Tuesday, August 14, 2012

Rezeki yang tak disangka sangka...

Assalamulaikum,

Masa belajar di US, sambutan raya hanyalah ala kadar sahaja.
Kalau dapat buat rendang dan nasi impit segera dah rasa macam hari raya.
Kalau dapat buat biskut raya, dah kira macam bonus.

Aku masih terkenang kenang seorang kawan sebilik yang pernah cuba buat biskut sarang semut.
Aku tak pernah tahu ada biskut sarang semut.
Bila kawan aku buat biskut ni, aku tak tahu nak komen tentang rasa.

Dia tanya aku, " Sedap tak? "
Aku jawab, " Sedap jer "

Dia tanya lagi, " Rupa dia okay tak?"
Aku tengok memang macam sarang semut, jadi aku jawab, " Kalau dah rupa ala ala sarang semut, Tak hangit. Tak terbako. Kira okay laa kut "

Dia jawab, " Laaaa...ko nih. Yang mak sedara aku buat tebal lagi."
Aku kata, " Mana la aku tau...Ini first time aku tengok biskut sarang semut "


Kalau pergi rumah seniors, kami seronok makan rendang dan nasi impit.
Kadang kadang kakak senior rajin masak nasi beriani juga.

Rendang dari geng aku, ala kadar jer.
Tak rendang dendeng, rendang ayam.
Rendang dendeng adalah pembuatan seorang kawan aku dari Shah Alam.
Rendang ayam pula selalunya aku yang masak.
Kami match kan dengan nasi impit.
Nasi impit kami masak dengan memasukkan beras ke dalam plastik dan sepit dengan stapler.
Kemudian rebus lama lama.
Lepas tu tindih dengan Yellow pages atau White pages yang setebal 5 inci.

Dulu mahir juga kami masak nasi impit stail ni.
Sekarang ni, aku sendiri dah tak sure samada aku boleh buat atau tidak sebab dah ada yang boleh dibeli terus dari Supermarket.

ADABI, NONA...macam macam jenama.

Nak menganyam guna daun...kikikikiki...daun apa?
Daun pandan ada la...

Sayu sungguh bila terkenang seniors yang baik hati.

Kak Aya, kak Wani, kak Nor.
Tiga orang seniors yang buat pengkhususan dalam komputer Sains.

Nak tahu?
Masa aku pergi Mekah tahun lepas, setibanya aku di Mina dan sedang sibuk mengatur jemaah dalam khemah di sana...tiba tiba aku disapa.

" Eh, hang cam akak tak?" dua tiga kali kakak tu bertanya aku.

Aku tengok muka dia.
Blur habes.

" Ni aku laaaaa....KAK WANI!!!"

Subhanallah...setelah berpuluhan tahun tidak berjumpa, Allah pertemukan kami di Mina.
Di Maktab yang sama. Maktab 88.

 kak Wani, kak Nor dan aku
Chicago (1988 )


aku dan kak wani 
Mina ( 1432H / 2011 )

Allah beri rezeki dalam bentuk yang pelbagai.
Dan ada yang datang dalam bentuk yang tak disangka sangka.
Contohnya pertemuan aku dengan Kak Wani ini.





p/s
......dan siapa nak sangka, rezeki BAJU SUKAN AULAD tu.
Sampai juga 'dia' ke MEKAH, MADINAH, ARAFAH, MINA...hihihihi

sekian





8 comments:

Nizam.Ariff said...

akak tak cam kak wani tu aku tak pelik..


tapi...



camner kak wani masih boleh cam kan akak ni la yang pelik...

ASH said...

Nizam,
.
.
.
entah la..
suara dan gelak masih sama kut.
.
.
Masa tu akak kena bertugas menyusun jemaah dalam khemah. Riuh rendah la sikit...tu yang dia boleh cam tu.

ibundo said...

haha aku baru nak komen pasal baju aulad tu tapi dah ada pulak kat p/s.
.
.
Masa aku pegi haji tempoh hari aku terjumpa dengan junior aku masa kat stf. Dia duduk betul2 sebelah aku dalam masjid. Aku tengok nama familiarnya dekat beg galas.
Begitulah kalau Allah nak temukan. Aku pun tak berjumpa dengan dia dekat 30 tahun lebih sejak habis sekolah.

Selamat hari raya.

ASH said...

kakpah,
dalam banyak banyak baju sukan AULAD...
baju tu baju peberet!!

amn said...

sama hajjah , chicago dan mina....romannya maintain....tak jauh ubah..

ASH said...

amn,
roman?
hmm..aper tu?

secangkir madu merah said...

kalau sudah tertulis jodohnya biarpun dimana berada pasti bertemu... Selamat Hari Raya Aidilfitri...

ASH said...

SMM,
yup...benar tu