Salam,
Hotel yang baru memulakan operasinya di akhir tahun lepas terletak tidak jauh dari Waterfront, Kuching.
Lokasinya yang terletak di atas bukit dan juga tidak jauh dari tempat makan popular di Waterfront iaitu TOPSPOT. Ianya selesa kerana ada pusat membeli belah yang terletak di bawah hotel ini iaitu Hilltop mall. Cuma buat masa sekarang ianya baru sahaja dibuka.
Hotel ini mempunyai ruang lobby yang luas dan terbuka serta terdapat tempat duduk yang banyak bagi kemudahan rehat para pengunjung.
Di tingkat dua terdapat gym dan kolam renang untuk pengunjung beriadhah.
Bagi saya ianya amat sesuai buat mereka yang mempunyai urusan kerja dan terpaksa tinggal lama di bandar Kuching ini.
Bilik penginapannya mempunyai hiasan 'MODERN LIVING' dengan kelengkapan TV dan peralatan elektrik yang lain. TVnya menyediakan channel yang pelbagai termasuk rangkaian dari siaran negara negara lain seperti Jepun, Korea, Macau, China, Russia, Arab, dan Australia.
Bagi mereka yang mungkin terpaksa bekerja di luar kota seperti di Kuching ini dan memerlukan tempat penginapan yang selesa, Pullman mungkin adalah jawapannya.
Hotel ini mungkin tidak berapa 'family oriented' tetapi membawa keluarga bersama juga mungkin tiada salahnya.
sekian
7 comments:
acu cuba try jelaskan dengan lebih lanjut bab "tidak berapa family oriented" tu...tertanya-tanya juga kita :)
Have a wonderful and brilliant year ahead sis!
pemandangan menarik tak kat sungai sarawak tu?
Malam-malam? Tak ada gambar malam-malam ke?
pullman?
kretipnya nama... :)
.
drSam,
kolamnya tak best la kalau bagi budak budak. just PLAIN KOLAM..tak fancy..takdak mushroom keluar air, tak dak sotong..etc etc..
Aku,
malam utk keluar makan sahaja..adalah ambik satu dua..BLURRR sikit..tu yang tak letak tu
tasek,
PULLman..nama omputih..
salam hidayatun
pernah singgah satu masa dulu...pastinya sekarang jauh berbeza dari masa tu...
PULL-MAN...
Tang mana dia 'pull' tu ek?
(Tasek suka soklan cenggini, nih aku tolong tanyakan bagi pehak dia...)
Azani,
dulu tu macam lama je bunyinye..
PULLMAN ni baru tahun lepas je buka..
AKU,
tang pintu masuk la.
Post a Comment