Wednesday, November 03, 2010

Raya Haji..

Salam,

Sepatutnya Raya Haji kita kena meriah kan?
Patutnya cuti 3 hari berturut turut..sebab TAKBIR RAYA pun 3 hari 3 malam.
Nak buat upacara korban pun senang.
.
.
.
Tapi kebanyakan tempat kerja dapat sehari jer?
.
.
.
AKU?
Aku tak kisah laa..
Sebab aku memang tak balik kampung.
Raya Haji sentiasa disambut di tempat yang aku menetap.
Seingat ingat aku, sewaktu di sekolah menengah dulu pun, aku memang dah tak balik kampung kalau time raya Haji.
Tambahan pula, aku ada seorang makcik yang menetap di Perlis jadi kalau kena kosongkan asrama maka aku akan balik ke rumahnya sahaja. Kalau tidak pun, aku pergi rumah kawan kawan di Perlis.
Masa time hari raya, kami pakat pakat round rumah kawan kawan dan cikgu cikgu di Perlis sana tu.

Bila dah kahwin dan menetap di KL, cuti raya Haji terlampau singkat. Sehari dua sahaja. Tak berbaloi nak balik especially masa awal tahun 90'an dulu. Hiway PLUS masih tiada lagi. Nak mengharungi jammed di Lebuhraya Persekutuan sangatlah meletihkan. Kalau tiba di pekan Bidor, Tapah dan sebagainya jammed bagai nak RAK. Kereta pula MANUAL. Hmmm..amatlah menyiksakan.

Sambutan di KL agak meriah kerana di kebanyakan surau atau masjid akan adakan majlis korban. Semenjak di Wangsa Maju lagi, aku suka gotong royong di surau.
Bila tinggal di Bangi, aku juga suka menghadirkan diri acara gotong royong dan masak memasak ini. Waktu inilah kita akan dapat ramai kenalan dan dapat beramah mesra dengan jiran jiran.

Tahun ini pula bagaimana?

Aku tak tahu la..
Mungkin masih ada majlis korban. Tapi gotong royong masak memasak pula?
Hmmmm..surau di tempat aku ni tengah buat RENOVATION. Nak buat tembok/benteng antara longkang besar dan kawasan surau.
Ramadhan hari tu hujan lebat. Longkang besar sebelah surau rebak dan membahayakan keadaan di tepi surau. Surau kami pula ada kelas untuk pelajar Tahfiz Ummah. Tentulah ibubapa turut bimbang keselamatan anak anak mereka yang ke kelas itu.

So...tahun ni kalau ada gotong royong masak masak MUNGKIN aku pergi la.
Kalau tidak, lepas solat raya ( kalau boleh solat la) aku lepak lepak kat rumah macam biasa.
.
.
.
Cuti pun sehari jerr..


sekian

3 comments:

tasekM said...

kuih raya raya puasa tu hari ada lagi tak kak...? kalau ada tak yah beli dah kan..? he he.


.

Dr Singa said...

advance nya pikir...
lama lagilah raya ..
eh..
chopp..
raya haji bila??
(sibuk cari kelender..)

ASH said...

TM,
dah habis..anak aku angkut pergi sekolah time jamuan raya.
raya haji tak payah kuih.
kita makan sup daging, tulang jer.

drsinga,
raya aji 17/11. lepas tu sekolah 2 hari. lepas tu cuti sekolah sampai HUJUNG TAHUN..
mak ayah budak budak ramai dah bagi tahu seksiap, kami cuti raya terus cuti sekolah..haha