Salam,
Tengahari tadi seorang kawan menghantar message.
" Hida, cikgu mat Hashim @ cannon dah tak dak sat sat nih"
Cikgu Mat Hashim atau lebih dikenali di kalangan pelajar sekolah aku dengan nama gelaran "Cannon" telah kembali ke Rahmatullah tengahari tadi. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital USM, Kubang Krian, Kelantan.
Guru yang pernah mengajar di Sekolah Menengah Sains Perlis suatu ketika dulu adalah seorang guru yang penuh dedikasi.
Dia agak terkenal kerana mempunyai suara yang garau dan kuat sehingga digelar CANNON. Dia juga seorang jurulatih pasukan bola tampar dan pasukan tenis sekolah kami.
Matapelajaran yang diajarnya ialah GEOGRAPHY.
Walaupun dia hanya mengajar kelas aku selama 2 bulan sewaktu di tingkatan 2 namun kesan pengajaran sungguh terasa.
Aku tak berani untuk mengantukkan diri..hehehe..
Dengan suara nya yang seperti halilintar menyebut perkataan "OSSSSTRRAAAAALIAAA..OSSSSSTRAAALIAAA.. "mana mungkin aku dapat tersengguk dan terlena!
Sebenarnya dia telah kehilangan sebelah kakinya akibat diabetes beberapa tahun yang lalu. Apabila sahaja kami mendapat tahu isterinya kembali ke Rahmatullah secara tiba tiba lantas kawan kawan yang rapat dengan cikgu ini berusha untuk menziarahinya pada awal tahun ini. Ada 5 orang kawan kawan dari batch aku yang telah berjaya menziarahinya. Mereka berpakat untuk mencarinya di Kelantan sana. Alhamdulillah..
Cikgu Mat Hashim dijaga dengan baik oleh anak perempuannya setelah dia kematian isterinya. Dalam usaha ASPUTRA ( persatuan Alumni sekolahku) melancarkan tabung membantunya dari segi perubatan dan kewangan tiba tiba dia telah dijemput Allah terlebih dahulu.
Allah lebih sayangkannya..semoga dia dirahmati di alam sana.
Amiin..
sekian
7 comments:
al-fatehah untuk bekas guru mu kak.
moga dia di tempatkan dalam kalangan mereka yang beriman...
wei..kutuk ayat akuuuuu...hahahaha.
Cikgooden,
Amiinnn...
ayat baek baek tu..
takkan nak kutuk..
al fatihah--
bukan senang nak dapat cikgu yang best
alfatihah.
cikgu cekguden jugak yek...?
.
anjang,
memng benar.
TM,
wei tasek..
cikgooden bukan junior sekolah aku..
dia junior sekolah SUAMI aku..
hi3...ososssssooooo
CT,
apo yang funny nyer tu..
Post a Comment