Tuesday, November 30, 2010

Lantaran itu...

Salam,

Tiba tiba telefonku berbunyi menandakan ada sms masuk.

"Engkau kat mana? Engkau dah dapat berita ke belum?"

" Aku kat Kuantan ni. Berita apa? Mana la aku tahu..."

" Laaa..kawan kita si Polanah dah tak ada. Kena Asthma attack kelmarin"

" Eh..semalam baru aku telefon dia. Okay jer. Ya Allahhhhhh....Kat mana dia sekarang?"

" On the way back to her home town. Kawan kita ramai yang joint"

Aku terus menelefon kawan yang sms aku. Aku tersedu sedu sambil menceritakan bahawasanya baru sahaja semalam aku buat panggilan kepadanya meminta nombor seorang kawan yang tinggal di Kuantan. Baru semalam aku mendengar suaranya.
Aku sangat gementar. Debaran jantungku membuatkan aku kedinginan. Aku terasa sangat bersalah kerana berada di tepian pantai yang indah sambil menikmati hembusan bayu yang dingin dari Laut China Selatan di saat kawan kawan yang lain menangisi pemergiannya.


" Abang, mati itu adakalanya tiba tiba kan?" kataku pada suami tercinta yang berdiri di sisi sambil mataku merenung jauh di ufuk Timur.
Merenung mentari yang kian menampakkan dirinya. Cahaya jingga yang menyerak di kaki langit.

" Kita tidak tahu bila diri kita ini akan dijemput kembali kepadaNya"

" Kita semua PASTI ke sana jua kan bang...?"

" Ya sayang..kita cuma perlu bersedia "

" Andainya saya pergi dulu sebelum abang, apakah abang akan meredhoi saya? "

" Sayang..kita tidak tahu bila masanya. Shhhh..jangan tuturkan lagi kata kata itu "

" Ahhh...tapi mati itu benar, bang. Kita tidak boleh menafikannya. Kita tidak boleh berpura pura dengan keseronokan dunia yang sementara ini. Lihat...lihat...satu demi satu kawan kawan kita dijemputNya. Hari ini kita masih bergurau senda bersama. Esok mungkin kita menangis keseorangan "


" Lihat ombak yang datang dan pergi. Begitu juga diri kita. Ombak ini menyapa pantai dengan mesra kemudian melambai pergi kerana sudah tiba masa untuk kembali "

" Begitu jua dengan mentari, terbit di kala pagi dan akhirnya tersungkur di waktu senja "
.
.
.
.
.
" Sayang, dah call kawan sayang tu? TANYALA KHABAR...Walaupun kisah itu hanya sebuah mimpi ...."
" Belum lagi bang..Nanti laa.."
.
.
.
Hmmmm...

p/s
aku punya la letihhhhhhh sampai mimpi yang bukan bukan...
TAPI ianya menyedarkan aku bahawa hari ESOK mungkin tiada mentari buat KITA.
You will never know!

sekian

8 comments:

ASH said...

Perkara terbaik yang patut difikirkan oleh setiap anak Adam ialah mengingati mati kerana ia menjadikan kita lebih dekat kepada Pencipta. Dan kita mungkin lebih takut untuk melakukan kemungkaran...
.
.
Aku baca paper hari ni, seorang isteri melihat di depan matanya suaminya menemui ajal di hempap batang pokok. Suaminya baru saja menurunkankannya dari motor untuk ke tempat kerja.
.
.
.
Tidakkah telah aku katakan bahawa mati itu adakalanya secara tiba tiba...dan dalam keadaan yang tak disangka sangka?!

tasekM said...

kak, kalau aku mati ptg ni kang, aku mintak maaf tau.



.

ASH said...

TM,
aku pun....0-0 okeh?

Wan Sharif said...

Suatu peringatan yang baik untuk semua

Dr Singa said...

dah call belum????!!!!!!!!!!

Nizam.Ariff said...

Dah call belum????!!!!!!!!

(ikut DrSinga)

ASH said...

Wan Sharif,
ingat mengingati..

DrSinga,
Aku tak call..
AKU message jer..dia okay..

ASH said...

AKU,
jawapan sama taraf cam DrSINGA