Salam,
Kawan kawan, hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk " Wat gos araun.."
Begini ceritanya....
Pada suatu waktu, semasa seorang nenek dan cucu serta cucu menantu pompuannya hendak naik kapalterobang tiba tiba mereka mendapati cucu lelakinya itu terpaksa duduk berasingan.
Cucu menantu pompuannya dan nenek itu duduk di bahagian tengah kapal terobang manakala cucu lelaki duduk bersama dua lelaki lain di seat bersebelahan.
Ada 4 seats di tengah tengah itu.
Oleh kerana cucu menantu pompuannya itu sedang mengandung maka dia memilih seat yang hujung sekali bagi memudahkannya keluar masuk ke tandas!! hehe..
Maka nenek itu pun mengambil seat yang kedua.
Tidak berapa kemudian datanglah dua penghuni seats yang ada dua lagi.
Sepasang suami isteri yang agak bergaya sekitar umur awal 50 an.
Si isteri melihat nenek dan cucu menantu pompuannya itu.
Suaminya menyuruh dia duduk di sebelah nenek tadi tetapi dengan memek muko yang agak EKSYEN, si isteri enggan menurut perintah suami.
Maka terpaksalah si suami duduk di sebelah nenek tadi.
ISH ISH ISH..
Apalah salahnya siisteri duduk di sebelah nenek itu.
Bukannya nenek itu ada kuman H1N1 pun.
Tak baik tau..
Cucu menantu nampak reaksi muko si isteri.
Nenek tu memang la tak nampak sebab dia dok suspense nak naik kapalterobang buat pertamakali dalam sejarah hidupnya.
Apa yang dilecehkan sangat duduk di sebelah orang tua berusia70 tahun?
Orang tuo itu dulu pun pernah muda.
Orang tuo itu pun dulu pernah cantik.
Orang tuo itu pun ada kelebihannya.
Mungkin pompuan itu tak tahu bagaimana sedapnya kuih seri muko nenek itu.
Mungkin pompuan itu tak tahu bagaimana enaknya gulai ikan sembilang laut nenek itu.
Silap silap haribulan pompuan itu nak menyiang sembilang laut pun tak tahu.
.
.
Wahai pompuan ingatlah yo..
Suatu hari nanti engkau juga akan tuo.
Apa rasanya pulak kalau orang lain buat macam tu kat ekau.
Baru ko tahu nanti..
Apa orang putih kato...
Hmmm...
wat gos araun kam araun..
wat kam araun gos araun..
macam bunyi cakap SIAM jer.
gitu la lebih kurang..
.
.
.
.
sekian sahaja cerita di musim cuti sekolah ini.
5 comments:
rasa macam baca blog tijah pulak, hehe
KOG,
adik beradik sepusat sepusing,
pak lain, mak asing asing..
Kak, bukan itu sebab utama kenapa bini dia tak nak duduk sebelah nenek tau tu.
Sebenarnya, dia tak nak laki duduk sebelah cucu pompuan tu...
hahaha
nizam, aku syak ko bayangkan kedudukan kerusi yg salah. he he.
kak, patutnya kan. suruh nenek ambil seat cucu menantu. dan cucu menantu duduk kat seat nenek tu.
dan.
sila pegang2 tangan laki pompuan tu.
hahaha....
betul ke kedudukan seat yg aku bayangkan nih...?
.
AKU,
CUCU POMPUAN duduk hujung kerusi.Sebelah kanan adalah laluan untuk pramugari dan pramugara lalulalang. Sebelah kiri tempat duduk cucu ada 3 kerusi.Kerusi pertama di kiri cucu pompuan, nenek dah duduk. So bila kapel 50an tu datang, they were on the other side.Jadi bini dia dok kerusi hujung yang lagi satu. Sila buat imajinasi yang bagus.
TM,
ko punya imajinasi SELARAS dengan kedudukan tempat duduk.
kalau cucu menantu pompuan tu buat macam yang hang seges ALAMATnya tak sampailah mereka semua ke destinasi.KAPALTEROBANG GEGAR!!
Post a Comment