Monday, January 24, 2011

The Return of Back-Ouch-Ton in the Highland..


Hari tu masa Encik Hafiz Hashim bermain secara hampes dan tidak secara berhempas pulas di gelanggang Malaysia Open 2011, aku rasa macam nak suruh orang sebelah aku jer pergi ganti dia..
hahaha

Tetapi malangnya bila aku belek belek balik kayu pemukul bulu tangkis...errr orang panggil rakit?..reket?... raket? nya maka aku dapati sudah tiba masanya lah ianya dipergunakan semula!!

WEHHHH HAI ...terbersin sepoloh kali!!

Korang kena faham...
SiDia telah menjadi pelajar semula pada setahun yang lalu maka secara logiknya segala TENAGA PEMIKIRAN DAN PUSAT TUMPUANnya adalah mentelaah dan mengkaji serta meneliti nota nota pengajiannya. Oleh itu adalah tidak berupaya baginya untuk berfoya foya bersama teman teman seperjuangan di gelanggang seperti tahun tahun sebelumnya!

Tapi Alhamdulillah di hujung minggu yang lalu, siDia bersama segelintir anak beranaknya dan juga sebilangan rakan taulannya telah memecahkan tradisi pengunjung pengunjung yang datang ke tanah tinggi pusat penanaman teh terkemuka ini.

Secara umumnya kita selalu berkunjung ke ladang strawberi, ladang teh, ladang sayur, taman bunga....etc etc etc bila ke sini...tapi kali ini satu kelainan telah dilakukan sebagai pemecah tradisi.

Siapa yang rasa THRILL nak pergi dewan ini untuk MAIN BADMINTON setelah menempuhi jalan yang berbiku biku serta mabok mabok dua tiga round sepanjang perjalanan?
Sila angkat tangan???
hehehehe

.
.
.
.
Gambor bunga yang diselitkan ini ditanam di luor dewan.
Wanita dan bunga secara amnya tidak dapat dipisahkan..
hehehe
Sengaja aku selitkan gambor bunga supaya komer dapat menikmati keindahannya kerana selepas ini VISUAL adalah kurang memuaskan.
Jadi jangan betulkan laptop atau komputer anda!
Masih banyak yang perlu aku belajar bab PHOTOGRAPHY so maapkan aku..



Kegigihan para pemain!!

Kecekalan anak beranak!!

Ketangkasan melakukan WARM UP!



Takkan CHINA nak bolot 4 TITLE!!
Apa barang?????
KAN?



Hello!! Helllooooooo!!
Kepada pasangan beregu kita, sila beri perhatian SERIUS okay?
Majulah sukan untuk negara..

sekian

8 comments:

Insyirah said...

berege campur ke? mesti partnernya akak kan? kihkihkih..

Nizam.Ariff said...

Kak, gambor akhir tu macam orang main takraw jer... hahaa

tasekM said...

aku dah lama sgt tak main badminton ni kak. tak dak geng.



.

Gurindam Jiwa said...

Mlm ada mintak urut ka?

ASH said...

Lavender,
aku memang dah spare kasut sukan dalam kereta, malangnya...MEM MEM yang lain berkejar kejaran di kebun bunga!!guano??

Aku,
kira skill Takraw pun sekali das dipersembahkan..okay la tuuu..

Tas,
Eh, meh datang Bangi..ajak Tijah ke sekali, kakpah tu boleh juga tu..
kita wat tornemen!! hahaha

GJ,
Urut tu dah macam WAJIB!!Bukan sekadar Sunnat lagi....

aza ni said...

salam hidayatun
dah sportsman...mana mana pun boleh...janji ada gelanggang...

DrSam said...

ini latihan serius berprestasi tinggi ni. Ada can masuk olimpik ni :)

ASH said...

Azani,
sportman tu takder le sangat...tapi minat tu ada le kut

DrSam,
hah...dah terlambat..umur dah melebihi had UNLESS they all offer untuk warga VETERAN punya olimpik..mungkin sesuai