Ia ke Chicken Pox? Ya, doktor kata...
Kena kat sekolah?
Tak de sesiapa pun..Entahlah dari siapa dia dapat. Yang pasti datangnya sakit ini dengan izin Allah dan InsyaAllah ia akan sembuh pun dengan izin Allah.
Siapa yang kena ni?
..tunggu cikgu dia jawab!

Sian kat dia..Tolong doakan dia sembuh ye..
Anak yang riang ria (suka pergi sekolah dah sekarang ni ) akan tak datang ke sekolah 2 minggu.
Kepada cikgunya tolong beri homework untuk dibuat di rumah..
Nanti dia akan merindu cikgu Ummunya yang sangat sangat dikasihinya.

Hari hari dia cerita itu ini begitu begini..weng weng weng..
sampai kakak dia kata.."Eh..tak boleh senyap ka?!!"
Kakak puuuunnn..tak memahami jiwa murni si adik yang baru nak mengenal dunia!

Ohh, Chicken Pox..aku kena waktu zaman anak dara. Lebih kurang pada bulan april 1987. Habis mukaku yang cute mute (perasan kiut)..bertukar menjadi the UGLY WITCH!! dengan dot dot memenuhi ruang muka...
ADOOOOII..lantaran balasan kifarah dari Allah dok menyakat seseorang!!
Alhamdulillah..padan juga dengan muka aku...
Dok kacau orang sangat..
(pssstt..kalau kawan aku yang kat SERAWAK tu baca entry ni pasti dia senyum simpui simpui..Cklia, hang baca tak?? zaman KITA KENA CHICKEN POX SAMA SAMA kat Shah Alam DULU?!!he he he)

Saturday, February 07, 2009

Esok birthday kakak..

Salam,
Esok birthday kak Aisyah..
Hmmm..ape mende nak buat ye?

Tak yah buat ape... He he....
Umminya malas.

Dah 18 tahun dah kakak ni..
Takkan nak beli kek jer..boring aaaa..
asyik asyik makan kek...asyik asyik makan kek..

Buat lah roti sardin ke, tosai ke, capati ke sambut birthday kan?

ha ha ha..

Eh..apa gelak gelak..Alaaaa apa nak heran..Itu makanan atuk nenek dia tau!
Jangan tak tahu. Aisyah's great grandmother datang dari India..merantau ke Malaysia.
Korang jangan nak ngate ngate tak tentu pasal..

Aisyah BIBI adalah nama ibu kepada bapa mertua aku. Dia datang dari India. Berkahwin pula dengan seorang Indonesia yang berketurunan Mandeling...
Hj Ibrahim adalah nama ayah kepada bapa mertua aku. Berketurunan Mandeling.

So suami aku yang hensem cam SHAH RUKH KHAN tu ( ha ha ha)..adalah berdarah campuran India, Mandeling ditambah dengan Kelantan dan Perak dari sebelah ibunya.

waaahh..dah buka salasilah dah ni!! he he he.

sekian

Berita badminton..

Salam,

Rehat jap yer..
Tengok berita sukan sekejap.
Ish ish..hopefully menjadilah anak yang diberitakan ini..kan..
Aku paste kat sini....

Misbun’s son Ramdan has the makings of future star.

By RAJES PAUL
KUALA LUMPUR:


What’s in a name, you ask? A lot if your name is Misbun Ramdan Mohmed Misbun.
Yes, the second child of former national badminton singles ace and current national coach Misbun Sidek has a lot to prove to live up to his famous father’s expectations.
But, if all goes according to plan, Misbun Ramdan could well be the country’s next big men’s singles star, something Malaysia is badly in need of.
Except for world No. 1 Lee Chong Wei and a handful of back-up players, the country is scrapping the barrel as far as the men’s singles stars are concerned.


Misbun Ramdan. who will turn 18 on March 16, has shown that he has the potential to make it big.
Yesterday, in a short sparring session with his father at Stadium Juara in Bukit Kiara, the youngster showed good badminton skills. His deft touches, fiery pace and tricky shots brought back fond memories of the playing days of the famous Sidek brothers — Misbun, Jalani, Razif and Rashid.
Standing almost as tall as his father at 184cm, Misbun Ramdan has won several junior titles since taking up badminton seriously when he was in Form 1.
In 2007, he won the Selangor Closed Under-15 title and the Under-18 winner of the Selangor Sports Council and District School Sports Council tournaments.
Misbun Ramdan knows it’s time for him to live up to his father’s name.

“It was not easy at the beginning for me. With my name came a lot of expectations. Usually, there are gasps of disbelief whenever my name is mentioned,” said Misbun Ramdan.
“I took badminton seriously when I was in Form 1. Before that, it was more of following my dad and just having fun. Now, I want to make my dad proud of me.
“I hope to continue with my family’s tradition by doing well in badminton.”

Kasut..

Salam,


Pada bulan Disember tahun 1988, setelah tiba di rumah, balik dari satu perhimpunan pelajar Malaysia, aku dapati ada sekeping kad ucapan harijadi menunggu aku. Terkejut juga aku ni..Entah siapa lah yang menghantarnya. Aku ni jarang jarang sangat menerima kad harijadi melainkan dari kawan yang benar benar rapat.


Oh ya..bila saja aku buka sampul dan melihat nama pengirim dan kadnya..aha..seorang kawan berlainan jantina yang menghantarnya. PEMINAT??

tak juga..( rasa aku laaa..sekadar kawan biasa.. pernah sekelas sewaktu di Shah Alam..smile..)


Gambar kad yang dikirim memang tak ada unsur romantik langsung. Kawan aku ni agak kelakar juga. Gambarnya gambar kartun..kelakar tetapi tetap ada sedikit unsur sinis..
well..biasalah..
Gambar di kadnya ialah kartun seorang budak perempuan yang sedang berdiri di tepi sebuah gerobok kasut...Gerobok itu pula mempunyai susunan kasut yang berderet deret. Padat memenuhi ruang sehingga melimpah keluar dari gerobok...

Kata kata yang tertera di kad pula ialah ( lebih kurang lah ye..aku tak ingat exactly):-

" You can tell a woman's age by looking at her shoes' rack"

"Ek eleehh"..mula mula itu aku punya reaksi.
"Kawan aku ni tak kenal aku lagi." bisik hati aku.

Tapi bila fikir balik.
Ye lah kan..Orang pompuan ni memang suka beli kasut. Kalau diikutkan hati dalam sebulan, mahu dua tiga pasang kasut dibelinya. Kadang kadang beli kemudian pakai sekali dua sahaja. Lepas tu kasut terbiar sepi.
Paling lekeh, macam aku waktu tu ada 8 pasang kasut! ha ha ha..

Itu paling lekeh ler tu..

( kasut boot untuk ghanduk snow ada dua, kasut sandal pakai waktu summer ada dua pasang, kasut biasa biasa untuk pelasah ada satu, kasut sukan ada sepasang, kasut sandal pakai dalam rumah ada sepasang,kasut tinggi melaram yang jaaaarang aku pakai ada sepasang..ha ha ha)

..........tapi kasut kasut aku tu kasut biasa sahaja. Tak ada intan berlian..blink...blank..blonk..sana sini.

Oh ya..sebut kasut teringat pula aku kat si Imelda Marcos ( Imelda Marcos adalah isteri kepada President Negara Filipina suatu ketika dulu..ni bagi yang tak tahu lahhh..First Lady of Philipines ) Kalau tak silap aku, si Imelda Marcos ni terkenal dengan koleksi kasut kasutnya. Ish..sampai berkoyan koyan. Entah lah..buat apa lah agaknya dengan kasut kasut tu..Nak punggai kat siapa? ha ha ha...

Eh..jangan ada pula mana mana First Lady kita yang mengikut perangai si Imelda ni pula sudahlah ye...
bukan apa, takut takut koleksi kasut tu 'makan' si empunya diri...

Sekian.