Thursday, March 03, 2011

Swan..

Assalam,

Masa aku kecik kecik dulu aku teringin sangat tengok 'swan'.
Kalau boleh yang berwarna putih dan dapat terbang.
Kenapa?
Kerana semasa aku kena marah ngan mak aku, aku selalu bawa diri pergi belakang rumah tempat sebatang anak sungai mengalir. Di sana aku selalu tengok itik itik yang aku bela, mandi manda dengan riang. Aku tengok itik itik belaan aku tu gembira tanpa ada rasa sedih sedikit pun.

Dalam masa aku menyendiri itu, aku selalu teringat cerita yang aku baca. ' Anak itik yang hodoh'. Cerita tu berkenaan dengan seekor anak itik yang pada mulanya hodoh dan tidak disukai ramai tetapi ia sebenarnya adalah anak seekor 'swan'- angsa liar. Sewaktu ia kecil, ia sangat berbeza dengan anak anak itik yang lain. Besar, warna kelabu dan tidak kuning, kemudian mengeluarkan bunyi suara yang kasar. Mak itik sendiri tidak mengaku itu anaknya.

Bila mengenangkan diri aku yang selalu dimarahi mak, aku selalu rasa nak jadi anak itik hodoh tu. Biarlah sewaktu kecil dimarahi orang tetapi akhirnya bila dewasa bertukar menjadi 'swan' putih yang cantik. Yang boleh berenang renang di dalam satu tasik yang luas dengan aman damai tanpa sebarang gangguan atau terbang ke langit biru berkawan kawan.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi MALANGNYA angan angan aku tak pernah dan tak mungkin menjadi kenyataan...tangan aku tak digantikan dengan kepak...Kaki aku tetap kaki manusia.... Mulut pula tidak bertukar menjadi paruh angsa..Dan aku tidak pun dapat terbang sendiri. Kalau nak terbang pula kena naik kapalterbang...
haihhh....

Hmmm...sampai ke hari ini aku masih tertanya tanya, seronok ke kalau kita jadi 'swan'?

......dan bila dah tua tua begini, korang rasa kalau masa aku tengah sedih sedih agak agaknya la aku nak bertukar jadi apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
1) IKAN DUYUNG?...boleh masuk dalam laut berenang renang...tapi hmmmm kang terkejut pulok nelayan tengok MAKCIK yang tak berapa nak seksi jadi DUYONG!!
haihhhhhh....bukan macam MAYA KARAN kan?!

2) Dolphin?...best jadi dolphin ni..boleh lompat lompat dan berenang renang di lautan luas..Dan kalau orang nampak kelibat dolphin dia pun akan tumpang gembira...

3) Dugong?....Ishhhhh.....


sekian

5 comments:

tasekM said...

jadi cencurut la kak... ha ha.




.

ASH said...

Cencorot kena perambat sana sini...
.
.
.
.
dan tak boleh berenang renang kat laut luas..

Nizam.Ariff said...

Jadi cencorot special... bulih terbang berkepak...

jadi cencorot macam tas syorkan

aza ni said...

salam hidayatun


jadi hidayatun ...itu yang terbaik...kerana dari kesedihan kita belajar arti kehidupan...tak selalunya indah...buat kita bersyukur atas apa bentuk kegembiraan yang diterima...

ceeeewahhhh....

sat...nak lap hingus...

ASH said...

Aku,
.
.
.
setakat angan angan MINAH JENIN boleh laa..

Azani,
awat yang hang pi lap hinguih?