Thursday, March 31, 2011

Cerpen ala ala skrip drama..

Assalam,

Dara sedang menunggu Arjunanya.
Di sebuah shopping kompleks.
Dia mundar mandir.
Hampir setengah jam.
Kakinya sudah lenguh berdiri.
Lehernya juga sudah agak kekejangan meninjau ninjau.
Matanya meliar.

Dara : ( dalam hati ) "Macam ni la orang lelaki..kalau janji suka lambat!! Letih menunggu. Perut dah la lapar.."

Arjuna : Assalamualaikum..

Dara : Waalaikumussalam..( bisikan dalam hati ) "cisss..baru nak muncul..dah lenguh kaki tau...".

Arjuna : Lama tunggu?

Dara : Tak der la.. ( dalam hati ) "cilakak...pinggang rasa macam dah nak patah ni."

Arjuna : Ke mana kita?

Dara : Suka hati abang laa.. ( dalam hati ) " weii...perut aku lapar la...MAKAN LA...APA LAGI?!!"

Arjuna : Kita jalan jalan nak?

Dara : Kalau abang suka.. ( dalam hati ) " Ek eleh...aku tunggu punya lama. Perut dah lapar. Kaki dah lenguh. Dia ajak jalan jalan pulak"

Arjuna : Jom teman abang beli baju.

Dara : Okay..( dalam hati ) " Alahai..ingatkan nak beli baju aku. Rupanya nak suruh pilih baju dia.."

Arjuna : Baju ni okay?....Yang ni macamana?..Seluar ni ngam tak? Warna? Hmmm...
.
.
.
.
Hampir sejam berlalu.
Arjuna masih lagi tidak berkenan dengan pilihan si Dara.
Boleh tahan juga cerewetnya.
Si dara masih lagi bersabar.

Arjuna : Sayang lapar ke?

Dara : Lapar juga.

Arjuna : Jom kita keluar. Rojak buah gerai makcik Bedah bawah pokok sana tu sedap tau!

Dara : Hmmm...boleh juga. ( dalam hati ) " BUDGET nye Arjuna aku nih..!! Ingatkan nak bawa pergi restoren canggih. Rupanya gerai makcik bedah yang aku selalu pergi tu la juga."
.
.
.
.
.
Si dara mengunyah rojak buah sambil hatinya mula berkata kata dan membengkak.
Arjuna pula mencecer cecer menceritakan perihal kerjayanya, keluarga, ibu, ayah, adik kakak serta pasukan bola sepak kegemarannya.
Si dara mula berkata kata...juga di dalam hati..apakah Arjuna ini pilihan yang tepat buatnya?
Si dara tertunggu tunggu samada kekasih hatinya itu menghulurkan apa apa hadiah buatnya pada pertemuan kali ini.
Namun setelah hampir setengah jam mencecer, bayangan hadiah juga tiada nampak kelihatan.
.
.
.
.
Dara : Saya dah letak jawatan di tempat kerja saya. Saya nak balik kampung.
.
.
.
.
Arjuna masih lagi mencecer.
.
.
.
.
.
Dara : Saya tak mahu tinggal di bandar. Saya nak balik berkhidmat dengan ibu bapa saya.
.
.
.
.
Arjuna menceritakan tentang pasukan bola sepak kegemarannya yang kalah malam sebelumnya.
.
.
.
.
Dara : Saya nak cebur bidang pertanian pula. Ternakan ikan air tawar. Nak ternak keli dengan ayah saya. Awak dengar tak ni?

Suara Dara ditinggikan sedikit.

Arjuna : Apa awak kata tadi?

Dara : Saya nak balik kampung. Nak ternak ikan air tawar dengan ayah saya. Saya dah tak mahu lagi tinggal di bandar. Dan.....dan...saya rasa perhubungan kita hanya SETAKAT INI.

Sebenarnya antara sedar dengan tidak, Dara melafazkan ayat terakhir. Entah dari mana datangnya kalimat itu.
Dara sudah bosan dengan Arjuna.
Mungkin Arjuna bukan miliknya.
Mungkin Arjuna bukan pilihan terbaik.
Mungkin...

Si dara bingkas bangun lantas meninggalkan Arjuna dengan mata yang terkedip kedip kehairanan.
.
.
.
Arjuna : Errr..datang 'bulan' ke?


p/s
cerita ini adalah rekaan semata mata...
tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau yang dah tiada...
khusus buat abang abang, adik adik manja yang aku jumpa masa gi shopping kelmarin...
IDEA datang masa tengok orang gaduh, masam masam muka, time aku minum...
hehehehehe
.
.
p/s
lagi..aku beli kasut sebab kasut aku dah tercarik!! keh keh keh..


sekian

9 comments:

aza ni said...

salam hidayatun
ok.boleh diketengahkan.

Nizam.Ariff said...

Untuk bab-bab menunggu dan bershopping tu, ce tuko si dara jadi teruna dan teruna jadi dara...

macam tak kena je... hahaha

ibundo said...

err.. sapa yang bayar rojak tu. dara ke arjuna. aku saspek si dara je..

tasekM said...

org pompuan tak payah tunggu datang bulan pun pandai mengamuk kak.

ha ha.




.

ASH said...

Azani,
satu sketsa rekaan semata mata.

Aku,
Jom kita terbalik kan ek..
apa jadi pulok..
.
.
.
.
orang lelaki kalau tunggu gelpren sure dah awai awai sampai..
tapi kalau dengan bini....
ishhhhhh....
mencecer juga!
..err bukan laki aku laa..
orang lain punya laki!!
.
.
.
laki kepada MAMA contohnya.CONTOH jer..

kakpah,
dah si Dara belah macam tu jer..terpaksa la Arjuna bayar dengan tangan yang terketar ketar..

TAS,
.
.
.
aku syak bulan mengambang le tuhh!
KENAN BULAN.

DrSam said...

keletah Dara dan arjuna sebegini memang skema dalam kehidupan.

emmm...kalau dialog mak dara camne pula agaknya ashley...:)

ASH said...

drSam,
mak dara shopping menonong..
makan terlopong..
balik termenong.

Nizam.Ariff said...

Suami MAMA? hahaha.. silap..

Aku lah yg memula siap. Orang pompuan ni lambat nak bersiap.. nak tenyeh itu ini...leceh.

Dari sebulan yg lepas, aku dah mulakan undang-undang tentera. Kalau lambat je.. abis anak dgn mak aku jerit..' hop..hop..hop..' ala-ala askar berkawad.... hahaha

ASH said...

Aku,
lantak komer leee..lepas ni antor budak paku payung tu ke MTD..