Wednesday, March 09, 2011

Projek 'Buku Hijau' Aulad Perdana

Assalam,

Tahun tahun yang lalu kalau nak tunjukkan pada kanak kanak tadika tentang bagaimana tumbuhan hidup dari biji benih maka projek yang dijalankan di dalam kelas ialah PROJEK POKOK TAUGEH.

Tau projek TAUGEH?
Tak tau???
( kalau buat stail TAS.... dia akan cakap,TAK TAU SUDAHHH!!)

Tapi ini stail cikgu tadika Aulad yang cakap maka kena terangkan la sedikit sebanyak projek TAUGEH itu.

Cikgu akan menyuruh kanak kanak melembabkan beberapa (errr penjodoh bilangan untuk kapas apa??) gumpalan? gombolan? kepul kepul? kapas dengan air.
Letak dalam bekas plastik jernih yang dibawa dari rumah.
Kemudian, cikgu tadika akan menyuruh anak anak muridnya masukkan beberapa biji benih TAUGEH.
Tau biji benih TAUGEH apa?
Tak tau??
( kalau buat stail TAS...dia cakap, TAK TAU SUDAHHH!!)

Tapi ini stail cikgu tadika Aulad, maka dia cakap le...
Biji benih taugeh tu, kacang hijau laaa.

Tau kacang Hijau tu macam mana??
Tak tau??
( kalau buat stail TAS..dia cakap, TAK TAU SUDAHHH!!)

Tapi sebenarnya kalau tanya cikgu tadika Aulad yang sorang ni, macam mana ruper kacang hijo...dia pun nak marah juga....
KACANG IJO PUN TAK TAU!!
Mencekik bubur kacang tahu pulak.
ITU LA PASEI... Rajin bebenor masuk dapur!!


Setelah bertahun buat projek tanaman pokok TAUGEH maka timbul la kejemuan di pihak cikgi cikgi.
Ya la..Murid murid memang la bertukar tiap tahun.
Bagi mereka, ianya sesuatu yang menyeronokkan melihat perkembangan yang berlaku pada biji benih taugeh itu.
TAPI BUAT CIKGUNYA??

Ayoooooo...
nak juga buat projek yang lebih mencabar...kan?
So.... dari itu pada tahun ini, kita kasi kelainan sedikit.
Projek buku Hijau...tanaman sayur sayuran.

Kami diberi pasu petak untuk semaian, tanah baja hitam, beberapa biji benih sayuran.
Kami dapat benih untuk pokok bendi, terung dan tomato.
Benih cili, kami ambik dari cili kering jer.

Kanak kanak di tadika telah menyemaikan biji biji benih sayuran ini.
Hasilnya, pokok pokok sayur kami telah membesar terutamanya pokok bendi dan tomato.
Pokok terung dapat dua tiga pokok sahaja.
Apasal tak nak tumbuh, kami pun tak tahu.


Sekarang tibalah masanya untuk mengubah pokok pokok semaian kami ke polybag dan dibiarkan pokok ini tumbuh secara INDIVIDU pula.
Kita nak tengok pokok siapa yang keluar hasil terlebih dulu.

Pokok cabai ni...CIKGU dah BOOKING, okay!!

sekian

11 comments:

tasekM said...

hahaha... kuat gak pengaruh aku ni ye kak...?

:p





.

Nizam.Ariff said...

buah bendi mak mertua aku panjangnya dekat 2 jengkal! ntah benih jenis apa dia tanam....

ASH said...

tas,
kalau aku jawab macam ko jawab kat budak budak tadika..
TAU?
TAK TAU SUDAHHHH..
aku rasa...mau aku kena SILAT ngan kakpah!!
.
.
.
hahahaha

AKU,
aku panggei BUAH bendi tu KACANG bendi..
TAU "KACANG BENDI"?
agak agaknya lain ke?

makcikkantin said...

Nampaknya cikgu dah advance kan, tak main taugeh lagi...eloklah juga utk minda budak sekarang yg serba serbinya kedepan

aza ni said...

salam hidatayun

bercucuk tanam....bagus tu.... dulu masa saya tabika takfe cucuk tanam, yang ada berburu...habis tabika, lastik burung, ayam.angsa, itik...kalau takpun konda kondi,galah panjang,..gitulah..

aza ni said...
This comment has been removed by the author.
ibundo said...

Aku buking tomato sekampit bule? hehe

Nizam.Ariff said...

kakpah mana bulih ambik tomato...

itu menyalahgunakan kuasa... hahahaa

ASH said...

Mkcikantin,
pembelajaran perlu dipertingkat dari masa ke semasa..

Azani,
ada juga kami buat main baling selipar macam UPIN dan IPIN tu..tapi kami atur tin susu tinggi tinggi..

kakpah,
sekampit?
nak kenduri ke kakpah?

AKU,
benih dia kasi,
tanah dia kasi,
pasu dia kasi...
tapi ya laa...kalau tak ditanam, tak tumbuh juga kan???
hehehe

Tijah said...

mas cotek takdo ko kak? tanaman komersyel tu...

ASH said...

Tijah,
.
.
.
nak bagi budak tadika makan mas cotek ke wehhh???