Thursday, January 06, 2011

Mari cermin muka kita..

Salam,

Aku nak tulis semula penulisan yang dipetik dari sebuah buku bertajuk " I LOVE YOU TOO" karangan Badrul Hisham Shari. Aku tak nak buat karangan sendiri hari ini. Aku copy direct jer...UNTUK TATAPAN semua. Lepas baca satu bab ni, kalau nak beli buku ni, silakan lah..
Kasi promo sikit.
Buku ni funny but sinis serta menarik.

Kita selalu kata pada anak anak, kalau kamu semua tak berbakti pada orang tua, ertinya kamu anak derhaka. anak derhaka tak layak cium bau syurga. Oleh itu, kalau nak selamat dunia akhirat, taatlah pada aku ( ibu ayah). Berbuat baiklah pada aku. Pastikan hak hak aku sebagai ayah dan ibu ni tertunai. Faham anak anak?

Wah, bukan main bersemangat kita mengingatkan anak anak dan bukan main marah kita kalau budak budak tu tak nak dengar dan taat pada kita. Tapi, pernah tak kita fikir siapa kita untuk ditaati dan dihormati oleh anak anak?

Untuk menjawab soalan ini, mari kita buat u-turn dan sama sama lihat sikap kita terhadap ibu dan ayah kita di belakang.

Sudahkah kita menjadi anak anak yang soleh dan solehah terhadap mereka? Sudahkah kita menjadi anak anak yang mentaati dan menghormati kedua dua ibu bapa kita? Sudahkah kita mendoakan kesejahteraan mereka setiap kali selepas solat? Sudah atau belum?

Kalau jawapannya masih lagi tidak jelas, mari kita pusing 180 darjah ke arah muka anak anak kita yang kita selalu beri amaran itu, dan jawab soalan ini. Wajarkah kita ditaati, disanjungi dan dihormati oleh anak anak sedangkan kita sendiri gagal berbuat demikian terhadap orang tua kita?

Kita selalu membebel pada anak anak dengan mengungkit sikap sikap mereka yang tak baik itu. Tapi, siapa yang bertanggungjawab utnuk menjadikan budak budak itu anak anak yang mengenang budi dan taat pada kita? Tanggungjawab kita, bukan? Sudahkah kita tunaikan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa sebelum kita minta mereka bertanggungjawab ke atas kita? Sudahkan kita ajar mereka dengan ilmu agama secukupnya? Kalau sekadar melepaskan tanggungjawab tersebut kepada ustazah dan guru di sekolah, ITU BELUM CUKUP!!

Kita sendiri kena pastikan dada anak anak kita dipenuhi ilmu agama dan dipraktikkan pula di rumah. Jangan pula kita hambat mereka kerana tak sembahyang sedangkan kita sendiri MELENGAH LENGAHKAN SEMBAHYANG. Kita kenalah jadi contoh ikutan atau ROLE MODEL utnuk mereka ikuti.

Apabila sebab bab ROLE MODEL ni maka ramailah ibu bapa yang garu kepala. Maknanya susah nak jadi ROLE MODEL ni. Kalau setakat membebel bebel sampai berbuih air liur pada budak budak tu, semua orang boleh buat!

Haa..Kalau kita sendiri tak mampu nak jadi ROLE MODEL dan memenuhi tanggungjawab kita terhadap mereka, maka janganlah mudah melatah apabila anak anak kita tak reti nak tunaikan tanggungjawabnya terhadap kita, tak reti nak berdoa untuk kesejahteraan kita, tak reti nak meletakkan kita di tempat yang tinggi selepas ALLAH dan RASULNYA.

Apa yang dia mungkin reti ialah menyediakan kediaman khusus yang istimewa buat kita yang dah tua dan nyanyuk. Di rumah tu kawan ramai, pengasuh pun ramai. Pendek kata, macam macam ada! Yang tak ada cuma kasih sayang seorang anak.


Begitulah penulisan yang dipetik dari buku " I LOVE YOU TOO" .
Menarik bukan?
SINIS..penuh sindiran.

Kita memang begini.
Kesalahan orang lain samada anak, isteri, suami, kawan dan orang lain memang senang kita nampak. Tapi kalau kesalahan diri sendiri MEMANG SUKAR KITA AKUI!!

Kita selalu inginkan orang berbuat baik pada diri kita, bercakap lembut dengan kita tapi kalau kita sendiri bercakap kasar dan menengking orang lain, siapa yang nak hormati kita?

Kadang kadang kita memang senang memuji anak anak, isteri atau suami orang lain dan begitu mudah berbuat baik pada orang luar berbanding orang yang tinggal bersama sama dengan kita..MENGAPA?
AMBIL CERMIN, lihat diri?
APAKAH LAYAK DIRI KITA DIPUJI, DISANJUNGI, DIHORMATI kalau dengan ahli keluarga sendiri kita kasari?
Fikir fikirkanlah...

p/s

Tak suka kan kalau kita tengok jiran suami isteri bergaduh.
Nak nak pula depan anak anak...
Bagaimana perasaan anak anak tu kan?
Suami tak reti nak rendahkan suara.
Isteri pun sama.
HANTUK KEPALA baru TAU!!


sekian



2 comments:

Gurindam Jiwa said...

Tak kan hantuk kepala kot? Lagi tinggi la suaranye nanti, he he...

ASH said...

GJ,
Kut kut le boleh....kan? kan? kan?