Salam,
Ha..sebelum aku terlupa meh sini aku nak ucapkan Selamat Hari Ulang Tahun kelahiran yang ke 26 buat adikku, si SHA.
Atas tu gambor sapa?
Anak dia laaa..siapa lagi!
.
.
.
Dah kahwin?
Ha ah...anak nak masuk dua dah mak oooii...!!
BINI ORANG!
Harap maklum...hehehe
.
.
.
.
Aku ingat lagi sehari sebelum dia diBERSALINKAN oleh mak aku.
Malam 5 hb Januari 1985 tu, aku dan abah nak bertolak ke KL.
Sebabnya 6 hb Januari 1985 tu aku kena daftar diri kat Shah Alam.
Tawaran buat kursus TOEFL.
Apekemender TOEFL tu?
errr...errr...cari aaa sendiri maknanya.
Malas nak kabor dah.
.
.
Mak aku yang sedang sarat mengandung dan menunggu masa saja untuk bersalin itu sebenarnya nak mengikut juga menghantar aku ke Shah Alam. Tapi abah aku tak benarkannya sebab tengok mak aku dah sarat bebenor.
Aku dan abah pun bertolak naik keretapi ke KL malam tu. Aku tak suka naik bas sebab masa tu tak da highway PLUS lagi. Kalau naik bas lama lama masa tu, aku pening mabuk MUNTAH IJO! So abah pun bawak la aku naik keretapi malam...hmmm time tu dipanggil Senandung Malam tak silap aku.
Eh, sekarang ni ada tak lagi Express Sinaran Pagi ngan Senandung Malam nih, ek?
Lama dah tak naik keretapi..
BERKURUN TOK NADOK!!
Di awal pagi semasa aku dan abah dalam perjalananke KL itu, rupa rupanya mak aku sedang bergelut bersabung nyawa menahan sakit untuk melahirkan adik aku yang ke..(hmmmm berapa ek) ini..
Mak telah dibawa oleh Pak Teh ( suami Mak teh ku) yang tinggal di sebelah rumah kami sewaktu itu.
.
.
.
.
Pada hari pendaftaran TOEFL ku itu, lahirlah seorang adik perempuanku di Hospital Taiping. Di hari itu juga merupakan titik permulaan kursus English INTENSIFku selama 6 bulan di Shah Alam sebelum meneruskan lagi pengajianku ke peringkat yang lebih tinggi.
Mak dalam kekalutannya membesarkan adik adikku manakala aku dalam kekalutan mengejar cita citaku.
.
.
.
.
.
Eh....banyak juga kenangan di hari lahir adik aku nih!
MUAH MUAH MUAH...
.
.
Sekali lagi, selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke 26!
.
.
.
.
pstttt...
kelahiran adik aku tak terhenti setakat ini saja.
ADA LAGI KELUAR TIME AKU KAT OBERCI!!
hahahaha
sekian
13 comments:
berapa ramei adik ko ni kak...?
:)
.
kalau emak ko ikut korang.. mesti terbesalin dalam ketapi dan adik ko akan dinamakan dayang senandung kehkeh..
tolong sampaikan ucapan Selamat ulangtahun ke 26 buat SHA...
salam hidayatun
selamat ulang tahun buat adiknya , juga kakanya .....he he he,(kalau belum, kira advance, kalau dah kira belated)...
TOEFL? adakah sejenis kueh2 ? :D larikk
kalau ikut imaginasi kak pah, boleh la adik kak ash naik keretapi free-for-life! keh keh
Ambik TOEFL ada kursus ENAM BULAN? Biar betui...
Tasek,
ko agak agak berapa?
sila rujuk dengan teliti.
kakpah,
sedap juga nama Dayang Senandung tu!! hahaha...
nanti aku bagi tau dia..
errr on the other hand, aku rasa dia rajin gak baca blog aku nih..bior dia sengih sensorang!!
drSam,
insyaAllah....
Azani,
tq..baru jer beberapa hari yang lalu sambut untuk tahun lepas punya!
untuk tahun ni tunggu hujung tahun pulak!
Zafi,
Toefl dan TOFFE adalah sangat berbeza!
ko ingat makaaannnnn jer!
mana dia ayam penyet?
tak pos pos lagi..
KOG,
ha ah kan?..tapi aku riso aku jadi bidan terjun pulak dalam keretapi tu!!
Kalau my elder sister takpa la..jenis medic minded!! Aku?????? pengsan dulu!
GJ,
memang kursus Intensif English 6 bulan sebelum periksa TOEFL!
Betui la tu!!
belajor dari pukul 8 pagi sampai 10 malam...macam orang mereng!
6 bulan nak belajar American English yg simple² ni, memang boleh mereng.
Masa saya dulu, depa suruh gi daftar kat MACEE kat Jalan Ampang. Kumdian, beli satu (ke ... dua? tak ingat dah pulak) kaset tutorial dia.
Balik rumah, terpaksa la Mak tebal muka pergi rumah Benggali sebelah nak pinjam radio cassette player diorang. Anak nak gi obersee punya pasal.
Dah pertengahan semester sekolah kat obersee, baru result TOFFEE tu sampai. Dapat 567. Cantik markah, kan? Sekolah yg saya dok ngaji tu tak gunapakai TOFFEE. Dia guna cash atau cheque aje.
Lepas dua tahun nak transfer ke sekolah yg nak TOFFEE. Result dua tahun tak leh pakai. Kena ambil sekali lagi, tak tau ape mende nak study. Tapi sebab dah dua tahun jadi omputih, naik la sikit dpt 600 lebih, tapi tak ingat markah exact, sebab time tu TOFFEE ni dah tak bermakna pada diri ini.
Selain dari belajar kat kelas, saya pun beli buku yang ada kaset tu..meonggg meongg dengar american cakap.beli buku tu tak silap 50 hinggit lebih..terketar ketar bayar..sebab masa tu 50 hinggit adalah big money.
selain ToEFL, depa nak SAT jugak..
SAT merapak hafal big words.
Bagi saya waktu tu, ujian TOEFL lebih mudah berbanding SAT sebab SAT menggunakan big words yang sewaktu tu rasa macam sungguh alien dan tak pernah jumpa!
Post a Comment