Saturday, January 15, 2011

Debor hati den...

Salam,

Okay... kita tinggalkan kejap karangan nostalgik aku berjodol " Di suatu malam di tempat yang bersalju putih" itu.
Ada berita terkini yang ingin dikongsikan ngan kengkawan.
.
.
.
Pagi ni gua sama sama kawan kawan gua ada meeting meeting sama itu Atuk Faris dan Nenda Qaisara. ( pesen gua gua pulok dah...jangkit TM le nih )

Ketipang ketipung Atuk Faris bertazkirah pasal kerja Haji sekojap di awal meeting.
Dapat le tempias sedikit sebanyak ilmu....sikit jerr..tak banyak!!!
Kalau banyak banyak, nanti ada yang terlolap kang.
Nak nak pula di musim musim sejuk yang menyucuk sehingga ke tulang sum sum ini!! haha..

Lepas habis bertazkirah, Atuk ulang suara tentang SOP.
Apo mondo SOP?
SOP tulang?
SOP ekor?

"Ek eleh....", kata Atuk Faris.
"Berapo kali dah aku cakap pasal SOP ni.
Ada lagi yang terconggang conggang. "
.
.
.
wakakaka...
Mula mula dia sebut ES-O-PI...
Aku dongar macam dia nak AIS KOPI!!
Apo mondo pagi pagi hari, sejuk sejuk mintak Es KOPI pulak kan?
S-O-P ialah Standard Operating Procedure...
Apo bondo?
Sila masuk kerja, InsyaAllah tahu la!!
.
.
.
Abih meeting, seperti biasa, dijemput makan ke rumah Atuk Faris dan Nenda Qaisara.
(nampak cam glemer le pulak Kakpah di panggil Nenda Qaisara - ala ala cerita drama gitu)

Pulut kuning sama nasi impit berkuah sambal dan rendang ayam.

Gua tak main la makan nasi impit.
Gua tibai pulut kuning ngan rendang ayam la.
Siap bawak bekal balik lagi...lalalalalalala...anak gua ramai!!
.
.
Sekali sampai rumah gua nampak sampul surat putih yang besar TERSELIT di celah peti surat. Hati gua banyak debar bila tengok surat bertitle URUSAN SERI PADUKA BAGINDA!!
.
.
.
ALHAMDULILLAH..
Tercapai juga hasrat anak gua yang namanya HUSNA itu!!
Syukur..
.
.
Bukan senang wehhh...
Wa pun talak sangka wooo!!
Harapan gua..eh tak sedap aahh guna gua gua pulok..
.
.

Harapan ayahanda dan bondanya agar Husna akan terus cemerlang di dunia dan di akhirat.
Lebih lebih lagi di akhirat, InsyaAllah.
.
.
sekian

10 comments:

ASH said...

ini kira cam hadiah hari ulang tahun pak dia la ni...
.
.
psstt..ada orang suruh buat kenduri kesyukuran...
sempat ke?
.
.
daftar diri 7 hb February!!
tetiba wa rasa macam nak minta tangan extra untuk tolong wa!
.
.
tolong tolong tolong...

tasekM said...

habaq la bila hang buat kenduri. aku pi la tulung. sungguh ni...

tahniah ye Husna!




.

ASH said...

tas,

bersusun barang yang nak kena beli..
pastu mak aku kat kampung pulak ada kenduri kahwin gak..5 hb tu..
time time raya china.
.
.
celah mana aku nak merancang buat kenduri?
huwaaaa..ada 2 3 minggu ja ni!!
.
.

BTW semua guna FULUS...
FULUS pulak dah macam tinggai seredak ja!!
hahaha...

Insyirah said...

Ada fulus semua bleh settle.. :)

Tahniah kak hida...tahniah husna.. :) :)

ASH said...

Thank you Lavender..
Fulus banyak keluar la time buka sekolah..I tell you..tapi alhamdulillah kita orang masih makan nasi..tak makan seredak biskut kering!!
hihihi

aza ni said...

salam hidayatun
semoga hidup di SBP akan menjadikannya matang dan berjaya....cuma khuatir ibunya yang tak kering air mata bila rindu anaknya nanti.....
apapun....pakcik ucapkan tahniah husna....

ASH said...
This comment has been removed by the author.
ASH said...

Azani,
SBP ni dokek jo..ujung minggu boleh jengok hah..
terima kasih atas ingatan.

ibundo said...

aku macam dah ternampak2 dah tiap2 minggu hang pegi bekelah kat labu. Dokek jer weh..
tahniah husna.

ASH said...

Berkelah?
hahahha..
.
.
.
teringat zaman aku sekolah dulu..tak pernah merasa berkelah dalam kawasan sekolah.
tengok kengkawan jer laa...
.
.
thanks kakpah!