Assalam,
" Kamu ini memang betul betul berhati batu!! Tiada perasaan!!"
.
.
Kalau seseorang diherdik dengan kata kata demikian, apa agaknya reaksi orang itu?
Batu.
Jika dilihat betul betul.
Jika diselidik.
Jika dikaji.
Tidak lah buruk benar sifatnya.
Bahkan elok... lagi gilang gemilang sifatnya.
Malah batu juga mempunyai kegunaan yang pelbagai.
Ada batu granit.
Ada batu marmar.
Ada batu basalt.
Ada batu permata.
.
.
.
pendekata..pelbagai jenis dan kegunaan yang boleh diperolehi dari suatu benda yang bernama BATU.
.
.
.
.
Tapi peribahasa kita suka benar mengaitkan perkataan BATU ni dengan perkara negatif.
Kenapa?
HATI BATU : orang yang tiada rasa belas kasihan.
BATU API : orang yang kerjanya menghasut orang lain dan menimbul kekecohan.
BATU LONCATAN : mempergunakan sesorang untuk kepentingan diri sendiri.
LEMPAR BATU, SEMBUNYI TANGAN : melakukan kesalahan tetapi berpura pura tidak tahu.
PATAH BATU HATINYA : hampa
hmm..sementara korang fikir fikirkan jawapan persoalan aku tu,
Aku nak tepek lah lagu "BATU".
Sikit hari ni, aku rasa suka pula mendengornya.
.
.
BATU ( nyanyian Ramli Sarip )
.
.
La la la la la....laaaaaa
La la la la la.....la la la la la laaaaaa... ( baru INTRO tuh!!)
Sudah menjadi resmi manusia
Ingin hidup seribu tahun lagi
Seperti batu batu
Setulus putih hati
Melihat kurniaan tuhan
Lihat batu batu di iringan jalan
Telanjang disinari dan dibasahi hujan
Terbiar detik pagi
Tangisan mengiringi
Lihat anak kecil hadiri
Sampai akhir nanti
Batu....
Sayang kau tak boleh berkata
Semuanya kau lihat
Walau kau tak bermata
Dari mula dunia
Engkau dicipta
Hingga akhir dunia
Engkau kekal jua
.
.
ooooo....
( stetment last tu..aku tak setuju. BATU adalah makhluk. AKAN musnah jua akhirnya...Kalau tidak tak der le nama tempat PECAH BATU)
macamana?
Dah dapat jawapan?
Apa salah dan silapnya BATU.
Iya tak?
sekian
7 comments:
asik nak menyanyi aje kakak aku sorang ni ngape gamaknya...
:p
.
salam hidayatun
batu puan batu permata
batu saya batu hempedu
agaknya masa terang tanah nak bercucuk tanam dulu
cangkul cangkul batu cangkul batu
itu yang batu dinegatifkan.
agaknya kot
TAS,
tangisan dalam nyanyian agaknya..
haha
.
.
ko nak tau bagus ke tidak aku menyanyi, ko kena tanya kakpah.
Azani,
agaknya la kut ye..
rasa terganggu gugat dek batu yang POWER tu..
kak,
suara aku adalah sedap juga tau.
mmg saja nk riak nih....
jom lawan nyanyi.
he he.
:p
.
batu permata bernilai apa kak..
batu juga kannn...
Aku dulu selalu nyanyi lagu ni masa berbasikal balik dari sekolah. Jalan batu kelikir lombong.
Tapi, lagu ada unsur2 lucah sikit.
Dulu pun aku sangsi gak dgn rangkap akhir tu tapi kan dia ada cakap 'engkau dicipta' maknanya dia bersifat baru. 'engkau kekal jua' bahan bakar dalam neraka juga terdiri dari batu-batu... memang ada pun..
hahahaa....
TAS,
.
.
Aku pernah JUARA.
saja nak kabor seksiap..
.
.
.
Kasi GERUN!!
( riak riak bahasa )
Azza,
aku mentioned dah kan?
AKU,
.
.
"Telanjang" yang disebut dalam lagu tu adakah membawa kepada rated triple X?
Post a Comment