Monday, November 01, 2010

Lain kali kena BREAKFAST dulu..

Salam,

Badan aku rasa macam nak demam.
Tak tahu la disebabkan semalam dan kelmarin punya program kah atau memang urat sarap aku ni dah takleh buat kerja giler giler macam masa umur 20an atau 30an.
hahaha..

Err..sebelum tu mana kopi Zulaikha aku?
Kasi minum dulu.

Pagi tadi aku rasa macam tak nak pergi sekolah.
Badan macam lemah longlai.
Tapi aku capai juga tuala.
Kasi mandi sabun wangi wangi..
Bagi fresh.

MUJUR hari ni budak M tak datang..
Tak der le pening kepala aku sangat.

Kak Ti pun mengadu sakit kepala..
HANGEN satu badan.
Apa ke tidaknya..perut tak diisi sampai pukul 12pm semalam.
Macam aku juga.
Tak breakfast..
Aku tidur pun tak berapa nyenyak.
Memikiorkan geng pelajar kami tu.
macam macam la takutnya..
WALHAL TEDIKA JER KAN?
Cikgi cikgi yang lain pun sama.

Kak Ti dah terjaga jam 5 pagi lagi.
Wani ngan Yati pun sama.
Aku jaga jam 4 am. Pastu tidur semula.
Pastu terjaga balik jam 6.15 sebab suami aku call.
APASAL LAAAA setiap kali program kami semua jadi NEVES cam gini?
Aku, kak Ti, Wani, Yati...dan aku rasa cikgi cikgi di tadika cawangan lain pun sama.
MACAM KAMI JUGAK..hahaha..
Aku rasa laaa.


Program Aulad habis lebih kurang 11.30 am.
Pastu aku kena sambung dengan program tadika PASTI sampai jam 2.00pm.
Hanya sekotak air LAICI SAHAJA yang masuk perut.
By 3 o'clock, aku dah selesai zohor..rasa macam TERKETAR KETAR.
Tadika PASTI kasi nasi beriani ayam.
Aku makan pun rasa macam nak terkeluar balik sebab perut dah masuk HANGEN.
Aku order PIZZA. Bila pizza sampai, aku makan bagai nak rak..
HAH..mujur tak muntah.

letih wehhh..

MORAL of the STORY...
apa apa program, sukan ke, majlis konvo ke, kasihan sama PERUT dulu.
Kasi jaga baik baik.
MAKAN DULU SEBELUM NAK PERGI, kalau tidak...jadilah macam aku ni.
Pening meong meong meong..dan terketar ketar...
Pulak tu silap silap DEMAM.

sekian

5 comments:

Wan Sharif said...

Benar tu.. jaga kesihatan diri baik baik..

Nik Ha said...

Pagi sangat tak lalu lak nak mkn + terkejar-kejar ke tempat kejadian..he..he..tapi walau rushing make sure at least minum segelas milo/susu pun ok dan bawak bekalan sket.kalau sempat boleh curi-curi makan..he..he..ni nasihat kat diri sendiri yg ada gastrik.memang akan terketar2 kelaparan lah kalau tak makan

Kaktiny said...

ni kena banyak rehat nih.. conduct event mmg camtu kan.. penat sgt!.

....kak pah kata cuti 'raya aji' sehari je.. tak aci kan!!.. (hahaha.. dok meracun cikgi kakpah.. walaupun takde kaitan ngan cuti sendiri pon... kehkehkeh). *ampun kakpah*.. hehehe.

zafi said...

salamz sis
sorry ages tak masuk.. been busy with so many things!!! keep in touch ya

ASH said...

Wan Sharif,
ya benar sekali dong.

Nik Ha,
saya selalunya sarapan around 8 something so kalau awal sangat memang takleh nak masuk..
Lepas tu kalau makan, rasa macam nak cari toilet pulak..haha

KakTiny,
saya tak kisah sangat cuti raya haji sebab saya bukan orang sebelah pantai Timur..Hok cikgi lain lain mau nanges guling guling...hahaha

Zafi,
Dah habes ke kerja thesis sakneka bagai mu?
Bila nak balek Mesia?
Study elok elok..
Jadi yang terbaek di antara yang baik baik!