Thursday, January 27, 2011

Jalan jalan cari munger..

Salam,

Adalah menjadi satu kerugian TERAMAT BESAR kalau berkunjung ke tanah tinggi Cameron Highland tanpa meninjau ninjau apa yang di OFFER di tanah tinggi ini.

Apa barang kalau sekadar main badminton jer?
Kat stadium seksyen 15 BBBangi pun boleh melepuk lepuk itu bola tangkis kannnnnn??
wahhhh....

Oleh kerana itu kita kena bangkitkan semangat untuk berjalan jalan. Sementelah dah sampai di Cameron ini, maka adalah tidak munasabah untuk tidak pergi menjengok MUNGER MUNGER...tidak pergi mengintai BUAH BUAHAN....tidak pergi menegur SAYUR MAYUR!!

Tempat lain munger ada juga...tapi tak le seLAWA macam kat CAMERON..kan kan kan?
Tempat lain pun ada juga sayur mayur..tapi tak le sebanyak jenis jenisnya macam kat Cameron...betoi dak?
Buah buah pula? Mana tempat lagi kat Mesia ni nak dapat strawberri yang lawa lawa..
Ladang Teh????

Sila tolong carikan aku kebun teh kat KL tu.... kat mana? kasi tau sini jap!
.
.
.
okay okay okay...ada kata kat Kinabalu?
.....helllooooooooooo...
satu kerojer pula nak ke Sabah tu. Tambang mahei juga nak ke sana tu walaupun ngan Air Asia atau Firefly.
.
.
Kalau dah dapat duit minyak, penginapan dan makan minum orang tanggung...ape ke hal nya nak TERPERAP KESEJUKAN dalam bilik kan???
.
.
SILA JALAN JALAN!!

Sebelum ke sana ke mari lebih baik sarapan untuk memanaskan badan.
.
.
.
Jemput berjamu itu nasi lemak berlauk telor mata kerobau ngan ayam salut tepung berempah bersama dengan sambal bilis dan timun...
.
.
BURPPPPPP.....kekenyangan sehingga melupakan diri!

Untuk menghilangkan beberapa kalori yang telah masuk, biarlah kaki kaki digerakkan di taman MARDI ini!
Tempat ni aku suka pergi.
Sebabnya adalah kepelbagaian tanaman yang terdapat di sini.

Masuk : sediakan duit rm3 untuk orang dewasa dan rm1 untuk kanak kanak..
budak 6 tahun ke bawah FOC!

Biarkan bebudak dengan buih buih belonnya...biarkan! biarkan!
.
.
.

Biarkan mak budak budak ngan munger mungernya....biarkan! biarkan!
.
.
.

Biarkan bapak budak budak ngan ikan ikannya...biarkan! biarkan!
.
.
.




Udah la ye....nanti jemu pula!
.
.
Sesambil tu cuba tengok dalam peti ais kut kut ada lebihan cekelat masakan raya tahun sudah.
Apa kata malam ni kita cairkan cekelat tu..
BUAT STRAWBERRY CICAH CEKELAT!!
hohohohoho..
.
.
.
selamat bermalam Jumaat!

sekian

5 comments:

kucingorengemok said...

dah nak dekat raya tahun ni... sakit perut jangan marah coklat ye :)

Nizam.Ariff said...

dalam banyak-banyak buah, buah strawberry je yang jumpa?

hmmm....

tasekM said...

strawberry la sedap yek kak....?




saje je aku nk bergaduh dgn nizam. nari dia carik pasal je dgn aku.

he he.

:p




.

Nizam.Ariff said...

Ape plak...

Strawberry manis masa kat atas puncak je. Bila dah turun ke bawah, jadi masam dan lembik.

Beli la limau bali, dah dekat raya cina nih... hahaha

ASH said...

KOG,
raya lambat lagi..baju jubah pun tak sempat nak tempah lagi!! haha

Aku,
ko memang cemburu tengok strawberi ke?

TM,
betul betul betul..nama pun naik Cameron..
mesti le kena MENUNJUK NUNJUKkan trademark CAMERON

Aku,
limau bali kat Simpang Pulai pun boleh beli...
dah.... jangan gaduh gaduh di hari Jumaat yang mulia ini!