Tuesday, February 15, 2011

Cahaya atas cahaya..

Assalam,

Dengan nama Allah, Tuhan yang amat pemurah lagi amat mengasihani. Segala puji pujian hanya untuk Allah, Tuhan yang telah memberi taufik dan hidayah kepada kita untuk agama Islam. Dan jika tidak dengan taufik dan hidayah dariNya nescaya terkapai kapailah kita di dunia ini.


Rahmat dan juga salam...mudah mudahan ke atas junjugan besar Rasulullah SAW iaitu penghulu kami, Nabi Muhammad b. Abdullah.
Sesungguhnya aku naik saksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah.
dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Ya Allah,
limpahkanlah rahmat dan kesejahteraanMu ke atas junjungan besar kami, Nabi Muhammad SAW juga keluarganya serta sahabat sahabatnya sekelian.

Semoga dengan keberkatan hari ini maka kami akan cuba mendekatkan diri kami dengan sifat sifat Baginda yang penuh terpuji.
Kelahirannya dinanti....baginda bagaikan cahaya di atas cahaya.
Kemilaunya menyerikan seluruh alam buana.


......dan semoga mereka yang bersungguh sungguh menghayati sifat Rasulmu yang terpuji itu mendapat syafaat Baginda di hari akhirat kelak, InsyaAllah.


Marilah kita sama sama memperbanyakkan salawat ke atas junjungan besar kita...
Moga moga di sana ada keberkatan.


Moga hari hari yang mendatang akan lebih bersemangat dengan mengingati kegigihan Baginda memimpin ummat terdahulu. Meneladani kehidupan baginda yang serba sederhana.


Kegigihan Baginda meredah ranjau dan duri menyeru ummat terdahulu menyembah Allah di dalam serba serbi kekurangan dan penindasan dari pemimpin Quraisy yang zalim dan sombong.


Keserdehanaan Baginda dalam perbelanjaan untuk diri sendiri.


Fikir fikirkanlah wahai pemimpin hari ini...
Pemimpin rumahtangga.
Pemimpin masyarakat.
Pemimpin kerajaan tempatan.
Pemimpin negeri.
Pemimpin negara.
Pemimpin dunia.

Sabda Nabi SAW yang maksudnya:

" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kalau kamu benar benar berpegang pada dua perkara ini kamu tidak akan sesat sampai bila bila iaitulah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW"


.........maka hayatilah sebaik baiknya duhai ummat Muhammad sekelian.


p/s
Apasal la hati aku sukaaaa sangat bila tengok gambar yang last sekali ni..


sekian

9 comments:

azza_irah said...

salam maulidurasul kak hida..

erkk...apsal gmbo lasttt..
siapakah..?
siapakah..?
hahaaa..

tasekM said...

salam maulidurrasul kak...




spek tu yg tak tahan tu...

;)





.

Nizam.Ariff said...

Kat Meysia ni pun ada lagi puak 'quraisy' tak kak?

macam ada je...

aza ni said...

salam maulidurrasul hidayatun

kacak dan lawa abang yang pakai spek hitam tu...

kucingorengemok said...

kak, dia orang ni lepas berarak, gi sarapan ramai² sampai kita tak dapat meja nak duduk! (mode mengadu ngada²)

ASH said...

Azah,
akak juga tertanya tanya...
siapakah?
.
.
abang poliskah?
abang ambulankah?
abang FELDAkah?

Tas,
mata perlukan perlindungan!!
hahaha

ASH said...

AKU,
ye ke??
Jom benteras..

Azani,
ohh abang tu..agak agak siapa gerangannya yaa..

KOG,
kasi can sama depa..bila lagi nak serbu subuh subuh hari PUTRAJAYA tu!!

zafi said...

salam maulid rasul!!!

ASH said...

salam zafi,
selawat banyak banyak ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...