Friday, June 25, 2010

Teratai bunga indah..

Salam,

Setiap hujung minggu, kalau aku rasa rasa nak keluar jogging, aku akan mengajak si Dia berjogging di Taman Tasik Chempaka, BBBangi ini.


Keluar mesti pagi pagi, around 7:15 atau 7:30 am, kami sudah berada di sekitar taman tasik itu. Kami jarang jogging waktu petang sebab aku suka suasana pagi. Sejuk, tenang dan mendamaikan.


Dan kalau hari Sabtu, bila jam 8 am ada acara senamrobik, aku kadang kadang turut serta. Ya..aku terlompat lompat..terkinja kinja..hahaha...
WOII.....aku tahu apa yang korang fikirkan.
Acara senam robik itu memang sesuai untuk ibu ibu dan bapak bapak setaraf dengan saiz badan aku, okeh?!


Dan takkala aku round round di tasik Chempaka itu beberapa minggu kebelakangan ini, aku sudah mula perasan ada pokok pokok teratai yang bunganya berwarna merah tumbuh di tepi tepi tasik..


"Cantiknya," kata hatiku.



Aku nak ambil gambar guna Nikon DSLR aku bila bila nanti.
Selalunya aku tak bawak NIKON DSLR kalau pergi jogging. Nantilah yer..
Sementara tu aku boh jer gambar lukisan dari MONET ni untuk tatapan sedara sedari sekelian.

Walaupun bukan ORI..tapi aku rasa okeh la kan...


All of sudden aku rasa nak dongar Ramli Sarip dendang lagu TERATAI...Seripah AINI's??...Nak Ramli Sarip gakkkk...hahaha

Oh teratai bunga indah..

engkaulah pujaan hatiku

telah lama kurindukan

wahai teratai bunga indah...

..LAYANNNNZZZZZ...


sekian

3 comments:

kakpah said...

aku suka berenti atas jembataan tengok ikan berkawan-kawan. kalau ada jala mesti sekali ngap dapat berpuluh ekor..
tapi jelas kat situ tertulis "dilarang menangkap ikan".

aku dah melangok tepi tasik tu ngadap bunga teratai yang dah kembang2 tu. kalau ada kayu panjang mau je aku kait dua tiga masuk kat dalam kolam ikan aku.
haip!!!!.. nanti ada yang menampau tangan aku plak.

Tijah said...

kakkk...

tadi kannn. aku baru jumpa kedai limau nipis tu. patut la x jumpa seblm nih. dia eja bebalik ekkk? lurus tul aku...

ashley said...

kakpah,
ko kait jer..nanti dia tumbuh le balik!..amacam?

Tijah,
laaaaaaaaa....aku ingatkan ko dah sampai!!