Tuesday, February 08, 2011
Istimewanya hari ini dua puluh tahun yang lalu..
Assalam,
Cuba ingat ingat balik apa yang telah terjadi pada diri kamu dua puluh tahun yang lalu?
Cuba bayang bayangkan pula diri kamu ( sekiranya kamu masih hidup ) dua puluh tahun akan datang..
.
.
.
Aku?
Dua puluh tahun yang lalu...hmmmm..
Pada tarikh 8/2/1991, hari itu adalah hari Jumaat.
Pada masa itu aku berada di Ipoh, rumah ibu mertuaku.
Sebelum subuh hari lagi aku sudah bangun.
Dikejutkan rasa sakit.
Sakit apa?
Sakit perut.
Sebab apa?
Sebabnya ada insan baru yang mendesak ingin keluar dan melihat dunia.
Ibu mertua aku bertanya perlukah aku dibawa ke hospital?
Aku kata tunggu dulu.
Dan saat pun berginjak. Minit berlalu. Jam beredar.
Melepasi masa Jumaat. Terus ke Asar dan berkitar ke Maghrib.
Kesakitan untuk melahirkan terasa semakin kuat dan insan kecil yang mendiami di dalam rahimku selama 9 bulan semakin mendesak untuk keluar.
Maka ibu mertuaku meminta jiran sebelah rumahnya menghantar aku, ibu mertua dan ayah mertuaku ke hospital.
Segala keperluan dibawa bersama.
Dari selepas Maghrib membawa ke Isya', aku ditempatkan di wad menunggu.
Telah pun dipecahkan ketuban. Kesakitan untuk melahirkan seorang insan yang bernama anak terus menerus terasa meskipun aku dipaksa untuk tidur....sehingga ke jam sekitar 10.30 malam..
.
.
.
"NURSEEEEEEEEEE!!!" jeritku dari wad menunggu.
.
.
" Haiya...baby mau keluar ka?"
Itulah kali pertama aku merasakan ada kepala insan kecil berada di pintu keluarnya.
Debaran hatiku tidak dapat digambarkan dengan perkataan.
Perasaan cemas bercampur gembira.
Aku tidak merasakan kesakitannya lagi.
.
.
.
.
Perasaan sayu bercampur gembira dengan kepuasan kerana akhirnya aku bergelar UMMI!
Aku juga turut terharu bila saja memandang wajah ibu mertuaku dan wajah suamiku kerana masing masing buat sekian kalinya telah bergelar OPAH dan ABAH!
Dan perasaan gembira itu juga aku dapat lihat di riak muka nenda mertuaku yang sekian kalinya telah bergelar MOYANG!
Ya... tarikh inilah lahirnya anakku yang pertama yang juga cucu dan cicit pertama.
.
.
Biarpun telah 20 tahun berlalu.
Biarpun umurku sudah berginjak ke 40 an namun perasaan gembira pada hari ini 20 tahun yang lalu ingin aku luahkan di sini sekali lagi.
.
.
.
Selamat Hari Lahir, anakku Aisyah!
.
.
.
Semoga dirimu sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.
Bagaimana pula dengan hari anda?
.
.
Duapuluh tahun yang lalu?
sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
kejap. kejap.
nak kira.
20 tahun lalu...
aku umur....
aaahh.... aku kat asrama time nih.
ntah tgh study ke... tgh tidor gamaknya.
.
Tas,
ko sedap sedap tidor ek?
Aku macam KUCING nak BERANAK!!
.
.
eh...aku macam orang nak beranak le..
apasal lak macam kucing!
20 tahun dulu- tengah buat homework matematik agaknya... tapi lebih kepada tidor jugak la, haha
KOG,
ko pakat ngan TAS ek?
sesungguhnya...
20 tahun lalu aku kat asrama... kira-kira tengah study Fizik le ni, petang-petang cenggini.
eeeiiyoooo... mudanya aku.
Aku,
hahaha
yo la tu...
20 tawon dulu??..
alamak.. masa tu cheq dok pakai pinafore lagik.. sbb dalam kelas cheq, cheq sorang ja yg belum "period" lagi.. kehkehkeh..
2 tawon lepas tu, baru cheq period.. dan baru start pakai baju kurung + tudung..(mudakah cheq??.. kuikuikui)..
hahahahaha..oh kakTiny..
time tu cheq ni umug berapa??
Post a Comment