Wednesday, February 23, 2011

Aduhai..parah juga orang bercinta ni, ye?

Assalam,

Di suatu hari..
Entah...mungkin dalam musim cuti sekolah kut....kedengaran bunyi motor Posmen di luar rumah.

" Pittt pittt..," Abang posmen gigih menekan nekan hon motor, menggesa seseorang datang mengambil surat darinya. Almaklum...rumah tak berpetisurat ( di kala itu ).

" Surat untuk cik HAS " sambil posmen melemparkan senyuman padaku.

hehehehe...

" Terima kasih, abang! "

.
.
.

Aku membelek tulisan pada sampul.
Kenal benar aku dengan bentuk tulisan yang tertera di situ.
Cop di setemnya juga mengesahkan aku kepada pengirimnya.

" Ada can aku dapat dua puluh sen hari ini " bisik aku dalam hati.

Diam diam aku simpan surat itu.
Tuannya hanya akan pulang pada petang hari nanti.
.
.
.
.
Bunyi bas Merah Parit Buntar-Taiping berhenti. Jam sekitar 6.30 petang.
Jururawat yang berpakaian serba putih dan kap berjalur kuning kelihatan melintas jalan.

La la la la...hatiku bernyanyi nyanyi keriangan.

Sebaik sahaja jururawat kecil molek itu menjejakkan kaki ke dalam rumah, aku pun bersuara.

" Siapa agak agaknya yang ada 'kawan' dia kirim surat dari tempat yang bernama FELDA TUT TUT? " kata aku kuat kuat sambil tanganku menggawangkan sepucuk surat bersampul biru.

" Kalau nak surat ni, sila bagi aku DUA PULUH SEN!! " kataku lagi.

" Hampeh punya anak sedara. Bak sini surat aku!! " kata jururawat yang masih dalam uniform serba putihnya itu.

Hepppp...

Anak saudaranya tentulah tak tunggu setempat.

" Bak mari dua puluh sen dulu. Kalau tidak surat ni aku masuk dalam api dapur "

" Hantu betui budak sekor ni!! Jaga kamu...Aku udah le letih balik khojer nih. Bak sini.."

" DUA PULUH SENNNNNNNN!!!!"

Mahu tak mahu, terpaksalah jururawat beruniform serba putih dan ber kap jalur kuning itu menghulurkan duit syiling dua puluh sen yang diminta oleh anak saudaranya itu.

Walaupun kelihatan marah, tapi aku tahu hatinya menari nari dan tidak sabar sabar untuk membaca surat bersampul biru itu.

Entah kenapa bila dia selesai membaca surat itu, kelihatan airmatanya jatuh menitis..

AIK???
APO PASAI LA PULOK NIH?







Ohhhhhhh.....
PAK WE KIRIM LAGU RUPO RUPONYA!!
HAHAHAHAHA...
TERHARU LA tuh.....
.
.
.
MEMANG PARAH JUGA ORANG BERCINTA NIH!!
haiiiiiiihhhh...


p/s
dan selepas itu LAGU TERSEBUT menjadi MODAL UMPAN oleh anak saudaranya!!

sekian

7 comments:

aza ni said...

salam hidayatun
meremang bulu tengkuk ku...
suara dia masyuk...

ibundo said...

mengingatkan aku pada satu ketika dulu..... hahaha..

Nizam.Ariff said...

tak sampailah macam tu... hehehe

ASH said...

Azani,
suara broery tak usah cakap la..

kakpah,
nostlagik tuh...hahaha

AKU,
aik??? ko bercinta ke dulu?
errr..ishhh ishh ishh

tasekM said...

aku kalau baca n3 ko kan kak... asal ko bubuh hurip besor aku rasa ko menjerit.

ha ha.




.

Nizam.Ariff said...

....tapi tak lah sampai bersurat-surat...

aku bacakan puisi-puisi dalam telefon je... dgn petikan gitar


hahahaha.

ASH said...

TAS,
ko jangan tak tau...boleh tahan juga suara aku kalau menjerit...
haha


Aku,
HOOOOOIII...
bergayut TELEFON GHUPERNYA!!
ya rabbbiiiiiiii...