Tuesday, February 08, 2011

Harimau atau hari hari mau..

Salam,

First of all, tajuk di atas akan menjemput kontroversi..
.
.
Hakikat sebenar, aku tidak mahu sesiapa pun jua mempunyai perasaan SYAK wasangka!
Kerana ayat ayat seterus yang akan dibaca selepas intro nanti hanya akan merupakan fakta belaka.

Oh ya...hmmm..Nak cerita apa sebenarnya?
.
.
Pada cuti sempena tahun baru China yang lalu, saya dan suami serta tiga orang anak kami telah berjalan jalan melawat Zoo Negara. Kami pergi dengan menaiki kereta sahaja. Kami pergi selepas makan tengahari sekira kira jam 3 petang. ( eh...apa pasal bunyi macam karangan UPSR je nih?).
.
.
.
Apa pun setibanya di Zoo Negara, anak anak kami sangat teruja terutamanya anak lelaki yang seorang itu kerana itulah kali pertama dia ke Zoo Negara.
Kami pula merasa AGAK terkejut melihatkan harga tiket untuk memasuki Zoo Negara.

Weiiii haaiii..dulu dulu 8 hinggit satu kepala dewasa.
Sikalang hah.. sudah DUA PULUH HINGGIT untuk DEWASA!!
HARAP MAKLUM!!
.
.
Walaubagaimanapun harganya kami tetap faham kerana harimau, gajah, singa, kuda dan segala rakyat jelata yang tinggal di Zoo Negara itu memerlukan makanan hari hari.

HARI HARI MAU MAKAN maaaaaaa!!!

Kami melihat lihat sekitar di dalam KINGDOM itu.
...tetapi binatang yang aku agak teruja sekali ialah binatang di bawah ini.

HARIMAU MALAYA!!
Sila jemput melihat aksi aksinya sambil membaca fakta.


Harimau Malaya
(Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia.
Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004.
Dianggarkan terdapat 490-510 ekor harimau ini yang hidup liar.


Harimau Malaya merupakan lambang rasmi Malaysia iaitu dalam Jata Negara Malaysia.Lambang ini juga ada dalam logo institusi- institusi Malaysia yang lain seperti PDRM, Maybank, Proton dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Lambang harimau menunjukkan kepada keberanian dan kekuatan rakyat Malaysia.
Harimau Malaya ini juga mendapat pelbagai nama gelaran seperti "Pak Belang" dan sebagainya.



Harimau Malaya juga merupakan nama personifikasi bagi Malaysia.
Digelar Pak Belang, ia merujuk kepada dua ekor harimau belang yang terdapat pada lambang negara Malaysia yang melambangkan keberanian dan kegigihan rakyat Malaysia mempertahankan tanah air.
Harimau Malaya juga merupakan nama gelaran bagi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.


Pasukan bola sepak Malaysia telah menggunakan 'Harimau Malaya' sebagai maskot dan juga gelaran kepada pasukan itu. Jersi utama pasukan bola sepak Malaysia juga diadaptasi daripada corak belang yang terdapat pada Harimau Malaya.

Harimau mati meninggalkan belang.
Manusia mati meninggalkan nama.
Dari itu marilah sama sama kita bela dan belai harimau harimau itu supaya belangnya masih kita dapati lagi!!
haha

Oh ya..satu lagi fakta.
Berhati hatilah dengan harimau betina yang mempunyai anak, kerana garangnya bagai nak GHAK!!
.
.
AUMMMMMM...AUMMMMM..AUMMMMMM


sekian

10 comments:

ashley said...

Hmmm macam tak best jer entry penuh fakta...
Apa kata kita buat tajuk gossip,
" hari hari mau ?"

kucingorengemok said...

"kucingorengemok" itu pun sebenarnya bawa maksud harimau (dalam cat family kan), binatang saya paling suka (tengok)...

kakpah said...

wahh..
ayam berkokok harimau?
ha..jawab..jawab..

Aku said...

berapa jumlah belang pada seekor harimau?

fakta kak, fakta nih...

tasekM said...

last aku pergi 10 hengget je..



.

Gurindam Jiwa said...

20 hinggit satu dewasa, hmmm... mungkin ramai tak tahu bahawa Zoo Negara itu tidak dibiayai oleh kerajaan seperti Zoo Melaka, Zoo Taiping, dsbnya. Ianya adalah sebuah zoo swasta yg terpaksa cari pembiayaan sendiri. Satu ketika pernah bercadang untuk ditutup kerana terlalu rugi. Oleh itu...

AZANI said...

salam hidayatun
last sekali pergi zoo tahun 1992 dengan tunang dan bakal adik ipar...

ashley said...

KOG,
sesungguhnya kalau lah si anak lelaki aku yang seorang itu tidak terloncat loncat ke sana ke mari, mungkin aku akan rehat rehat lebih lama lagi di tepi kandang itu...memang seronok tengok aksi Pak Belang!

kakpah,
teka teki ke nih?
eh...main teka teki tepi kandang le pulok!!
ayam kokok rimau..
ayam kokok rimau..
.
.
.
elehhhhh...
ayam berkokok hari mau siang daaaaa..
KACANG GORENG!!!
tak der ke susah lagi?
hahaha

ashley said...

Aku,
okay..apa kata engkau masuk dalam kandang dan mengiranya sendiri so that boleh jadi rujukan nanti...
sila sila..jangan malu malu..

TAS,
bila tu agak agaknya...

ashley said...

GJ,
ya dengar dengar dulu pun nak diubah tempat juga..

Azani,
laaaaaaaaamanya tu!!
hah