Tangan merupakan salah satu anggota badan.
Tanpa tangan maka betapa susahnya seseorang itu untuk membuat kerja kerja contoh untuk menulis, mengambil barang, mengangkat barang, untuk makan, untuk minum hatta untuk membasuh UH UH sekalipun mestilah anggota tangan lah yang paling berguna.
Kita diajar semenjak dari tadika lagi bahawasanya kalau makan, gunalah tangan kanan dan kalau nak mencebok UH UH gunalah tangan kiri.
Pada tangan, terdapat anggota sendi yang bernama siku dan ianya merupakan anggota persilatan paling OOMPH dan kuat sekali especially di waktu waktu nak menyiku orang yang menyerang hendap kita dari belakang!!
Di tangan juga terdapat jari jari yang halus, runcing dan teramatlah berguna.
Tanpa jari maka kemungkinan besar entry ini tidak dapat ditaip kerana anggota jarilah yang memainkan peranan besar untuk menaip huruf di keyboard laptop ini.
Jari jari ini walaupun tidak runcing, mulus mahupun gebu tetapi amat berguna ketika memegang peralatan dapur untuk memasak makanan kepada keluarga.
Aku pernah melihat mereka yang tidak berjari memegang cawan atau gelas untuk minum. Kelihatannya begitu belas sekali. Begitu juga bagi mereka yang tidak berjari kelihatan begitu susah untuk menyuap nasi.
Jadi bersyukurlah kalian yang mempunyai anggota tangan yang berketiak, berbahu, bersiku dan berjari ini!!
Wahhh...intro nak khabor pergi nengok orang main bowling jerr..tapi siap penerangan tentang anggota badan yang bernama tangan pula.
OH YA...jangan lupa..
TANGAN - juga adalah salah satu anggota wudhu' dan tayammum.
Kalau berwudhu' basuh tangan hingga ke siku..jangan memandai sampai ke ketiak pula!
Begitu juga bertayammum...sapu debu sampai siku.
Sebelum berbowling, pastikan perut berisi dan badan bertenaga.
Sebab takut takut kalau kalau tak larat nak mengangkat tangan pula.
Ingat ye..
Makan kena guna TANGAN KANAN!
Sebab takut takut kalau kalau tak larat nak mengangkat tangan pula.
Ingat ye..
Makan kena guna TANGAN KANAN!
Jemput jemput...jangan malu malu..
Selamat datang, welkam!!
Selepas makan, sekiranya anda ingin participate dalam acara ini maka boleh lah jengok jengok kawasan di sini. Tetapi kalau anda seorang REGULAR pastinya anda mempunyai kelengkapan sendiri yang dibawa SIAP DALAM BEG BERODA LAGI!!
macam PRO la..
macam PRO la..
Fulamak!!!
Pantang pelawa...
apa apa pun...Pantang pelawa...
Kengkawan sekelian, perlu diingatkan, kalau dapat STRIKE sekalipun tak perlu le kita berHIGH FIVE dengan kaum yang berlainan jantina.
Jagalah anggota TANGAN kita supaya tidak menyentuh KULIT KULIT yang TIDAK LAYAK disentuh...
Okay...sebagai peringatan buat yang terLALAI ataupun terTAK TERINGAT ataupun ter TIDAK TAHU...
Aku kata 'TERRRR' sebab perkataan 'TERRR' selalunya di associate dengan perbuatan 'TIDAK SENGAJA'.....dan mungkin boleh dimaafkan!
.
.
.
.
Kalau SENGAJA, macam mana?..... Ahakss!
sekian
7 comments:
aku nak tanya.
pompuan mana yg dah terhi-5 dgn laki ko ni kak...?
he he.
.
hikssssss...ingt bowling ingt longkang...aku n longkang sgt sinonim kak....ibarat air dicincang takkan putuss....hahaaa..
selalu sangat berhi5 berlainan jantina tu yang selalu jadi high tu...
tak berapa reti main bowling la..
kalau main baling tin ke.. baling selipar tatseng ke.. mmg strike! kehkehkeh!!!
salam hidayatun
golek bola macam kelapa...tak reti buat style shalin..
kak,
jari jemari runcing juga buat mengorek 'lombong' bijih...
Tas,
haha..aku dah boleh syak kau akan mengesyaki sesuatu...
Takkkk..tiada siapa BERANI menghigh-5 ngan bapak budak budak ni.
Ni peringatan untuk bapak dan mak budak budak lain..
azza,
ko bersaudara ke dengan longkang bowling tu zah..BIOR bebenor!!
DrSam,
hohoho..bahaya tu..peringatan buat semua!
kakngah,
sila berlatih dengan gigih..
azani,
buat la senaman ala ala SHAOLIN..
InsyaAllah Shalin pun boleh respek nanti.
Aku,
SILA BASUH TANGAN SEBELUM MAKAN!
Post a Comment