Friday, March 18, 2011

Dalam perjalanan pulang ke kampung..

Assalam,

Isnin lepas aku kembali ke kampung tempat kelahiranku di Semanggol.
.
.
.
Oleh kerana setibanya kami di kawasan Taiping hari sudah beransur petang maka aku menyuruh suamiku keluar ke Tol Changkat Jering untuk membeli buah tangan.
Teringin benar lidahku untuk merasai laksa atau satay atau apa apa yang dibeli dari pekan Changkat Jering.

Dan aku menjumpai ini.

Peneram.


Bergerai gerai menjual kuih peneram atau teling ke-ling ini di kawasan tepi jalan di pekan kecil Changkat jering itu.
Rangup.
Lemak.
Enak dimakan panas panas.
Harga?
Masa duluuuuuuu....time aku balik ke TRONG ( kampung suami aku ) harganya 20 biji 1 ringgit.
MURAH KAN?
Lepas tu ianya menjadi 15 biji untuk satu ringgit.
Kemudian lagi menjadi 12 biji untuk satu ringgit.
.
.
.
Tapi hari Isnin yang lalu, aku membelinya dengan harga 10 biji satu ringgit.
Jadi sebiji seposen laa.
Akan datang agak agaknya mungkin jadi 8 singgit..pastu jadi 5 singgit..lepas tu jadi apa TAK TAU!!

Selain dari cucug PENERAM yang agak belambak lambak di Changkat Jering itu, aku jumpa satu lori yang menjual laksa BUYUNG.
Tau dak laksa BUYUNG?
......Kuahnya di masak dalam periuk TANAH berbentuk labu BUYUNG.

Kat lori itu, ada jual laksa BIASA dan ada jual laksa UDANG BANJIR.
Laksa UDANG BANJIR harganya RM5.
Laksa biasa harganya RM2.

Aku order laksa Udang Banjir satu...( aku yang nak makan....sebab aku yang nak TEST rasanya..kalau tak berapa sedap, aku sendiri padan muka...tapi kalau orang lain makan depa kata tak sedap..KOMPLAIN pulak )
Aku order laksa biasa 4 bungkus.
Sebelum tu aku beli karipap, pisang goreng, cucug meneram dah dekat penuh tangan aku membawa plastiknya...baru aku nampak lori LAKSA ini.

Banyak pula. Membazir kalau tak habis.
Sampai rumah mak, aku sruppp srupp kuah laksa UDANG BANJIR..
hmm sedap juga..
Nak tahu cara membuatnya?
Laksa dan awas-awasnya (ulam ulamannya ) macam biasa juga.
Cuma udang (lebih kurang ada 6, 7 ekor) dicucuk seperti satay dimasukkan ke dalam kuah laksa yang berada dalam buyung sehingga masak.
Dikeluarkan dan di sajikan.
More or less macam Mee UDANG BANJIR juga laa.
.
.
.
Husband aku kata pelik sikit la... laksa ada udang.
.
.
.
Aku kata...Well, tak cuba maka tak tahu.
So kalau nak try rasa macamana, korang boleh le cuba buat.
Nak mudah beli jer kuah laksa yang KAW KAW..pastu celup dan didihkan udang hidup di dalam kuah itu sebelum dihidangkan..
.
.
.
Sedap ke tak sedap? Cubalah..

sekian

10 comments:

aza ni said...

salam hidayatun
kalau saya ke Changkat saya suka beli putu pring yang kering tu...

tasekM said...

banyak itu kuahnya idok le banjir. mengkalo banjir patutnya lupuih teroih tak nampak laksanya.

ke cemana...?

ngape panggei banjir kak...?
kedei njueinya ke yg banjir..?

njuei ye...
sebut betoi2.
njuei...


ha ha.





.

ASH said...

azani,
putu piring? idak teringat nak membeli..

Tas,
dia kata UDANG BANJIR..maka udang dia melebih lebih le kut..sampai 6/ 7 ekor..kalau kat KL, mana nak cari banyak banyak..dalam mee pun ada le dua ekor

tasekM said...

kak, caps lock tu kira marah ke hape tu kak...?

hehehe...


:p






.

Nizam.Ariff said...

nama kuih Telinga Ke-ling tu sensitif kak...

ASH said...

TAS,
UDANG BANJIR di perbesorkan supaya kasi outstanding sikit..

Aku,
ishhh....
Nama kuih pun nak sensitip..
Jom tukar ..
.
.
.
cepat kasi cipta satu.

azza_irah said...

..hehe..
sama lah azza pun..asl balik kg sure cari makanan tradisi kg..berselera laa tak makan..
bila balik mai sini..haaa...baru pasan berkilo naikkk...hehe...

ASH said...

Azza,
apo nak dikato?

zafi said...

dugaan sungguh!!! tidak adil!!!

ASH said...

zafi,
tak per..ko masak jer spaghetti, liguini kasi kuahkan laksa..lebih kurang sama jer tu..