Thursday, November 25, 2010

Biarlah rahsier..

Salam,

Hari ini aku berjalan jalan ke KL.
Melihat lihat manusia mundar mandir macam aku.
Ada yang jalan laju macam mengejar sesuatu.
Ada yang lenggang kangkung tak der arah macam aku.
.
.
.
Err sebenarnya aku ada arah tujuan juga tau.
Aku ke CM.
CM tu apa?
CENTRAL MARKET la ngok!!
haha..
.
.
sesuka hati jer kata orang NGOK!
.
.
Kalau dah terlalu boring melekat kat rumah maka CM adalah tempat peninjauan.
Tengok orang melukis.
Lukis potret. Lukis pemandangan.
Conteng sana. Conteng sini.
Tapi aku dah tak nampak orang menenun.
Aku juga dah tak nampak orang tiup kaca jadi ukiran ukiran menarik.
Aku rasa PASAR SENI...errr dah tak macam PASAR SENI laa.
.
.
Rasanya kalau zaman 80 an dulu, Pasar Seni adalah tempat seniman meluahkan rasa dan jiwa.
Sekarang dah jadi tempat jual lambakan kain baju...err batik..err cenderahati.
ye laaa..memang la barang barang seni.
Tapi JIWA dan RASAnya dah kureng.
Sebab yang menjualnya kebanyakan bukan SENIMAN ASAL.
.
.
Aku duduk duduk melihat lihat di sana.
Memerhati tangan tangan yang melorek dan menggaris.
Menggunakan pensel pensel berbagai tona.
Bila terbentuk wajah wajah dari lorekan itu maka ianya cukup mengkagumkan.
Dan terus...
Perasaan sayu melakari hatiku..
.
.
.
waaaaaaa...
apasai tangan aku PENGKARK sampai tak reti satu habuk nak lukis muka orang?
Aku rasa kalau aku cuba lokeh muka DatO' CT, entah jadi muka JEBON apa..
hahahhahaa
.
.
.
sekian

3 comments:

ibundo said...

masa umur aku 20 tahun, pasar seni tu masih pasar basah. aku dengan mak sedara aku selalu ke sana beli ikan sayur bagai.

Gurindam Jiwa said...

Pasar basah, ha ha. Tapi tak lah sebasah pasar Chow Kit. Central Market tu nampak lebih kering dan lebih bersih dan kemas. Tapi Chow Kit lebih ramai penjual & pelanggan.

ASH said...

kakpah,
...aku kat mana le masa tu gamaknyer!
hehehe

GJ,
yang aku ingat kawasan tu tup tup dah ada pasar seni..tapi ada juga la aktiviti jual menjual barang dapur di kedai kedai sekitarnya.
sebelum tu, kalau datang KL hanya ikut ROMBONGAN...
..sekali dua.