Monday, February 28, 2011

Yusuf oh Yusuf..

Assalam,

"Yusoff TOYUBB...
Yusoff TOYUBB...
Yusoff TOYUBB..."
.
.
itu bunyi iklan kat radio especially time time bulan Ramadhan.
"Yusoff" yang itu adalah seorang saudagar kurma!!

Nak tahu kisah cinta kasih Zulaikha kepadaYusoff?
Almaklum la..
Yusoff adalah seorang pemuda yang TERKENAL dengan KEHENSEMANNYA. Sesiapa yang HENSEM MENSEN dan sering digoda wanita sepatutnya ambillah tauladan dengan cerita ini.
Dan kepada wanita wanita yang ada sifat macam ZULAIKHA yang tak tahan tengok orang HENSEM MENSEM dan kerjanya nak menggoda LELAKI, patut jadikan cerita ini untuk MENGINSAFKAN diri...
.
.
.
Aku ambik dari mana cerita nih? DARI buku laa..mana boleh main cekup.. reka cipta sendiri! Ini kisah dari Al Quran.

Kisah Zulaikha jatuh cinta kepada Yusoff.

Apabila Yusuf dewasa setelah dijaga dengan baik oleh pembesar Mesir bernama Qathmir dan isterinya Zulaikha, dia menjadi seorang pemuda gagah dan tampan. ( aku rasa TERJAUHHHH ya amat.... lebih hensem dari MAHER ZAIN ...errr..errr..) Ibu angkatnya yakni Zulaikha seraya itu telah mulai jatuh hati kepada anak belaannya itu. Ia tidak lagi menganggap Yusuf sebagai anak tetapi memandangnya sebagai seorang kekasih. ( HAH!! bahaya tu..!!! )

Pada suatu hari, Zulaikha telah memaksa Yusuf untuk berbuat sesuatu yang tidak baik dengan dirinya tetapi Yusuf tidak melayani ajakannya itu. ( ya la..kadang kadang macam orang sekarang ni.. main main sms, pastu mms, pastu dating dating dalam dunia cyber, chit chatting, email laaa..kasi kasi gambar la, usik usik la..PASTUUUUU??? Nak REAL DATING...makan makan..tenung renung...pastu MENGAAUMMMM......AUMMM AUMMM....)
Lalu Yusuf lari ke luar rumah. Zulaikha mengejarnya dari belakang sambil memegang bajunya sampai koyak dibahagian punggung. ( Mak AIII!! jangan buat main main dengan perempuan yang sudah GAWAT seperti ini ya.....mengejar lelaki....adussss )

Kebetulan pula sewaktu keduanya sampai di depan pintu, suami Zulaikha kembali ke rumah dan berada di situ. Hingga mereka berdua terpampan dan terkejut. Namun Zulaikha tidak hilang akal dan dia pandai memutarbelitkan peristiwa yang terjadi lantas mengadukan kepada suaminya bahawa anak angkat mereka, Yusuf yang ingin berbuat sesuatu yang kurang baik terhadapnya. ( Kok gitu sampai trick seorang wanita yok? BIJAK! BIJAK! Aku syak dia mesti dah dapat master ni!! )
Tetapi Yusuf segera menjawab, bahawa bukannya dia yang bersalah tetapi ibu angkatnya itu yang menggodanya untuk berbuat sesuatu yang keji dengannya. Qathmir, suami Zulaikah menjadi bingung. ( bengong dang bingung tu sama kan? ) Siapakah yang bersalah dalam hal sebegini. Kemudian Qathmir berkeadaan celaru dan bingung itu telah diilhamkan oleh seorang bayi yang masih dalm buaian yang menyahut persoalan siapakah yang bersalah antara keduanya.

" Kalau baju Yusuf koyak di bahagian hadapan maka Yusuf yang bersalah, manakala kalau bajunya koyak dibahagian belakang maka Zulaikha lah yang bersalah "

Setelah diteliti kemudiannya didapati jelas bahawasanya baju Yusuf telah terkoyak di bahagian belakang maka sememang benar kenyataan Yusuf. Zulaikha lah yang telah menggoda anak angkatnya itu. Lalu untuk menutup malu Qathmir berkata kepada isterinya, " Wahai Zulaikha, minta ampunlah kepada Allah SWT di atas kesalahanmu itu. Dan engkau Yusuf tutupilah rahsia ini agar jangan ada orang lain yang tahu."

Tetapi ternyata peristiwa sebut hebah diperkatakan orang jua. Diketahui sehingga menjadi bualan hangat di kalangan pembesar pembesar serta isteri isteri mereka dan penduduk awam.
( Sekarang ni pun berita SENSASI HANGAT MANGAT macam ni memang mudah tersebar, di kalangan CHATTERS, TWITTERS, FB, YOUTUBE, TUBELY...you name it...So dari itu, sila jaga tatasusila anda, wahai penjawat Awam yang berpangkat besar, pemimpin politik, ahli koperat, dato' dato', YB YB, duta duta, ibuk ibuk DATIN, momma momma dan adik kakak sekelian yang ada....)

Hati Zulaikha menjadi panas. Maka pada suatu hari ia telah mengadakan satu jamuan makan dengan mengundang wanita wanita ternama di seluruh Mesir. ( kira macam DATIN DATIN kehormatlah nih ). Setelah semua undangan dihidangkan dengan berbagai makanan yang lazat lazat, akhirnya masing masing diberikan sebilah pisau serta sebiji epal untuk dikupas.

Sewaktu wanita wanita ternama itu sedang mengupas epal di tangan mereka , Zulaikha telah menyuruh Yusuf masuk ke dalam bilik di mana tetamu itu berada. Yusuf yang telah dipakaikan dengan pakaian yang terbaik kelihatan begitu tampan dan gagah serta cukup mempesonakan. SEMUA wanita wanita yang berada di dalam bilik tetamu itu terpukau dan terpesona melihat ketampanannya sehingga mereka tidak percaya yang dilihat mereka itu seorang manusia. Mereka merasakan bahawa Yusuf bagaikan seorang malaikat yang turun dari kayangan.

Kerana keasyikan mereka melihat Yusuf itu mereka tidak sedar akan pisau dan buah epal yang berada di tangan mereka. ( wehhhhh...aku pun wonder nabi Yusuf ni hensem lagu mana....TERPUKAU SEMUA tu...JANGAN MAIN MAIN!!! ASYIK MAKSYUK LAGI TUHHH ) Wanita wanita tersebut ada yang telah menghiris jari mereka dan ada yang sehingga terputus dan darah bersemburan di pakaian mereka yang indah indah itu.

Memandangkan keadaan mereka itu, lantas bangunlah Zulaikha dan bersuara dengan lantang di hadapan wanita wanita tadi.

" Anda semua baru sekali ini melihat Yusuf dan sudah TERPESONA dengan wajahnya yang tampan hingga ada yang tidak sedarkan diri dan terpotong jari sendiri. Apalagi aku yang selalu bergaul dengannya dan mendampinginya. Kiranya dia tidak mahu mengikut ajakanku itu nescaya aku masukkan dia ke dalam penjara dan biarkan dia hidup hina di dalamnya selama lamanya "

Untuk menjaga ketertiban rumahtangga dan nama baik kedua suami isteri pembesar negeri itu, Yusuf akhirnya dimasukkan juga ke dalam penjara tetapi bukan kerana dia bersalah. Namun di dalam penjara lah Yusuf diangkat menjadi Nabi dan Rasul untuk mengajar ke Esaan Allah kepada kaumnya.

p/s

Apa tauladan yang boleh kita dapat dalam cerita nih?
Cer kabor kejap....


sekian

7 comments:

Nizam.Ariff said...

Bahana gk org yang hensem-hensem ni... sama bahana untuk yang lawa-lawa... dugaan besar...

Syukur aku tak hensem.

aza ni said...

yelah kau tak hensem tapi lawa tak?
zam...
bahaya juga tu...ha ha

ASH said...

Aku,
kan kan kan...
so kalau muka huduh jangan rasa sedih..kena rasa syukur sebab kalau dah hensem atau lawa kan dah payah..
selalu kena gudaaaaann..

Azani,
orang lelaki kalau LAWA..macamana ek?
errrr...seram aku!

tasekM said...

aku hensem tak kak..? hahaha..




.

aza ni said...

he he..I tak rela you...auwwwww..

aza ni said...

hidayatun
yalah kita tukar kata kacak...he he

ASH said...

TAS,
....hensem! karang ko kena kejor.Jenuh nak lari tuh.

Azani,
.
.
.
lelaki dah la makin kurang.
yang ada pi jadi AWW AWW pulak..haihh