Thursday, November 18, 2010

Apakah nilai satu pengorbanan pada diri..

Salam,

Dalam setiap kehidupan seseorang di dunia ini, kebarangkalian besar dia akan berhadapan atau melalui sebuah pengorbanan yang dilalui oleh orang lain terhadap dirinya. Sekiranya dia tidak pernah berhadapan dengan sebuah pengorbanan maka kehidupannya pasti kurang menyerlah dan tidak diwarnai.

Adakalanya seseorang itu melihat ibunya berkorban demi kesejahteraannya.
Adamasanya pula dia melihat ayahnya berkorban demi kebahagiaannya.
Di masa yang lainnya pula dia merasai pengorbanan adik, kakak atau abangnya demi kegembiraannya.
Seterusnya pula dia mungkin melihat pasangannya (isteri atau suami) melalui jalan jalan sukar demi membina kebahagian dalam hidup berumahtangga.
Pengorbanan memerlukan keperitan, kepayahan, keterlukaan hati dan perasaan, wang ringgit dan adakalanya juga tenaga dan mungkin juga nyawa.

Betapa kikirnya hati sekiranya tidak tersentuh dengan segala penderitaan dan pengorbanan oleh orang lain demi kesejahteraan dan kebahagian kita itu.
Betapa jeliknya naluri kiranya kita tidak merasai keperitan yang dilalui oleh orang lain.
Alangkah hodohnya jiwa sekira diri kita tidak merasa bersyukur dengan segala kurniaan.

Bayangkan pengorbanan dan penderitaan yang dilalui oleh seorang Nabi bernama Ibrahim a.s.
Dari sewaktu mudanya sehinggalah dia menjadi tua, kehidupannya sentiasa diuji.
Melalui zaman mudanya bersama seorang Raja yang zalim dan kejam bernama Namrud.
Diuji dengan melihat ayahnya sendiri menjadi tukang pembuat Berhala.
Diuji dengan ditangkap dan dicampakkan ke dalam api.
Diuji dengan pelarian yang membawa baginda jauh dari negerinya sendiri.

Setelah berkahwin, diuji pula dengan ketiadaan anak bersama isterinya Sarah sebelum mendapat puteranya, nabi Ishak a.s.
Diuji pula dalam perkahwinannya dengan Siti Hajar di mana Allah mengkehendaki baginda menghantar isteri dan anaknya nabi Ismail yang masih kecil ke sebuah tempat yang tidak berpenghuni dan terasing.
Kemudian hati bapa mana yang tidak terusik apabila diperintah Allah SWT supaya menyembelih anaknya sendiri sedangkan anak itu merupakan anak yang baik dan buah hati pengarang jantung baginda?
Semuanya mengugat jiwa, meragut perasaan, mendebarkan hati, dan menduga keimanan...

Betapa semua ini dugaan dan pengorbanan yang hanya dapat dilalui oleh mereka yang mempunyai keimanan yang mantap.

Siapalah kita kiranya hanya diuji dengan mungkin hanya kehilangan wang ringgit?
Siapalah kita yang hanya diuji dengan sekelumit dugaan?

Itu pun kita telah merungut dan bersongel.
Mungkin kita tidak pernah melalui jalan sukar.
Mungkin kita tidak pernah diuji seperti mana ibu bapa kita ynag melalui jalan susah.
Kesenangan hari ini banyak melalaikan kita.

Kita tidak melalui zaman di mana darah manusia tertumpah akibat peperangan.
Kita tidak melalui jalan sukar tidak berkasut dan berjalan berbatu batu di atas tanah tidak bertar ke sekolah.
Kita tidak melalui jalan perit berperut kosong berhari hari seperti mana orang orang tua kita di zaman Jepun.
Kita bersenang lenang di atas keperitan dan pengorbanan mereka yang telah lama pergi.

Apakah erti pengorbanan buat diri kita?

Apakah pengorbanan yang kita telah lakukan demi Agama kita?

Mungkin segala kesenangan yang ada sedikit sebanyak mengalpakan kita.
MUNGKIN!!
.
.
"Maka ni'mat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" - surah Arrahman ayat 13.


sekian

6 comments:

Nizam.Ariff said...

Darah terpalit pada baju singlet.. brutal tu... hehehe

ASH said...

AKU,
tokojuit badak aku..ingat sapo tadi..
wah tuko jadi 'AKU' la pulak budak Nizam nih..
.
.
Sobonarnya aku nak ambik ada satu gambar BRUTAL..
GAMBOR TUKANG SEMBELIH.
Tukang sembelih tu memang mandi darah habess..
Tapi ko tau, aku pulak jadi GERUN.
Sebabnya dah la badan, muka, tangan semua berdarah meleleh leleh..
Lepas habis sembelih, pegang PARANG TAJAM berkilau penuh darah...Muka tukang sembilah pun garang semacam!!
Berani nak suluh muko dia ngan KAMERA lak lagi...???
SERIAU aku!! LANGSUNG TERKEDU!

tasekM said...

nasib baik tak sampai lagi ke bangi semalam, kalau tak lagi penuh la peti ais yu kak.



.

ASH said...

TM,
tu la pasai...
sekilo aku dah pas kat makcik aku..lega la sikit.

Daging ni orang tuo tuo tak boleh nak makan sangat. Kat rumah ada tok mertuo..sian pulok nanti kalau dia dapat bau jer..

Nizam.Ariff said...

Kak, kalaulah tukang semelih tu tetiba pergi melintas jalan raya, mesti polis ingat ada orang mabuk darah, mengamuk... hahaha

ASH said...

AKU,
tau takperrr...
tapi rasa macam rugi tak ambik pula. bukan senang nak suluh senario macam tu lagi.