Monday, January 31, 2011

Bila anak dah pandai..

Assalam,

Bila anak dah pandai melihat, tunjukkan kepadanya akan kebesaran Allah ( tentang kejadian langit dan bumi, manusia dan kelahirannya, tumbuh tumbuhan dan pembiakannya, binatang binatang dan keajaibannya)



Bila anak dah pandai membaca, isikan mindanya dengan ayat ayat suci Al-Quran serta ceritakan Sunnah sunnah Nabinya serta kebaikan ilmu yang patut dipelajarinya.


Bila anak dah pandai mengira, ajarilah dia dengan nombor nombor talian ALLAH, 24434.
Bilangan nama nama Allah.
Bilangan rukun Iman dan Islam.
Bilangan nama nama Rasul.
Bilangan nama Malaikat.
Bilangan kitab kitab
Bilangan hari.
Bilangan bulan yang diciptakan Allah.
serta bilangan yang mendekatkan dirinya dengan Pencipta.


Bila anak dah pandai mencari makan sendiri, didiklah dan selalu ingatkan dia agar mencari rezeki dan makanan yang halal kerana hasil dan makanan yang haram akan menjejaskan kehidupannya sebagai orang Islam.


Walaupun agak susah pada awalnya tetapi melentur buluh biarlah ketika masih rebung kerana apabila sudah menjadi buluh, memang sukar untuk dibentuk lagi.

sekian

6 comments:

Nizam.Ariff said...

Kalau rebung pisang, masih boleh dilentur walau dah berjantung...kan?

sayaidaydotcom said...

InsyaAllah akan amalkan bila dah jadi ibu nanti,,sooooon lar,,lambat lagi..hehe :)

thanks 4 sharing :)

DrSam said...

Alhamdulillah sis. Semoga anak-anak kita menjadi insan yang berguna kepada masayarakat dan menjadi pendokong kepada syiar Islam dengan didikan dan asuhan agama yang betul.

Kita contoh terbaik mereka.

ASH said...

Aku,
rebung pisang camaner weh?
cerita sikit...gambor ada?

iday,
you are most welcome..

drSam,
Kasi semangat sikit nak pergi sekolah time hujan hujan nih!!
hah..

tasekM said...

bila aku nk beranak nih...?




.

ASH said...

Tas,
dah..sorang.
.
.
BTW,
tok mertua aku tu pun anaknyer sorang juga.
Kahwin awai kemain...
umur 14 dah kahwin
umur 16 dapat anak...tapi sorang itu je ler.
rezeki weh...merasa juga.