Monday, November 08, 2010

Tok dan Mak...

Salam,

Hari Sabtu kelmarin balik Ipoh.
Sebelum tiba di Ipoh singgah kat Sg Klah.
Berendam dalam air panas HOTSPRING kejap.
hehehe..
.....sempat jugak tu.
.
.
Tiba di Ipoh around jam 4 petang.
Tok ngan Mak tengah baring baring.
Stail orang veteran yang dah tak der pasangan hidup...
...nak buat apa lagi time petang petang kan?
.
.
Kat depan rumah ada kereta.
Kereta Paksu Ajib, adik lelaki suamiku yang berumur 25 tahun itu..
Pintu rumah tak kunci pun.
Pak Su nya tak nampak bayang pun
Mesti keluar jenjalan ngan kenkawan.
ORANG BUJANG!!
Gitu ler..

" Assalamualaikum..." laung cucu cum cicit yang hanya 3 orang itu. ( tapi bukan cucu cum cicit yang dalam gambar di atas)

" Waalaikumussalam..." sahut ibunda yang keluar dari bilik sambil membetulkan kain dan rambut yang kusut.

" Aman ngan Hidayah ka?" tegur satu suara yang cukup familiar. Suara Tok dari kamar usang yang redup dan kurang kemasukan cahaya.

"Hmm..ya kami ni ngan 3 anak sahaja"

" Tok dok tunggu la...mana Aman ngan Hidayah tak balik balik"

.....aku dah agak lama dah dalam hati. Tapi setiap minggu ada ada saja program yang MENYIBUKKAN kami berdua.

" Nanti Tok nak ikut ke Bangi. Boleh suruh orang mengurut. Kut kut boleh berjalan semula"

Harapannya terlalu besar.
Cuma kuasa Allah sahaja yang boleh menyembuhkannya.
Di kala umurnya yang telah melebihi delapan puluhan itu dan keupayaan tenaga serta otot badan yang mula mengendur dan mengecut, agak sukar untuk mana mana tabib mengubatinya.

Aku melihat otot betis dan pehanya yang sudah berkurang. Hanya bonjolan tulang lututnya sahaja yang kelihatan. Begitulah keadaannya tubuh badan kita apabila sudah berumur dan tidak digunakan. Otot otot ( muscle ) akan mula terhakis. Yang tinggal hanya kulit yang membaluti tulang belulang.

.
.
.
AHAD - 8 pagi.

" Tok nak ikut kami pi Bangi. Mak bagi ke?" tanyaku kepada ibu mertuaku setibanya di kawasan pasar tani.

" Tak payah la kut...Bukan buleh nak ubat lagi dah..." ujar ibu mertuaku.
" Lagipun mak sunyi dok sorang sorang..."

Aku diam...pandang suami yang juga hanya mendiamkan diri.

AHAD - 10 pagi

Tok dah ready dengan meyumbatkan segala baju bajunya ( walaupun banyak yang dia tak pakai dah pun) ke dalam begnya.

" Mak bagi Tok ikut ke?" tanya aku pada suami.

" Mak bagi..."

"Errr..mak ikut juga?"

" Mak.....tahu tahu ajer la"
.
.
.
.
Sekarang Tok ada di rumah kami.
Mak?
Mak seperti selalu.
Di Ipoh.
Keseorangan dan kesunyian.


sekian

8 comments:

Dr Singa said...

berani Mak ,kan!!??

kita yang takut pikirkan...

kucingorengemok said...

macam mak we kita dulu kot... betis tinggal kulit dengan tulang, ke mana² mengesot

Nizam.Ariff said...

Itu pun dah kira kuat tu. Kita nanti tak tau la macam mana, makan tak berpantang... tibai semacam jer. Lepas ni aku nak makan ulam pucuk betik dan bunga betik la. Kurangkan cheese...

Kaktiny said...

hotspring.. wow.. ramai yg pi sana kata best.. nanti kita pon nk gi situ laah..

nape mak taknak ikot jugak?..

ibundo said...

kita nanti kalau dah tua-tua gitu tak tau pulak macamana. hmm... itupun kalau sempat nak jadi macam tu...

tasekM said...

aku rasa... aku ni 60 mati dah kot...




.

ASH said...

DrSinga,
berani?
rasanya tak sangat kut...tapi apo nak buek..

KOG,
seghupo la tu..

Nizam,
ha ah..betui tu..umur tak sampai 40 dah sakit macam macam..

Kaktiny,
hotspring tu not so bad..
mak tak ikut sebabnya..dia lebih selesa dok rumahnya sendiri..
macam kita laaa..tak boleh lelama kat rumah orang lain walaupun adik beradik sendiri atau sedara mara sendiri.

kakpah,
tu la pasal..

TM,
ko ni...mana le kita tahu taim bilo nak mati.

Nik Ha said...

ayat last yang menyentuh jiwa tu...doa2 dapat duk dekat dgn mak ayah bila dorang dah uzur