Assalam,
Bunyi handphoneku mengalunkan lagu " Everything I do " oleh Bryan Adams.
"Hmmm...siapa le pulok ngaco lelap ku di kala tengahari ini" bisik hati aku.
" Assalamualaikum, buat apa tu? " kedengaran suara mersik dari suami tercinta.
" Tidur...buat apa lagi..Tengok jam..Dua lebih..almaklum.." jawab aku dengan mata yang masih tertutup.
" Seronoknya dia.. dapat tidur petang petang. Abang ni tak der chance langsung.."
Haih...buat gena kan.
Dah rezeki aku mempunyai masa lapang dan dapat berehat rehat di kala orang lain bertungkus lumus dan kelam kelibut di ofis.
Si dia selalu ' jeles jeles manja' dengan masa napping ku itu.
Hahaha..
Okay... hari tu aku ada buat kajian sedikit tru the internet mencari sebab musabab tentang kenapa bagi sesetengah orang mudah mengantuk ( macam aku ni ) around mid day?
Dan aku pun dah ada buat entry tentang itu.
Balik dari sekolah tadi, aku beli majalah 'SOLUSI'.
Wah..dalam majalah ni pun ada cerita pasal Day Napping ni.
Nak share la dengan you all.
Aku ambik second part yang menarik.
Part yang awal ceritanya adalah tentang perubahan hormon dalam badan.
More or less macam yang dah aku ceritakan sebelum ni.
Aku nak terus kepada Manfaat DAY NAPPING.
( ya laaa...tak der le asyik kena perli jer kan?)
BEGINILAH SEPERTI YANG TERTULIS DI DALAM MAJALAH ITU :-
Dalam sesetengah masyarakat, tidur waktu siang dianggap sebagai satu perlakuan orang yang malas dan tabiat yang tidak baik. Di negara negara maju seperti di Amerika Syarikat, masa dinilai sebagai duit. Mereka mengkritik amalan tidur pada waktu siang hari kerana dianggap sebagai tidak mendatangkan keuntungan, tidak produktif, malas dan membuang masa saja.
Namun, sejak kebelakangan ini mereka mula sedar akan kepentingan tidur seketika di waktu siang. Para saintis sehingga kini sedang giat menjalankan pelbagai kajian mengenai kesan Day Napping ke atas badan manusia. ( Yo my man...aku rela jadi bahan kajian..SILA SILA AMBIK AKU!! ). Mereka termasuklah David F. Dinges dan Robert J. Broughton yang telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioral and Medical Aspect of Napping.
Buku ini menyebut bahawa bagi mereka yang secara rutinnya mengamalkan tidur selama 30 minit pada waktu siang mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat serangan penyakit jantung berbanding orang lain. ( dia cakap berisiko rendah...BUKANNYA tak berisiko langsung...TAPI okay la tu kan?). Bahkan ia juga berkesan untuk tekanan mental kerana tempat kerja merupakan tempat utama kepada masalah tersebut. ( Hello, hello..pakcik makcik, sedari sedara yang sedang bertungkus lumus, kelam kelibut di tempat kerja...sila tidor sepuluh minit!!! Ambik lunch hour you all..jangan bebankan mata anda...okay? Sila dengar nasihat ye.. )
Pakar tidur dari Cornell University, Dr James Maas juga membuat kajian mengenai Day Napping. Beliau menyatakan bahawa tidur pada waktu tengah hari sekadar 15 - 20 minit mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.
Lebih menarik lagi, satu kajian selama 25 tahun telah dilakukan untuk mengkaji kesan kesan Day Napping ke atas pekerja pekerja di negara negara industri dan pasca industri. Hasil kajian tersebut, 92.5 % para pekerja yang berkesempatan tidur sekejap pada waktu siang mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi ( ehem ehem... kenapa macam terasa pula...) Daya kemampuan untuk menyelesaikan masalah juga meningkat dan hasilnya, produktiviti juga meningkat.
OLEH ITU : KONKLUSINYA...sila benarkan diri anda untuk tidur sekejap di kala ia keletihan...
( Article ini terus bersambung menceritakan tentang sunnah yang diajar oleh Rasulullah tentang tidur sekejap di waktu tengahari yang dipanggil Qailulah.
Nak tahu? Yo...... yooo.. sila beli aje lah majalah 'SOLUSI' ni...Banyak manfaat nya...Daripada majalah MANGGA, POP ARTIS, DIVA etc etc...apo dapek... kan? kan?)
sekian
5 comments:
tapi aku ni kan kak. tak maunya setengah jam setengah jam nih. kot terlelap mau sampai 2 jam terus baru puas. kot br 1/2 jam org dah kejut mau penyepak aku bagi (kemahen garang, kan...?).
ha ha.
.
TAS,
itu bukan DAY NAPPING..
itu MENGHOLOH...
Merosakkan nama baik DAY NAPPING
kalau aku alang-alang tidur, aku pening/sakit kepala la kak... macam tgh sedap tidur pastu kena kejut dgn bom...
salam hidayatun
mmg ada yang kata baik tidur siang, espbagi yang nak jaga malam...macam aki ni...
Aku,
setahu aku, kat Malaysia masih tak banyak bom yang berbunyi melainkan meriam karbaid time bulan posa kat kampung..
Azani,
ya la buat qiyamulail..
Post a Comment