Assalam,
Jika anda sekelian biasa membaca kisah kisah sufi mungkin anda boleh meneka ke mana arah cerita cerita ini..
Pelacur tua dan seekor anjing
Seorang pelacur tua, mungkin badannya tinggal kurap dan penuh dengan kotoran kuman penyakit sedang bertatih dan menempuh perjalanan di sebuah padang pasir yang panas dan terik. Perbekalannya hanya tinggal semangkuk air sedangkan perjalanannya masih jauh.
Dalam perjalanan itu tiba tiba dilihatnya seekor anjing terbaring dan tiada harapan untuk hidup. Anjing itu benar benar kehausan dan kelihatan tidak bertenaga lagi.
Melihatkan sedemikian, tidak sampai hatilah si pelacur tua tadi untuk membiarkan anjing itu terus menderita. pelacur tersebut telah memberikan semangkuk air bekalannya yang tinggal sedikit itu kepada anjing yang kehausan tadi.
Seterusnya sang anjing tadi dapatlah beransur ansur segar dan selamat berjalan sehingga ke kota yang berhampiran. Manakala si pelacur tua pula telah mati kehausan disebabkan terputus bekalan air di tengah tengah perjalanannya itu.
Walaubagaimanapun menurut cerita selanjutnya, kematian pelacur itu berhujung kepada kebahagian abadi kerana langsung dia masuk syurga kerana kehibaannya yang tiada terhingga kepada makhluk yang lain itu telah memberikan nilaian yang tinggi di sisi Allah. Ini yang disebut kebahagian tanpa batasan dan dengan itu dia memiliki modal untuk masuk syurga walaupun sebelum itu dia sudah begitu bergelimang dengan dosa.
Kiyai dan burung
Seorang Kiyai hendak berpergian ke kota lain. Kiyai yang bujang serta tinggal berseorangan di rumahnya itu samar samar antara lupa dan ingat akan keperluan burung peliharaannya terhadap air minum. Rasa malasnya timbul.
"Ah..biarkan sahaja, tidak apa apa, binatngkan tahan kehausan. Itupun aku hanya pergi satu hari sahaja."
Ternyata Kiyai yang soleh dan berpengetahuan agama sangat mendalam itu terhalang perjalanannya untuk pulang sehingga dia kelewatan beberapa hari. Apabila dia pulang ke rumah didapatinya burung peliharaannya telah mati kehausan. Namun Kiyai itu tidak merasai apa apa. Dia segera melupakan perkara tersebut kerana baginya burung bukanlah makhluk yang bernilai tinggi dan pendapatnya makhluk akan lahir dan akan mati. Soal kehausan hanyalah sebab semata mata.
Bagaimana akhirnya nasib Kiyai ini di akhirat. Menurut cerita sufi ini, disebabkan Kiyai tersebut memandang remeh akan perkara keselamatan binatang peliharaannya itu tidak semena mena dia dilemparkan ke dalam neraka.
Setiap makhluk, dari yang sebesar besar hinggalah yang sekecil kecil memiliki nilainya sendiri. Tidak bagi dirinya sahaja tetapi juga bagi lingkungan kehidupan secara umum untuk kelangsungan kehidupan di muka bumi.
Dengan kata lain, sikap Kiyai yang berilmu agama itu telah meremehkan makhluk ciptaan Allah dan akibatnya dia juga telah menidakkan pengakuannya terhadap keseimbangan keujudan kehidupan lain di muka bumi ini.
Dua dimensi dari cinta dan kasih sayang sesama makhluk seperti diungkapkan dalam dua cerita di atas menunjukkan dengan jelas bahawa memiliki atau menganut suatu agama tidak selamanya membuktikan bahawa seseorang itu sekaligus mempunyai roh agama itu sendiri.
Tuntutan kita semua buat kaum mukmin agar mampu mencari keseimbangan dalam kehidupan ini. Mengaku sebagai orang yang beragama semata mata tidak cukup menjadikan seseorang itu soleh dan mendapat keredhaan Allah. Roh dan jiwa beragama hendaklah tertanam jauh ke dalam jiwa sehingga kita mampu berlaku adil pada semua makhluk dan meletakkan setiap sesuatu pada tempatnya.
SUKAR???
.
.
.
.
Buat gena...
p/s
cerita ditaip semula dari HIMPUNAN CERITA CERITA AGAMA siri 2
sekian
5 comments:
Thank you for sharing the two stories.. Semuga Magfirah adn Rahman Allah sentiasa bersama kita dan keluarga kita.
salam hidayatun
terimakasih kerana berkongsi dgn kami.
Aku ada tulis satu entri yg aku makan nasi lemak dalam gelap otw balik kampung 2 minggu lepas sebab nak jimat.
sebenarnya, ada 2 ketul hati ayam goreng masih berbaki dan aku buang ke dalam tong sampah. tiba-tiba aku nampak seekor anjing liar jalan tercengkot-cenngkot ke arah aku. Aku tengok dia lapar. dan tiba-tiba aku teringatkan kisah anjing dan pelacur tu.
aku pandang kat anjing tu (mama dan ariff dah awal-awal masuk kereta sebab takut). Bila aku tenung matanya, aku lihat dia bukan anjing liar yang betul2 liar. Masih ada cahaya minta simpati pada matanya. Aku minta dia jauhkan diri dari kereta. anehnya dia macam faham (walau sebenarnya aku cuma cakap dalam hati dan hanya mata aku tepat tenung matanya) anjing tu undur dalam 5 kaki dan tunggu dekat tepi longkang.
bila hati aku terdetik, aku sanggup selongkar balik tong sampah tu. Aku kuak sampah sampai aku jumpa hati ayam tadi. Aku datang dekat dgn anjing tu dan aku lemparkan kepadanya. Dia pun tunduk dan makan. Aku lemparkan seketul lagi. Dia makan dgn lahap. Kesian anjing tu.
Pastu, dia macam nak lagi. Aku pusingkan tangan maknanya dah habis. Anehnya, dia macam faham. dia tunduk sedikit, macam ucap terima kasih. serentak dgn itu aku kata dalam hati, minta dia doakan aku keluar dari musibah. dia undur dan terus pergi ke longkang, bersatu dgn kawan-kawannya yang lain.
aku berdiri lihat dia sampai jauh. sebabnya, 2 -3 kali dia terhenti dan menoleh kat aku macam ucap terima kasih tak terhingga. sampai aku tak sanggup nak tinggalkan dia yang sakit tu. macam aku nak ambik dia dan bela... kesian anjing liar tu.
banyak pengajaran yang kita dapat renungkan
Wan Sharif,
you are welcome
Azani,
sama sama
AKU,
nak jawab hang punya komen ni kena buat satu entry pulak nih..so terima kasih sebab panjang lebar..
Shimi,
yup..memang boleh renung dan tenung maksud yang tersirat..dan diambil iktibar
Post a Comment