Tuesday, March 29, 2011

Assam Pedaih..

Assalam,

Ikan tenggiri di atas telah dimasak ASAM PEDAS.
Masakan ASAM PEDAS yang ini dimasak stail orang MELAKA di sebuah restoren ASSAM PEDAS di BBBangi ini.
Rasanya bagaimana?
Hmmm..kalau you all nak try, pergi la ke seksyen 8.
.
.
.
.
My opinion?
Ish..nak juga bagi opinion tuh...
Tak takut kena saman ke?
Suka hati aku laa..
AKU ADALAH SEORANG PELANGGAN.
Dan aku ada hak sebagai pelanggan untuk membuat liputan..hahahahaha..
Bagi pendapat aku tentang masakan yang dibuat pada hari aku makan masakan ini...IALAH......
RASA KUAH ASAM PEDAS ITU TERSANGGATTTLAH TERLEBIH ASSAM nya!!
Ikan okay....segar..
tapi kuah NO WAY HOSEY!!


Lantas,
semalam aku pun masak ASSAM PEDAS VERSI aku..
VERSI orang PEGHAK.
Masak asam pedas versi aku nih tak payah numis cabai ke apa ke.
Main rebuih jer.
Mula mula cuci ikan siakap yang lawa dan segar la kan.
Pastu aku didihkan ayor dan bubuh dua tiga keping asam gelugor.
Pastu aku kisar cabai kering dalam 8/9 biji dan dicampurkan dengan 3/4 biji cabai burung dengan seketul belacan dan sedikit bawang merah.

( ya masak asam aku tak la pedas sangat..biasa biasa ajer )

Lepas ayor udah mendidih, aku masuk cabai kisar+ belacan+ bawang itu ke dalam didihan air tersebut.
Aku biorkan sekejap.
Kemudian aku tambah daun kesom, bunga kantan dan serai yang dah diketuk.
Habis tu baru le aku masukkan ikan siakap.
Aku kerat dua jer ikan tu.
Satu bahagian kepala, satu bahagian ekor.
Aku masak sekor jer..Tak yah banyak banyak..
Kalau banyak, nanti tak habis...
Bila sikit, tahu pula nak berebut..

Bila dah semerbak harum mewangi segala yang dididihkan itu, maka aku tambah garam dan gula sebagai perisa masakan.
.
.
.
Komer nak cuba resepi SEMPOI aku ni?
.
.
.
.
.
.
.
.
Orang MALAS jer masak macam ni.
Tapi apa pun..
JANJI habissss..
.
.
.
p/s
......dah masak pun hanya seekor ikan je kan?


sekian

9 comments:

tasekM said...

yang hang buat tu aku tak panggei asam pedaih. aku panggei gulai masam. sku sgt suka sbb tak dak minyak.





.

AZANI said...

salam hidayatun
cabai burung .....bukan asam pedas tapi asam pedas sangat ni...biasanya bila beringus lagi sedap asam pedas..sambil nyedut air hidung sambil hirup kuah...ssssedap.

AZANI said...

sek, cer teleng belah sana lak...lenguh tengkuk tu..
salam hidayatun, tumpang lali

ashley said...

Tas,
oh ye ker..aku panggei asam pedas..ala ala singgang juga kan tapi singgang tak der bubuh cabai kering..
.
.
kamu tak balik kampung ke?
mana le tau..
kut ngutip doghoyan.

Azani,
masakan asam pedas aku tak pedas macam yang Melaka tu punya..
aku punya biasa biasa saja

Azani,
apasai pulok lengoh..komer nengok komputer lama bebenor kut

Aku said...

Cuba masamkan dengan asam kundang atau binjai....

kakpah said...

masak asam pedas orang melaka yang ori sedap sampai kau jilat jari. Aku buat kadang2 jadi kadang tak jadi..
versi kau ni kira sempoi ek.. nanti aku terai.

makcikkantin said...

ash,

asm pedaih versi makcik macam ash punya jugak...tapi tak guna cili padi..tu dah jadi asam tersangattttlah pedaih.
yang macam kat ataih tu makcik panggei asam tomeh :D

ashley said...

Aku,
Kundang tu tak berdengung ke kadar masam nyer?

kakpah,
terai le..masakan orang malas nih!
hahaha

mckantin,
cili padi nyer tak der le banyak...jadi takder le pedas bebenor

DrSam said...

aish...terliuk betoi teman nengok ikan tu. ni ajak-ajak ayam ke ajak-ajak itik?