Tuesday, November 23, 2010

TOKOJUIT DEN..

Salam,

Hari ni den cuba mengisi ruang ruang yang terluang dengan membaca.
Baek la sikit den hari nih kan.
Den pilih web yang lebih ILMIAH.
Pilih Us Zaharuddin.net punya web.
Yo la....dari menganga kat depan TV lebih baik kasi otak den berfikir sikit.
Kalau biar OTAK den tersadai, kang lamo lamo berkarat habeh!
.
.
.
.
Bual bicara di Us Zaharuddin punya net ni banyak juga topik topik menarik.
Antara topik yang membuatkan den berfikir dan berbincang secara email dengan PAKWE den yang kat opis tu. hehehe..
(Wahhh online juga PAKWE aku tuh..!!)

Topik yang den terlintas nak menengok ialah CERAI BERLELUASA.

Uikkss...
yang menariknya statement statement dan kajian kajian dalam topik ini ialah...
DEN QUOTE ja lah ek?

1) Pendedahan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 2008, tempoh selama sepuluh tahun perkahwinan amat kritikal sekali kerana potensi penceraian adalah besar.

2)
2007, Jakim mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian. Bagi tempoh enam hingga sepuluh tahun pula mendapati 27.7 peratus bercerai.

3)
Apabila wanita sudah berkerja dan berpendapatan sendiri, mereka tiada lagi punyai masalah untuk bercerai, hasilnya berdasarkan kajian Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin, trend perceraian bagi tempoh 1998-2002 menunjukkan, hampir 70 peratus kes perceraian di Kelantan, Johor dan Terengganu dipohon oleh wanita (isteri).

4)
Apabila wanita kelihatan berjaya menampung keperluan dunia pekerjaan, tentunya kemampuannya mengurus isi rumahtangga menyusut, ketika itulah peranan lelaki diperlukan, tapi sedikit malang apabila lelaki terus terkebelakang.

.....dan banyak lagi la mender mender yang dibincangkan di sana tu.
Korang buka dan baca la kalau nak kasi SINAPS di otak korang pancar pancar sikit!

Aku heran juga. Kenapa rumahtangga pada awal 5 tahun tu agak kritikal?

Patutnya muda muda, wangi wangi serta masih comei comei lote lagi, tak sepatutnya menimbulkan gegaran besor dalam pengkemudian rumahtangga?
Kecantikan pada isteri, kekacakan pada suami sepatutnya DIPERGUNAKAN SEWAJAR dan SEPENUHNYA untuk menarik magnet hubungan suami isteri.
( yo laaahhh aku tau...Kemesraan suami ngan isteri bukan hanya sekitar hubungan seks semata mata!!)

Tapi itu adalah salah satu daya penarik hubungan suami dan isteri.
Kenapa pada rumahtangga yang berusia muda sebegini yang banyak berlaku kes perceraian?
.
.
Hmmm...tu la pasal..KORANG YANG MUDO MUDI kena respek orang orang VETERAN yang dah doploh, tigapoloh, patpoloh tahun melayari rumahtanggo!!
.
.
Korang kena perati sikit cara kemesraan orang tuo tuo yang dapat kekal lama tuh!
Buek malu jo kalau ghopa isteri cantik, lawa, suami lak hensem mensen , duit berketui, kereto menjalar tapi rumahtangga TUNGGANG LANGGANG!
hehehe..kan nak kena SOUND!!
hahaha
.
.
Aku tanyo la PAkwe aku...sembang sembang sikit kat email.

Nak tau rahsie orang tuo tuo dolu dolu?

Ini jawapan yang pakwe den kasi :

" Makin lama … makin mahir nak bagi wangi

…..makin skillful mengurut

…..makin manja

…..dan macam-macam lagi

Tuuuu yang bahagio tu "


P/S

AKU TAU LA HANGPA NAK GELAK KAT AKU!!

hehehehehehe...

....tapi sebonarnya ada banyak ruang/suasana/situasi/keadaan dalam rumahtangga yang perlu diteliti dan sama sama dipikul dan ditangani oleh kedua dua suami dan isteri.

sekian





No comments: