Tuesday, September 28, 2010

Tsk..tsk..tsk..

Salam,

" Tudungnya labuh sampai menutup punggung. Alhamdulillah..Stokinnya juga panjang sampai ke lutut. Alhamdulillah..Tapi tiba tiba kami menangkap anak gadis berusia 16 tahun ini dengan abang angkatnya sedang melakukan zina di dalam semak di suatu tempat perkelahan dalam keadaan tudungnya masih di kepala dan stokinnya masih di kaki," kata Ustaz Zul yang datang bersyarah di Surau Annur.

" Puan puan sekelian, jangan sangka anak perempuan yang kita hantar dengan penuh harapan ke sekolah agama bagi tujuan menjaga akhlak mereka tidak terlepas dengan penyakit yang sedang serius melanda kita hari ini" sambung Ustaz itu.

Berderau darah aku mendengarnya..
Hmm... fenomena apakah yang melanda sekarang?
Penyakit SOSIAL yang terlalu gawat sudah sukar di bendung.

Labuhnya tudung tidak menggambarkan LABUHNYA IMAN.
Panjangnya stokin tidak melambangkan PANJANGNYA FIKIRAN.

Penzinaan mata, telinga, hati, fikiran yang hebat mungkin mendorong ke arah perbuatan zina.
Dosa dosa kecil yang lama kelamaan bertitik dan bertindih dalam hati menyebabkan ianya bertapok dan bertompok tompok hitam menutupi segala lapisan nipis iman yang ada.

Melayani bisikan syaitan, melayari kehendak nafsu, menuruti rasa ghairah yang membuak buak tanpa ada rasa takut dengan pemerhatian Allah menyebabkan rata rata orang melakukan dosa dosa besar.

" Adakah puan puan menyangka anak remaja hari ini samada yang ke sekolah agama atau sekolah kebangsaan biasa tidak terdedah dengan pengetahuan SEKS?" tanya Ustaz Zul lagi.
" Puan puan perlu ingat bahawasanya hari ini gambar gambar lucah, cerita cerita lucah hatta anak anak sebesar 5 atau 6 tahun pun boleh mendapatkannya melalui internet kerana internet adalah informasi tanpa had dan sempadan."

Ya..apabila segala kemudahan disalahguna maka jadilah masalah yang bertimpa timpa sebegini.

"Apabila kami tanya anak gadis ini di mana dia mengenali abang angkatnya itu. Dia menjawab melalui internet sahaja."

Oleh kerana ayah dan ibu melarangnya keluar rumah maka internet adalah saluran di mana dia bersosial. Dan melalui laman facebook dia mengenali abang angkatnya selama setahun. Dia tidak pernah mengenali abang angkatnya secara LIVE maka oleh kerana perasaan ingin tahu, dia menyuruh abang angkatnya menyamar sebagai saudara dan menjemputnya keluar pada satu hujung minggu dari asrama.

Kunjungan dari 'saudara' itu akhirnya menyebabkan dia menyerahkan tubuh dan segala galanya demi rasa cinta yang mesra dan tersemai selama setahun.

Ini adalah salah satu dari pada jutaan kisah yang saban hari kita dengar.
Apa tindakan kita?
Apa penyelesaian kita?
Anak anak remaja yang telah 'rosak' akibat dari berfikiran pendek. Kita cuba mendidik mereka dengan menghantar ke sekolah agama juga tidak terlepas dari perbuatan zina.

20 atau 25 tahun yang lalu di sekolah sekolah menengah AGAMA mungkin tidak ada langsung kejadian sebegini.
20 atau 25 tahun yang lalu di pusat pengajian tinggi sukar untuk mendengar perkataan SISWI MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH.

Tapi hari ini, samada anak remaja itu ke sekolah agama atau ke pusat pengajian tinggi yang mempunyai perkataan ISLAM, dia mungkin tidak terlepas dari gejala sosial yang ROSAK DAN RANAP ini.

Kenapa?
Tepuk dada tanya iman kalian..dan pandang pandanglah serta tinjau tinjaulah keadaan anak anak remaja kalian. Mungkin kita tidak menduga hari ini kita cuba menatang dan mendidiknya supaya kekal berakhlak tetapi segala perlakuannya yang buruk MUNGKIN terlindung di sebalik 'labuh tudungnya' itu. Innalillahi wainna ilahi rajiun...Astaghfirullah...

sekian

3 comments:

Unknown said...

salam~

mohon di jauhkan...

lukmanw@gmail.com said...

Salam

1. Mcm tak bagi masuk rmh ni saja. Dtg shj dpt mesej utk dijemput shj! Skrg ni boleh pula! Masa ni rmh terbuka kut - nanti tutup balik ke?

2. Tak berjumpa juga kita sekeluarga raya ke 2 dulu. Kami anak beranak sampai jambatan pukul 11 am - pukul 6 pm baru dapat cross ke Penang. Bukan tunggu jem clear tapi sempat pergi beraya di Jusco Perda :-)

ASH said...

lp lum,
ya minta dijauhkan dari semua anak anakku dan saudara maraku serta kaum muslimah seantaro dunia..
namun kejadian seumpama beginilah antara penyebab naiknya perangkaan ANAK LUAR NIKAH di Malaysia.

Lukman,
puasa dan hari raya balik kampung...jadi 'rumah' dikunci!