Friday, February 11, 2011

BAMBI..satu kenangan masa lalu.

Salam,

Bila aku tengok gambar anak rusa dengan ibunya yang aku ambik semasa di Zoo Negara tempohari, aku terkenangkan satu filem. Filem yang ada kaitan dengan satu kisah masa aku kecil kecil dulu.

Filem kartun Disney Klasik, " BAMBI".
Biasa dengar?
Biasa tengok?
.
.
Kisah berkitar tentang seekor anak rusa yang telah kehilangan ibu. Ibunya telah ditembak mati oleh seorang pemburu. Kemudian anak rusa ini berkawan dengan seekor arnab. Dia akhirnya membesar, bertarung sana sini dan akhirnya dapat pasangan HIDUPnya.
( alaaaa...cerita kartun DISNEY selalunya cam gitu laa..)

Sebenarnya masa aku kecil kecil dulu, TV masih hitam putih.
Alangkah boringnya kan?
Rancangan TV pulak start nuuuuuun jam 5 petang!
Jam 12 tengahmalam sebelum TV tu berdengung maka akan adalah berita akhir atau pun siaran PERISTIWA yang akan ditonton oleh orang orang dewasa seperti ayahandaku.

Jadi untuk remaja seperti seorang adik Bondaku yang tinggal bersama sama kami...
Apakah hiburan yang ingin diintainya?
.
.
.
Apa lagi...
PANGGUNG WAYANG lah tempat dia MENCURI CURI PERGI!!
.
.
.
Semasa kami tinggal di Batu Gajah, rumah kami sememangnya di pekan. Segala kemudahan mudah di perolehi.
Pejabat Pos. Balai polis. Hospital. Pasar. Klinik. Sekolah. Kedai.
Serba serbi sangat dekat.
Hatta PANGGUNG WAYANG pun.
Semuanya berjarak dekat dan hanya perlu berjalan kaki sahaja.
.
.
Laluan aku ke sekolah juga akan menempuhi PANGGUNG WAYANG.
Cuma aku tak ingat PANGGUNG WAYANG tu namanya Cathay ke ataupun LIDO!!
aaahhhhh..memang aku tak ambik kisah pun.
.
.
.
Berbalik kepada filem BAMBI, umur aku sewaktu menontonnya ialah lebih kurang 5 tahun.
UISHHHH..kecik kecik dah tengok wayang kan?
ANGKARA siapakah yang membawa aku ke panggung wayang itu?
.
.
.
Siapa lagi?
Makcik aku laaaa..
yang umurnya sewaktu itu more or less lebih kurang kakpah!!
hihihi...
.
.
Makcik aku yang seorang ni dah REMAJA!
Aku pulak baru umur 5 tahun.
Aku panggil dia KAK YAH.
Ingat ye..bukan makcik yang dalam entry cerita budak jatuh dari basikal tempohari.
Ini kakak kepada makcik itu.
Adik mak aku juga.
.
.
.
Sebaik baik sahaja mak aku keluar berurusan bisnesnya, maka makcik aku pun menelefon bopren.
Masa tu rumah aku ada telefon.
Dok pekan lah katakan...
.
.

Dating. Tengok wayang.
.
.
Tapi dalam pada tu makcik aku tu takut takut juga.
Jadi aku ni dibawanya untuk menjadi bodyguard.
HAHHAHAHA...
Apa barang bawak anak sedara umur 5 tahun jadi BODYGUARD!!
.
.
Kemudian dia pesan kat aku ala ala WARNING supaya jangan memberitahu mak atau abah aku.
Kalau mak aku tahu, siap le dia...
.
.
Sebaik sahaja selesai nonton cerita BAMBI ini....dah around MAGHRIB.
Makcik aku dan pakwenya serta aku yang terkebil kebil tengok demer minum minum dulu luor panggung tu.
INGAT YE>>>TIME tu DAH MAGHRIB!!!
HARI UDAH BERKADAR GELAP!
.
.
.
Dan sebaik sahaja kami sampai rumah.....
.
.
.
JENG JENG JENG..
.
.
.
.

MAK DAN ABAH AKU DAH ADA MENUNGGU!!!!.
.
.
.
Adegan seterusnya???
.
.
.
.
Komer agak agak le ye...



sekian

8 comments:

kucingorengemok said...

kena la buat satu lagi entri tajuk "budak pengsan kena hambat" pulak, hehehe... sambung tau cerita ni nanti, kak!

Nizam.Ariff said...

Ok..

pasti buat cerita Jumbo the Dumbo lak ek? hahaha

Wuih.. kecik2 dah tengok wayang. Faham ke ceritanya tu?

aza ni said...

salam hidayatun
terbayang saya gaya sumpah semerah padi...

ASH said...

KOG,
kali ni bukan aku yang pengsan..aku okay jer..

Aku,
Jumbo the Dumbo, aku tak tengok kat panggung. Aku pinjam VCD kawan. Tengok ngan anak anak.
Ada 3 filem Disney lagi yang aku ingat, aku tengok kat panggung dengan makcik aku tu.
1) Snow White and seven Dwarfs
2) Sleeping Beauty
3) Satu lagi cerita pasal ahli sains terdiscover satu bebola getah..filem ni bukan kartun.
.
.
Bab filem kartun ni memang agak FAHAM....dan dan aku jadi GENIUS!

Azani,
hehe...bukan aku yang kena.

tasekM said...

5 tahun punya cerita ko bulih ingat ye kak...? kenapa aku macam tak ingat apa2 kejadian masa aku umur 5 tahun hah...? agaknya aku beranak2 terus umur 10 tahun kot?

ha ha.




.

ASH said...

TAS,
aku macam BABY GENIUS la juga kut..
hahahahahaha
.
.
.
tak pun sebab kepala aku terhentak kat jalan dulu.
OTAK jadi MAMPAT.
.
.
.
Sebenarnya ada peristiwa peristiwa dalam hidup kita yang memang boleh diingati dan sukar dilupakan.

DrSam said...

teringat baca komik bambi ketika kat sekolah tadika. skema habis...

ASH said...

DrSam,
I think the comic was BAMBINO...not BAMBI.
.
.
Sampai hari ini masih tertanya tanya kenapa dalam komik tu, Musang dipanggil Sang Lamri!