Assalam, Tangan merupakan salah satu anggota badan.
Tanpa tangan maka betapa susahnya seseorang itu untuk membuat kerja kerja contoh untuk menulis, mengambil barang, mengangkat barang, untuk makan, untuk minum hatta untuk membasuh UH UH sekalipun mestilah anggota tangan lah yang paling berguna.
Kita diajar semenjak dari tadika lagi bahawasanya kalau makan, gunalah tangan kanan dan kalau nak mencebok UH UH gunalah tangan kiri.
Pada tangan, terdapat anggota sendi yang bernama siku dan ianya merupakan anggota persilatan paling OOMPH dan kuat sekali especially di waktu waktu nak menyiku orang yang menyerang hendap kita dari belakang!!
Di tangan juga terdapat jari jari yang halus, runcing dan teramatlah berguna.
Tanpa jari maka kemungkinan besar entry ini tidak dapat ditaip kerana anggota jarilah yang memainkan peranan besar untuk menaip huruf di keyboard laptop ini.
Jari jari ini walaupun tidak runcing, mulus mahupun gebu tetapi amat berguna ketika memegang peralatan dapur untuk memasak makanan kepada keluarga.
Aku pernah melihat mereka yang tidak berjari memegang cawan atau gelas untuk minum. Kelihatannya begitu belas sekali. Begitu juga bagi mereka yang tidak berjari kelihatan begitu susah untuk menyuap nasi.
Jadi bersyukurlah kalian yang mempunyai anggota tangan yang berketiak, berbahu, bersiku dan berjari ini!!
Wahhh...intro nak khabor pergi nengok orang main bowling jerr..tapi siap penerangan tentang anggota badan yang bernama tangan pula.
OH YA...jangan lupa..
TANGAN - juga adalah salah satu anggota wudhu' dan tayammum.
Kalau berwudhu' basuh tangan hingga ke siku..jangan memandai sampai ke ketiak pula!
Begitu juga bertayammum...sapu debu sampai siku.
Sebelum berbowling, pastikan perut berisi dan badan bertenaga.
Sebab takut takut kalau kalau tak larat nak mengangkat tangan pula.
Ingat ye..
Makan kena guna TANGAN KANAN!

Jemput jemput...jangan malu malu..
Selamat datang, welkam!!

Selepas makan, sekiranya anda ingin participate dalam acara ini maka boleh lah jengok jengok kawasan di sini. Tetapi kalau anda seorang REGULAR pastinya anda mempunyai kelengkapan sendiri yang dibawa SIAP DALAM BEG BERODA LAGI!!
macam PRO la..

Bowling memerlukan kasut tersendiri.
PILIH lah yang mana sesuai.
TRY TEST ACU CUBA TENGOK!

Hi cik abang..
Takkan jengok jengok jer..
Kena lah TEST TANGAN SEKALI!

Fulamak!!!
Pantang pelawa...

Baling jangan tak baling..

Shalin Zulkifli mesti TERHARU ni!!

Oooo cik adik weiii haiii...kalau nak main basketball atau netball, cik adik salah tempat..
hihihihi

apa apa pun...
Kengkawan sekelian, perlu diingatkan, kalau dapat STRIKE sekalipun tak perlu le kita berHIGH FIVE dengan kaum yang berlainan jantina.
Jagalah anggota TANGAN kita supaya tidak menyentuh KULIT KULIT yang TIDAK LAYAK disentuh...
Okay...sebagai peringatan buat yang terLALAI ataupun terTAK TERINGAT ataupun ter TIDAK TAHU...
Aku kata 'TERRRR' sebab perkataan 'TERRR' selalunya di associate dengan perbuatan 'TIDAK SENGAJA'.....dan mungkin boleh dimaafkan!
.
.
.
.
Kalau SENGAJA, macam mana?..... Ahakss!
sekian