Wednesday, January 19, 2011

Terkilan..

Salam,

Kelmarin di FB, seorang daripada Pakcikku yang hanya tua setahun dariku telah membuat satu nota. Nota yang mengingatkan kami tentang tarikh keramat 18 hb Januari 2006. Tarikh di mana Nenda sebelah bondaku telah kembali ke Rahmatullah.

Benar, setiap yang hidup pasti akan mati.
Setiap yang bermula pasti akan berakhir.
Dan setiap jiwa yang dicipta ini pasti akan kembali jua kepada Empunyanya.
Tiada siapa yang mempunyai kudrat untuk menahannya.
Begitulah jua perginya seorang Nenda yang tercinta, kembali menghadapi Ilahi pada tarikh itu.

Namun apa yang menyedihkan ialah nendaku ini kembali dalam keadaan menyayat hati.
Dilanggar lari dari belakang sewaktu menunggang basikal oleh sebuah lori pasir 1 tan yang melalui kampung kecil yang agak sunyi itu. Perlanggarannya itu pula di saksikan sendiri oleh salah seorang pakcikku yang ketika itu sedang berdiri tidak jauh dari tempat kejadian.

Biarpun lori 1 tan itu cuba dikejari oleh pakcik aku dengan menaiki morosikalnya namun dia tidak berjaya memberkas orang yang bertanggungjawab melanggar Nendaku.
.
.
.
Aku tahu cerita ini adalah ulangan...aku pernah menceritakan perkara yang sama dalam sebuah entry sebelum ini.
.
.
.
.
Namun rasa terkilan tetap ada.
Kemaafan mungkin agak sukar kerana orang yang melanggar tidak pernah memohon maaf atau juga dihadapkan ke muka pengadilan.
.
.
.
Begitu senang jiwa seseorang diragut tanpa rasa bersalah.
Begitu senang membuat kesalahan tanpa mohon sedikit kemaafan.
.
.
Biarlah Allah sahaja yang memberi balasan kepada kamu.
.
.
.
Dan kamu pastinya TIDAK AKAN SENANG dalam hidup kamu, wahai pembunuh!
Allah MAHA ADIL...dan DIAlah sebaik baik PEMBERI PEMBALASAN!
.
.
sekian

8 comments:

kucingorengemok said...

macam mana agaknya driver² langgar lari boleh tidur malam...? tak mimpi buruk ke, ek?

Nizam.Ariff said...

Dia pasti rasa bersalah seumur hidupnya...

ASH said...

KOG,
nightmare lebih dari kat ELM street..aku rasa..

Aku,
Unless orang yang perutnya jenis perut HIJAU!..

ibundo said...

aku rasalah kan.. pemandu tu seumur hidup mempunyai guilty concience.
Alfatihah buat nenda ko.

Insyirah said...

serahkan pada ALLAH utk menghukumnya.

sabar ya kak..

ASH said...

kakpah,
kalau orang Islam yang langgornya..paling paling tidak masa hari raya mesti dia terkonang konang..
.
.
kalau orang bukan Islam, ontah la...

Lavender,
err ya benar...
eh, Raya Gong Si fa Chai ni ko bagi ang pau kan?
hehehehe..
minta sekeping!!

Norazah said...

Ashley, lama tak berbicara. Saya pun baru kehilangan abang. Kematiannya mengejutkan semua kerana secara tiba2. Malahan masa malam tu, dia sempat pergi kenduri. Kul satu pagi dia meninggal. Jika dia meninggal kerna .......orang, hanya Allah sahaja yang akan membalasnya.

ASH said...

Norazah,
kematian adalah pasti..sebab musababnya sahaja yang berbeza.
Al fatihah..moga mereka yang dah pergi berada dalam kesejahteraan Allah.