Wednesday, March 16, 2011

Bandar Taiping punyai cerita..

Assalam,

Tenang sahaja aku melihat air di tasik ini.
Tiada riak air yang kelihatan.
Aku melihat kuntum kuntum teratai di tasik.
Ada yang masih di dalam kudupnya, ada yang sedang berkembang mekar dan ada yang sudah layu menyapa permukaan air.


Tasik ini punyai cerita tentang masa silamku.
Ia pernah menyaksikan aku berlari lari di sini.
Ia pernah menderngar jeritan tawaku.
Keriangan aku di masa lampau.
Ia menyimpan rahsia kehidupanku suatu ketika dulu.


Aku menanti ikan ikan menyapa aku di permukaan air.
Namun tiada satu kelibat yang kelihatan.
Ke manakah perginya mereka.
Apakah mereka sudah tidak mengenali diri ini lagi?

Apakah mereka seperti bandar Taiping yang sekadar menyimpan kenangan buat diriku.
Apakah aku bukan lagi sebahagian dari mereka lantas dipersisihkan?

Haih....

Biarkanlah...tetapi aku tahu.
Hatiku tetap terpahat di sini.

.
.
.
ada sesiapa lagi punyai kenangan di sini?
.
.
.
.
.
.
CEPAT MENGAKU!!!!

sekian.

3 comments:

Nizam.Ariff said...

Waduh..Waduh
Siopo seng gugah aku
Mencelo semar lenaku
Menggoyah lembah aku teleku
karo babat-babatku
primbon
Ayo ngaku...



sensitip tu... hahaha

Nizam.Ariff said...

Kak, yg kat atas tu kena baca dialek era Majapahit...

ASH said...

Ko jadi MERONG MAHAWANGSA ke?
kembali ke zaman silam...
.
.
.
.
.
dan aku pulak??
bagaikan lanun yang BLUR BLUR!!