Friday, January 21, 2011

Kisah buta perut lagi..

Salam,

Komer ada baca tak dalam surat khabor kelmarin pasai satu eksiden kat lebuhraya.
Alaaa kisah kereta yang bawa kotak duit syiling tu la..
Habes duit syiling dia berterabur tengah jalan, tepi jalan pastu terpelanting masuk dalam poket orang SECARA TIDAK SENGAJA....
.
.
.
"Yang terpelanting masuk poket secara tidak sengaja" tu ayat EKSAJERIT!!
.
.
Apekejadah punya buta perut, buta hati, buta akal kan?
Udah le si pemandu tadi tu eksiden.
Harta mender dia rosak pastu ada pulak mangkuk mangkuk ayun yang aku kira mesti buta perut habes, pi sapu pula harta yang dia dok bawa tu!
.
.
.
HOOOOOIIII!!
Apekejadah merompak siang siang hari depan owner dia.
WALAUPUN HANYA DUIT SYILING, korang takdak hak ambik, TAU!!
KEBULUG bebenor..ngambik harta orang lain secara terang terangan!!
.
.
Shame on you guys!!
Kalau ada yang balik rumah, bagi kat anak anak buat belanja pergi sekolah, siap lah...
MESTI BELAJOR TAK BERKAT!
Harta yang haram tidak akan membawa keberkatan kepada orang yang memakai dan menggunakannya.
Orang yang bawa duit syiling tu merayu rayu cakap jangan ambil..tapi komer ambil juga!
.
.
.
Kalau ada yang rasa bersalah...sila pulangkan semula.
.
.
Kalau komer beragama ISLAM lagi patut rasa MALU!
MENCEMARKAN NAMA BAIK JER!!
Cisss...

sekian

4 comments:

makcikkantin said...

Cis bedebah betoi org2 tak da otak ...suka ambik kesempatan ni kan?

ASH said...

mckantin,
orang yang eksiden tu mujur hidup lagi....
kalau mati?

Norazah said...

Mereka sanggup gadai nyawa utk memunggut duit syilling tersebut, malahan tak malu walau gambar diambil.

ASH said...

Azah,
apo nak dikato..
manusia memang macam macam ada