Tuesday, January 11, 2011

Pemimpin dan pimpinan..


Salam,

Sabda Rasulullah S.A.W, " Suami merupakan pemimpin dalam rumahtangganya, dia akan ditanya tentang kepimpinannya." ( H.R Bukhari dan Muslim )

.
.
Bunyi hadis tu memang berat kan.
Berat mata membaca, berat lagi bahu yang memikul tanggungjawab tu.
Sebenarnya MEMIKUL amanah itu sungguh BERAT tugasannya.
Dengan amanah yang diberikan itu beerti ke atas pundak suamilah diberikan tanggungjawab untuk mengatur isteri, anak anak dan seluruh anggota keluarganya.

Suamilah yang bertanggungjawab mempastikan segala keperluan rumahtangga termasuk tempat tinggal, makanan, pakaian, keselamatan, penjagaan kesihatan terhadap ahli keluarganya.
Suami perlu menyediakan rumah untuk isteri serta anak anak tinggal dengan aman.
Suami perlu mempastikan makanan untuk anak dan isteri mencukupi serta dari sumber yang baik dan halal.
Suami wajib mengadakan pakaian untuk anak anak dan isteri bagi menjaga aurat dan melindungi maruah mereka.
Suami bertanggungjawab ke atas keselamatan anak dan isteri dari apa jua gangguan.
Suami mesti ambil berat tentang kesihatan anak anaknya dan isteri. Sekiranya mereka sakit perlu dibawa segera ke klinik. Sekiranya mereka jatuh sakit pastikan mereka menjalani perubatan yang sesuai.

Dari segi ubudiah, suami wajib menyuruh anggota keluarganya mengerjakan perintah Allah seperti solat, puasa dan ibadah ibadah lain yang disuruh Allah.

Suami wajib membimbing dan mengajar isteri dan anak anaknya dalam soal ibadah. Suami wajib mengajar mereka mengaji, bersuci, solat, puasa dan lain lainnya atau yang diistilah sebagai fardhu ain.

Tapi malang sekali pada hari ini, pada umumnya kita lihat, suami ( selaku pemimpin rumahtangga ) selalu sibuk mencari nafkah dan tidak sempat lagi mengajari anak anaknya. Ramai juga yang tidak langsung pandai mengajar anak anak dan isteri dalam soal fardhu ain ini.

Dalam kesibukan suami mencari nafkah, ada yang sering terleka dari melakukan perkara perkara pokok yang penting dalam pengabdian diri kepada Allah. Dalam mengejar pangkat dan kerjaya ramai ketua rumahtangga yang terlupa untuk mengimamkan solat berjemaah dengan keluarganya sendiri. Mereka juga mungkin terlalu sibuk sehingga mengabaikan tanggungjawab ini. Urusan urusan di pejabat mungkin didahulukan sehingga tanggungjawab di rumah diabaikan.

Suami berkewajiban mempastikan anak dan isteri menimba dan menerima ilmu ilmu khususnya ilmu yang berkaitan dengan fardhu ain ini. Ramai juga dari kalangan suami yang mengambil mudah urusan ini sehinggalah tiba harinya mereka akan dipersoalkan ke atas tanggungjawab mereka ini.

Sudahkah anda mengimamkan solat bersama anak dan isteri pada hari ini? Atau minggu ini? Atau bulan ini? Atau tahun ini?
Bilakah kali terakhir anda solat berjemaah bersama keluarga serta bertazkirah bersama mereka?

Mungkin in jawapan anda :-

Ya...hari ini sudah..
atau
belum..tapi minggu lepas ada.
atau
hmmm... mungkin bulan lalu.
atau pun...
ONTAH, TAK PERNAH BARANG SEKALI PUN...
.
.
.
Tepuk dahi tanya diri...

sekian

No comments: